Enam

221 25 7
                                    

Seungcheol dan Wonwoo memandang ke arah Chan yang sedang sibuk menyelongkar laptop milik Wonwoo

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Seungcheol dan Wonwoo memandang ke arah Chan yang sedang sibuk menyelongkar laptop milik Wonwoo. Tugasnya yang kini mencari maklumat dan bukti tentang Jisoo dan rakan subahatnya membuatkan dia sedikit kaku.

"Find anything, Chan?" tanya Seungcheol santai. Air kopi di tangan yang setia menemaninya sejak Chan membuka laptop itu mulai disisip perlahan.

"Susah sikit hyung kalau guna laptop. Biasanya kalau bukti yang besar macam ni Chan guna PC dan lagi banyak komponen sebab lagi senang," jelas Chan sambil mengotak-ngatik laptop kesayangan Wonwoo.

Wonwoo memandang ke arah Seungcheol dan memberi pandangan menyuruhnya untuk membuat sesuatu. Seungcheol mengeluh perlahan lalu menghampiri Chan yang masih fokus terhadap laptop di hadapannya.

"Aku ada benda tu, tapi dekat bilik..." kata Seungcheol teragak-agak. Bukan apa, dia cuma takut Chan tidak bersedia melihat keadaan bilik tersebut.

Mata Chan bersinar mendengar ayat Seungcheol.

"Lah kenapa tak cakap awal! Chan okay je kat mana tempat dia," balas Chan ceria. Hatinya lega apabila kemahiran diasah kembali.

Wonwoo dan Seungcheol berpandangan antara satu sama lain sebelum Seungcheol kembali membuka mulut.

"Tapi, apapun yang Chan nampak kat dalam bilik tu, jangan berani ubah keputusan. Faham?" pinta Seungcheol tegas. Chan yang mendengar itu sedikit takut dan mengangguk.

Mereka kemudian membawa Chan ke bilik bersebelahan dengan tempat Chan dikurung dahulu. Wonwoo mengetuk pintu dan menjenguk masuk ke dalam. Dia menghela nafas berat melihat keadaan Seungkwan dan Mingyu lalu menoleh ke arah Seungcheol dan Chan.

"Come in." Wonwoo membuka pintu luas membenarkan Chan memasuki bilik itu.

Saat dia melangkah dan akhirnya matanya menancap ke arah satu arah, dia tergamam. Bibirnya bungkam melihat wajah dan tubuh rosak Mingyu dan Seungkwan di hadapannya. Tidak ada rupa mereka langsung, dipukul sehingga babak belur membuatkan Chan hampir gila.

Dia mengalihkan pandangan ke belakang mereka di mana seorang jejaka sedang bersandar santai. Dia tahu, ini pasti kerja jejaka  tersebut.

"C -Chan..." panggil Seungkwan lirih. Bibirnya mengeluarkan darah kerana pecah akibat diseksa tiga lelaki di rumah itu.

"Hyung..." balas Chan perlahan. Penyeksaan bukan satu perkara baru untuknya, sejak azali dia selalu mendengarnya. Tapi, untuk melihat dengan sepasang matanya bukan kebiasaan untuk dirinya.

Dia tidak suka penyeksaan, semua rakan subahatnya yang dulu tahu akan itu.  Sebab itu, LadyWen dan kesemua rakannya tak pernah melibatkan dia dalam masalah mereka.

Tugasnya hanya satu, menjejak mangsa dan menghilangkan bukti. Sebab itu, dia hampir pengsan melihat keadaan dua abangnya yang dulu sangat rapat dengannya.

Namun, dia sudah berjanji. Berjanji untuk tidak mengubah keputusan.

Dia menoleh ke arah Seungcheol yang menatapnya sambil mengangkat kening. Senyuman senget terpapar menandakan dia tahu apa yang difikirkan oleh Chan.

Chan menghela nafas berat lalu melangkah menjauhi kedua sahabatnya. Dia melilaukan mata sebelum menjumpai ruang siber di satu sudut.

"Ini ke tempatnya, hyung?" tanya Chan. Seungcheol tersenyum melihat Chan yang cuba berpura-pura tidak kesah akan dua rakannya dan mengangguk membalas soalan Chan.

Chan menghampiri tempat itu lalu melabuhkan duduk di kerusi yang disediakan. Dia membuka dan menekan segala butang yang berkenaan dan paparan skrin akhirnya bercahaya.

"Hyung nak aku cari apa?" tanya Chan sambil tangannya sibuk menyesuaikan paparan siber di hadapannya.

"Semua tentang jenayah Hyn. Dari cafe, ke club hingga ke rumah. Everything," pinta Seungcheol ringkas.

Chan menelan air liurnya payah mendengar permintaan Seungcheol. Bukan dia tak boleh buat, tapi benda ni ambil masa yang lama sebab dia pun dah buang semua bukti. Jadi, nak cari balik memang susah.

"It takes some time, hyung. Sebab aku dah buang bendanya dari dijejak. You can wait, right?"

Tidak membalas, Seungcheol hanya mengangguk. Dia memerhatikan bagaimana jari Chan laju menekan papan komputer miliknya untuk mencari maklumat tentang Hyn.

Seungcheol tersenyum kecil membayangkan Jisoo jatuh di tangannya. Mustahil dia ingin membiarkan jejaka itu lepas, setelah bagaimana dia musnahkan janji yang tercipta.

Jisoo, dia sayang jejaka itu. Yelah, dia berkongsi bermacam cerita dengan Jisoo. Tapi, begitu je jejaka yang pernah menjadi kepercayaan dia musnahkan janjinya?

He can't accept that. About the fact Jisoo's other character killed his friends and he can't accept that.

He need revenge. Dia perlu membalas dendam kepada sesiapa yang terlibat dengan kematian rakannya.

This is his revenge.

His Revenge •C.SC•Where stories live. Discover now