Tiga

264 39 13
                                    

Dua minggu telah berlalu semenjak Wonwoo dan tiga lagi rakannya tiba di Korea

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dua minggu telah berlalu semenjak Wonwoo dan tiga lagi rakannya tiba di Korea. Dua minggu juga sejak Seungcheol mengabaikan soalan Wonwoo tentang bila dia boleh mengizinkan Wonwoo melawatnya.

"Hyung, kesiankan lah si Wonwoo tu, dia nak sangat jumpa hyung tu." Jejaka yang sudah dua minggu menetap di rumahnya itu membuka suara saat mendengar dentingan tidak henti dari phone Seungcheol.

Seungcheol pun satu, meskipun tahu bunyi dentingan phone nya tersangatlah annoying, namun dia tidak mahu menutup notification telefonnya. Hanya kerana dia suka memainkan perasaan dua rakan mudanya.

Seorang yang annoying dengan dentingan phone Seungcheol, seorang lagi dengan sikap acuh tak acuh Seungcheol.

"Biarkan dia, siapa suruh datang tak bagitau. Lagi sehari nanti aku balas," balas Seungcheol santai sambil mengerakkan controller di tangannya. Bersiul gembira saat dapat membunuh pihak lawan di dalam permainan sibernya.

Jejaka itu menggulingkan mata lalu mengambil telefon Seungcheol. Mengetahui jejaka bermarga Choi itu tidak meletakkan password di telefonnya, dia membuka aplikasi yang menjadi punca Wonwoo mengamuk di seberang talian.

Dia menekan icon telefon dan menunggu sehingga jejaka di seberang sana membalas.

"Seungcheol hyung! Answer my fucking question!"

Terkejut Seungcheol mendengar suara Wonwoo di atas talian. Dia menoleh dan melihat jejaka itu tersenyum mengejek sambil memaparkan nama Wonwoo di paparan skrin telefonnya.

"Kau..." Seungcheol merampas telefonnya dari tangan jejaka itu. Banyak carutan yang ingin dilemparkan namun disebabkan Wonwoo masih ada di atas talian, dia menahannya.

"Aku tengah fikir rancangan ni, Won. Sabar sekejap tak boleh ke?" balas Seungcheol seraya mematikan permainan sibernya.

Dia mengusap mukanya kasar dan menghela nafas berat.

"Seminggu aku boleh tahan lagi, hyung. Ni dah dua minggu. Aku stay Korea sebulan je tau sebab banyak lagi tugas aku kat China sana. Kalau sampai kesudah nak fikir rancangan, tak ada apa yang gerak, hyung."

Seungcheol terdiam. That's right. Dia terlalu berjaga-jaga dengan rancangan dia sampaikan dia lupa sampai bila Wonwoo masih tersedia waktu untuknya.

"Do you have any plan for this? Aku betul-betul buntu nak bawa diorang ke sini." Seungcheol mengusap rambutnya kasar.

"Mamat yang dah menyemak dengan hyung tu tak ada plan juga ke? Ke kerja dia menyemak je sebenarnya?"

Jejaka yang lagi tadi mendengar perbualan di antara Seungcheol dan Wonwoo membulatkan mata saat lelaki di seberang talian menyebut namanya.

"Aih? Aku pula?"

"He's useless, don't mind him."

"Hyung!" Wajah jejaka itu cemberut mendengar perlian Seungcheol. Padahal dia sudah banyak membantu Seungcheol untuk membuat rancangan.

Gelak tawa memenuhi talian itu. Sama ada dari Seungcheol mahupun Wonwoo, keduanya merasa kelakar dengan kenyataan itu.

Setelah reda, senyap menguasai. Masing-masinh berfikir cara untuk melakukan yang terbaik supaya tidak kelihatan suspicious di mangsa mereka.

"I do have an idea, if you don't mind?" sampuk jejaka di sebelah Seungcheol tiba-tiba.

Itu membuatkan dua lelaki yang masih keras memikirkan jalan itu terus bersedia.

Bersedia untuk merealisasikan dendam Seungcheol.

Keimyung University, Daegu.

Lokasi yang sepatutnya Wonwoo bawa mereka untuk berjumpa dengan seseorang. Seperti apa yang diberitahu oleh Wonwoo kepada tiga jejaka yang mengikutnya.

Namun, apa yang membuatkan Mingyu, Seungkwan dan Chan keliru adalah arah yang dilalui oleh Wonwoo jauh sekali dari perjalanan ke universiti tersebut.

"Hyung, sebenarnya kita nak pergi mana?" soal Seungkwan polos. Dia tidak tahu apa yang Wonwoo ingin lakukan, yang hanya diberitahu, mereka akan melawat seseorang.

"A place. Aku nak bawa korang jumpa someone actually," balas Wonwoo ringkas.

Dia memberhentikan kereta saat tiba di sebuah bangun flat bertingkat. Wajah ketiga mereka usah dikata, bingung yang amat.

"Siapa yang duduk sini, hyung?" tanya Mingyu pula setelah mereka keluar dari kereta.

Wonwoo tidak tahu ingin membalas persoalan mereka. Dia tahu rahsia yang disimpan mudah terbongkar tanpa sempat dia membawa jejaka-jejaka itu bertemu Seungcheol jika dia terlepas kata.

Tingkat empat menjadi tempat di mana Seungcheol tinggal. Wonwoo menghela nafas dalam lalu mengetuk pintu.

Mereka tunggu sebentar, dan kemudian pintu tiba-tiba terbuka menunjukkan seorang jejaka di situ.

"Hyung? Kenapa tinggal sini?" Chan bertanya pelik.

Setahu dia, jejaka si hadapan dia sekarang ni sudah mendaftar di hostel dekat universiti dia, kenapa boleh tinggal kat sini?

"Oh, ni bukan rumah aku, Chan... It actually belongs to-"

Jejaka itu membuka pintu lebih luas menunjukkan seseorang yang disangka telah mati.

Seungkwan, Mingyu dan Chan membulatkan mata, sebelum semuanya kelam saat merasa hentakan di tengkuk mereka.

Wonwoo, Seungcheol dan jejaka itu menghela nafas berat. Menatap kosong ke tiga jejaka yang tidak sedar di lantai flat rumah Seungcheol.

Mereka memandang antara satu sama lain sebelum tersenyum kecil.

The game finally begins.

His Revenge •C.SC•Where stories live. Discover now