Sonata High School
"Annyeonghaseyo, my name is Choi He Ra imnida.."
He Ra memperbetulkan rambutnya. Inilah kali pertama dia menjejakkan kaki ke Sekolah Menengah bertaraf tinggi di Seoul. Bukannya sebelum ini dia tak mahu masuk ke sekolah sebegini, tetapi hatinya saja yang rasa tak tenteram. Baru hari pertama saja sudah gementar. Ini semua angkara bapanya !
Selesai mendaftar diri, dia berjalan ke luar pejabat untuk mencari kelasnya. Maklumlah, sekolah baru memang agak janggal baginya. Terasa rindu pula dengan kawan kawan di sekolah lamanya.
"Budak baru ya ?"
Bisik salah seorang pelajar perempuan yang sedang berbual bual di tepi loker.
"Nama siapa ?"
"Choi He Ra imnida.."Sopan saja kata katanya. Takut takut orang yang menegurnya itu diva sekolah. Kalau lah betul, matilah. Tak pasal pasal kene jadi kuli tanpa gaji.
"Oh, He Ra. Anyyeong ~ Park Se Na imnida.."
Gadis bernama Se Na itu menghulurkan tangannya. Baik rupanya.. Bisik hati kecil He Ra sambil membalas salam beserta senyuman. Beberapa rakannya yang lain pun turut berkenalan dengan He Ra. Sejuk sikit hati.
"Nie loker kau."
Kata Namjung, rakan Se Na. Wajahnya ayu, suaranya juga lembut. He Ra membalas dengan senyuman. Kemudian, mereka bersama sama menuju ke kelas. Kebetulan, Budak bernama Namjung tu sama kelas dengannya. Hanya Se Na yang belajar di kelas yang berbeza dengan mereka.
"Sebelah kau tak de orang ke, Namjung ?"
"Ade, tapi dah pindah. Kau duduk lah sini."
"Dah pindah ? Siapa ?"Namjung senyum meleret. Melihat mukanya saja menimbulkan boleh banyak persoalan. Dia senyum sebab orang yang pindah itu orang yang disukainya atau musuhnya ?
"Jong In."
"Jong In ?"
"Hm.. Orang panggil dia Kai. Dia budak hot sekolah tau. Rugi je dia pindah"He Ra meng-oh-kan saja kata kata Namjung. Baginya, budak budak hot atau diva sekolah ni tak penting untuk menaikkan nama sekolah. Sepatutnya pelajaran itu yang penting. Sebab itu lah dia hanya memilih sekolah biasa yang tak banyak pelajar pelajar yang tak terpelajar macam ini. Nama saja sekolah menengah bertaraf tinggi.
He Ra teringat akan rakan rakannya di sekolah lama. Sudah 3 tahun dia meluangkan masa disitu, tiba tiba mahu berpindah ke seoul pula. Busan adalah tempat membesarnya, Bandar seoul pula adalah perkara yang tidak pernah dijangkanya.
"Kau dari mana, He Ra ?"
"Busan."
"Busan ?!"Aku tahulah, aku budak kampung. Tapi aku nie berpelajaran. Bisik hati kecil He Ra. Tak pasal pasal pula timbul perkara negatif dalam fikirannya.
"Tak sangka aku... Nice to meet you, He Ra"
Okay, weird.
He Ra tunduk senyum. Namjung juga sama. Disepanjang jalan menuju ke kelas tadi He Ra hanya tunduk memandang lantai simen koridor. Begitu juga di dalam kelas. Mahupun ketika Miss Tang memperkenalkannya kepada kelas, dia hanya tunduk.
Setelah beberapa hari, dia mendapat gelaran baru iaitu si tunduk. Mereka semua menganggapnya pelik, kecuali Namjung dan Se Na yang hanya mereka sahaja rakan kepada He Ra.
"Hey, si tunduk."
He Ra mengetap bibirnya. Orang yang memanggilnya tadi ialah Jungmyun. Dengar khabar dari Se Na, Jungmyun ialah salah satu ketua samseng sekolah. (bukan apa, di sekolah 'bertaraf tinggi' ini terlalu banyak samseng tak terpelajar)
YOU ARE READING
Perfect Game | jjk
Mystery / Thriller"If you dont belive me, then just look into my eyes. Cause the heart never lies"