PART 27: That Tragedy

1.2K 128 4
                                    

Throwback.

"Jungkookie ! Jungkook ah ! kyah ~ Jeon Jungkook !"
"ahh.. wae.."

Jungkook bangun dari katilnya dan menuju ke arah bilik Suga. Hari ini merupakan hari pertama dia dan rakan rakannya berpindah ke Seoul dan akan bersekolah disini tak lama lagi. Jin sudahpun menyibukkan dirinya dengan mengemas baju baju dari awal mereka datang sini lagi. Rumah ini merupakan rumah peninggalan neneknya setelah dia meninggal setahun yang lalu. Cuma rumah ini sudah terbiar tidak berpenghuni selama lima tahun sebelum mereka hadir.

"Wae ?"

Jungkook berpeluk tubuh di muka pintu bilik Suga. Kelihatan dia sedang mengemas beberapa peralatan peralatan muzik yang memang khas tempatnya. Lalu dia menuju ke penyangkut baju dan mengeluarkan sekeping not wang dari poket sweater.

"Aku nak kau cari kedai, lepastu belikan makanan untuk makan malam ni"
"Mwo ?!"

Jungkook memandang duit yang dihulurkan kepadanya. Sedangkan biliknya belum dikemas, mengapa dia perlu keluar untuk membeli makanan ? Jam hampir menunjukkan pukul 7 dan dia tidak tahu dimana letaknya kedai kedai atau restoran berdekatan kerana tempat ini masih baru baginya.

"Hyung... apa ni"
"Tolonglah, Jin suruh aku, tapi aku ade bende lain lagi nak settle"
"aish.."

Dia terpaksa mengambil duit tersebut. Lalu dia masuk ke dalam biliknya dan mencapai sweater secara random dan melindungi wajahnya dengan mask. Kebetulan dia selsema hari itu dan keadaan diluar sangan sejuk. Rakan rakannya yang lain masing masing sebok dengan hal sendiri. Jin pula dari petang tadi keluar tak balik balik. Cermin ditatap sebentar sebelum melangkah keluar dari bilik dan kebetulan Suga juga keluar dari bilik.

"Hyung.. nak pergi mana ?"
"Nak pergi kedai, ada something nak beli"
"Dah alang alang kau beli lah sekali makanan tu"
"Eh takboleh, nanti kalau lambat, Jin marah aku"

Jungkook mengeluh. Hendak mengajak V untuk menemaninya, tetapi dia sedang enak dibuai mimpi di atas sofa. Hendak ajak Jimin, dia sedang badmood memikirkan bajunya yang hilang entah kemana. Hendak mengajak Jhope, dia pula sedang mandi sambil berkaraoke di bilik mandi. Terpaksa dia pergi seorang diri mencari makan malam mereka.

"Nanti kalau sempat, aku tunggu kau kat sini. Bye !"

Jungkook dan Suga berpisah di simpang kaki lima. Jungkook mengambil keputusan untuk melalui sebuah lorong menuju ke kedai yang terletak jauh di hujung sana memandang ini jalan paling pendek untuk kesana. Hari masih lagi terang dan menunggu masa gelap. Ada masa, dia menyanyi seorang diri.

Selepas keluar dari lorong dan menemui kedai makan, dia lantas membungkus makanan dan pulang ke rumah.

"Kenapa tak order pizza je tadi eh.. haih.. "

Dia kembali ke lorong. Hari sudah makin gelap dan dia terdengar ada seseorang sedang membebel seorang diri dari satu arah. Dia terus berjalan sehingga dia ternampak seorang botak yang lagaknya seperti penyamun sedang menelefon rakannya. Ada juga seorang perempuan berpakaian sekolah yang mungkin sebayanya sedang terikat dengan tali. Jungkook kaku.

dia.. kene culik ke. budak tu betul betul penyamun ke..

Jungkook berasa cuak dan takut. Bagaimana dia hendak melalui lorong ini kalau ada penyamun ? kalau nak patah balik n lalu jalan lain, Takkan nak biar perempuan tu kat situ ? Dia mengambil kesempatan semasa di penculik sedang berbual di telefon dengan mendekati perempuan tersebut. Lalu dia membuka ikatannya.

perempuan itu berbisik.

"Hey ?"
"Shhh..."

Jungkook membuka ikatan dengan cepat. Entah kenapa dia buat kerja bodoh ni. Kan bagus kalau dia balik awal sikit tadi. Takdelah dia terjebak dengan masalah macam ni.

Perfect Game | jjkWhere stories live. Discover now