Bau ubat-ubatan dan bunyi suara-suara manusia memenuhi telinganya saat dia menapak ke dalam tempat tersebut.
Daegu Fatima Hospital.
Familiar hospital for him. Sejak tiga tahun lalu, dia selalu berada di sini.
Untuk kali pertama pada tahun ini selepas dia disahkan pulih setahun lalu, dia menjejakkan kaki ke tempat ini kembali.
Kaki Seungcheol melangkah mendekati kaunter untuk memaklumkan kedatangannya.
"Appointment with Doctor Psychiatrist Kang Minhyun. 9 AM, Park Gunwook," ujar Seungcheol tanpa menunggu pertanyaan perawat di situ.
Nurse itu sebenarnya tidak asing untuk dirinya, namun disebabkan dia sudah lama tidak menjejakkan kaki ke sini, kemungkinan besar nurse tersebut melupakannya.
Tidak terasa, memahami bahawa hospital besar ini sentiasa didatangi pesakit dan pelawat, kemungkinan untuk familiar dengan wajah seseorang sangat rendah.
Nurse itu menaip sesuatu di komputernya sebelum memandang Seungcheol kembali.
"Baik, boleh pergi bilik dia. Encik dah pernah buat appointment dengan dia kan sebelum ni?" tanya perawat itu sopan.
Seungcheol hanya mengangguk dan terus berlalu pergi setelah berpamitan.
Bunyi phone berdenting membuatkan dia mengeluarkannya untuk melihat mesejnya.
hyung dah sampai hospital?
Seungcheol tersenyum melihat mesej itu. Dia membuka kamera lalu menangkap gambar di depannya.
Kau rasa aku kat mana?
Dapat dia rasakan orang di seberang sana mengomel melihat jawapan dia. Dia hanya tergelak kecil sambil matanya memerhati sekeliling. Kang dia terlanggar orang, dah kecoh satu hal.
👍🏻
nanti dah siap bagitau aku
aku nak sambung bertugas, take care hyungTiada pesanan dibalas namun senyuman Seungcheol kembali melebar. Dia menyimpan phone ke dalam koceknya kembali ketika akhirnya melihat kelibat pintu bilik doktornya, Kang Minhyun.
Dia mengetuk tiga kali dan setelah mendapat panggilan masuk, dia melangkah ke dalam.
"Oh Gunwook, silakan duduk."
Seungcheol duduk di hadapan doktornya. Doktornya, meskipun sudah berumur hampir 60 tahun, namun wajahnya masih terserlah kekacakan di balik kacamata.
"Jadi, apa khabar? It's been almost a year right since our last meeting?" tanya Doktor Minhyun santai.
"Ya, sihat. At least, my physical looks okay. Rindu aku ke doktor?" usik Seungcheol lalu tertawa kecil.
Doktor Minhyun turut tergelak mendengar usikan Seungcheol. Sudah lama dia merawat Seungcheol, sejak dia dibawa kemari oleh penjaganya, sehingga dia pulih. Doktor Minhyun lah yang tahu dirinya bagaimana.
"Well, kau pesakit paling lama aku. By the way, I have something to tell..."
Doktor Minhyun mengeluarkan satu fail dari lacinya. Dia menyerahkan kepada Seungcheol untuk meneliti maklumat yang diberi.
"Jisoo dah pulih enam bulan lepas. Berkat penjagaan rapi dari pihak hospital dan keluarga, watak kedua dia dah tak wujud. Joshua dah hilang dari diri dia. Also, sekarang Jisoo dah jumpa seseorang. A woman, for him to get married with. Selain untuk elakkan dari Joshua keluar balik, another reason dia akan kahwin dengan wanita tu sebab dia jatuh cinta. So, any idea?"
Seungcheol membelek fail di tangannya terangguk-angguk. Dia melihat dengan lebih dekat wajah wanita yang berjaya memiliki hati Jisoo.
Seungcheol mengangkat kepala memandang Doktor Minhyun lalu tersenyum sinis.
"Of course. Let's make his life like living in hell."
•
"Park Gunwook?"
Seungcheol menoleh saat namanya dipanggil ketika dia hendak membuka pintu rumah. Dia mengangguk dan memaparkan wajah pelik melihat penampilan lelaki di hadapannya.
"Your packet," ucap jejaka pelik itu lalu menyerahkan sebuah parcel hitam kepada Seungcheol.
Meskipun kepelikan, dia menyambut parcel itu tanpa tanda tanya. Rasanya, dia tidak ada memesan apa-apa sekarang.
"Dari siapa?"
"MW."
Seungcheol mengangguk mendengar nama itu. Dia mengucapkan terima kasih kepada jejaka itu dan melangkah masuk ke dalam rumah.
Dia mengambil pisau, menghiris plastik itu dengan berhati-hati.
Ting!
packet dah sampai?
Seungcheol tidak menjawab pertanyaan itu. Dia membuka kotak di hadapannya dan tergamam.
Damn.
Mengangkat dengan berhati-hati, dia membelek barang itu sambil tersenyum lebar.
Jejaka ini sangat tahu keinginan hatinya. Dia meletak kembali benda itu ke dalam beg khas yang disediakan dan mengambil phone nya.
Disudutkan phone nya untuk mencari angle yang paling bagus, lalu dihantar kepada sang pemberi.
Arrived safely.
Glad you know what i want.
Thanks, Won.Seungcheol menatap kembali barang itu. Senyuman lebar semakin terserlah di mukanya membayangkan ia akan menamatkan hidup seseorang.
Jeon.
You're welcome.
The best gun I got for you.
Guna sebaiknya.Seungcheol mengangkat kembali barang yang diberi.
GLOCK G19 GEN 5.
The best pistol of the year.
YOU ARE READING
His Revenge •C.SC•
Action[SEQUEL THE INNOCENT KILLER : HYN] Yang disangka mati, kini dia kembali. Mungkin Hyn rasa dia telah membunuh sang penyiasat dengan kejam, namun tanpa dia ketahui, jejaka itu mempunyai cara untuk melepaskan diri. Kini, dia kembali dengan sebuah denda...