Prolog

372 42 6
                                    

Bep

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bep.

"Semua sekali 33,000 won. Cash or paywave?" Pembeli di hadapannya menyerahkan kad kepadanya menandakan dia memilih untuk paywave.

Lelaki yang bekerja sebagai cashier di 7Eleven itu menguruskan pembayaran dan mengucap terima kasih kepada pembeli itu.

"Akhirnya, tamat kerja aku hari ini." Dia membuka apron 7Eleven yang dipakai dan pergi ke ruang pekerja di belakang. Menyerahkan tugas kepada pekerja yang seterusnya.

"Gunwook hyung, kau nak tahu satu cerita tak?" Telinganya setia mendengar apa yang diucapkan oleh pekerja di situ.

"Tahu tak CEO syarikat MTJ kat China tu dah tukar orang. Katanya sebab CEO yang lama dah tak nak ambil alih syarikat bapa dia. Jadi, dia bagi dekat abang angkat dia yang lagi seorang," ceritanya.

Gerakan Seungcheol yang sedang mengemaskan rambutnya terhenti. Dia terdiam saat mendengar kembali cerita ini.

"Katanya, CEO tu pindah Korea sebab nak sambung belajar PhD. Gempak doo muda muda dah ambil PhD, idola gila aku kat dia."

"Vin."

Seungcheol menoleh ke arah Gyuvin yang khusyuk menceritakan tentang syarikat itu kepada Seungcheol, atau sekarang lebih dikenali sebagai Gunwook.

"Apa hyung?"

"Jangan jadikan seseorang idola. We never know what's their real identity," ucap Seungcheol santai.

Gyuvin seakan terdiam mendengar ucapan hyung nya. Tak salah, namun dia ada merasa tak senang dalam tubuhnya saat mendengar ucapan Seungcheol itu.

"Kerja elok-elok, Vin. Lepasni kau pula tak tidur malam," Seungcheol menjelirkan lidah saat berpuas hati dapat mengenakan budak tersebut.

"Ih Gunwook hyung!" Cemberut di wajah Gyuvin kelihatan. Mentang-mentang esok dia takde kelas, memang disuruhnya dia ambil shift malam.

Ting!

Seungcheol mengerling ke arah phone nya yang memaparkan satu mesej. Dia tersenyum sinis sebelum meneutralkan kembali wajahnya lalu memandang Gyuvin yang masih mengomel kepada Seungcheol.

"Hyung pergi dulu, bye Vin!"

Gyuvin membalas lambaian Seungcheol sebelum jejaka itu hilang di sebalik gelap malam.

Seungcheol mengeluarkan putung rokok dan menghidupkan api. Asap berkepul keluar melegakan jiwa kosong Seungcheol. Wajahnya yang datar tertutup di sebalik mask dan hoodie hitam yang dipakai.

Seungcheol hilang. Hilang dari dunia yang pernah dia banggakan suatu ketika dulu. Hilang dari terus mencari masalah dan hidup bersederhana.

Dia takkan hidup tanpa bantuan. Seperti selayaknya dia dapat. Namun, belas kasih yang diterima membuatkan dia ingin membalas dendam kepada jiwa kejam yang membunuhnya.

Kakinya melangkah menuji ke rumah flat yang didiaminya membelah malam gelap gelita.

Saat tiba, dia memasukkan kunci dan membukanya luas. Hatinya melega ketika melihat sofa di hadapan matanya.

"Seungcheol hyung?"

Seungcheol tersentak. Dia menoleh dan menatap wajah samar-samar di hadapannya. Dia terus membuka suis dan saat menangkap wajah di hadapannya, dia menggulingkan matanya.

"Kau buat apa datang sini?" soal Seungcheol setelah menutup pintu.

Dia mengendahkan jejaka yang memandangnya dan terus mendaratkan badannya ke atas sofa. Penatnya terasa diangkat apabila tubuhnya menyentuh benda lembut.

Baru dia nak memejamkan mata, dirinya diganggu dengan jejaka yang menceroboh masuk rumahnya.

"Hyung apa khabar?" jejaka itu berbasi basa menanya.

"Hidup. Macam kau nampak." Seungcheol menghela nafasnya. Dia membuka mata dan memandang tepat ke mata jejaka itu.

"Kau asal kat Daegu?" soal Seungcheol tenang.

Dia membangkitkan badannya dan menyandar di belakang sofa. Sebenci manapun dia dengan jejaka di hadapannya ini, namun dialah juga yang mengeluarkan dirinya dari neraka di China itu.

Jejaka itu hanya mengangkat bahu. Dia mengeluarkan sepucuk surat lalu diserahkan kepada Seungcheol.

Meskipun Seungcheol geram tidak mendapat balasan dari jejaka itu, tangannya laju saja membuka kertas itu dan membacanya.

"Dia bagi dekat kau. Suruh kau buat check up hujung minggu ni," ujar jejaka itu.

Seungcheol menggulingkan matanya lagi.

"Again? Aku tak gila pun."

"Hyung, you were."

Seungcheol menjeling jejaka itu menyampah. Dia melipat kertas itu kemas.

"It was like three years ago. Aku dah pulih dah pun. Lagipun, aku tak akan macam ni kalau bukan sebab lelaki gila tu," balas Seungcheol.

Jejaka itu terdiam. Dia kemudiannya melabuhkan duduk di sebelah Seungcheol yang masih menahan geramnya.

"Dia pun dah pulih."

Seungcheol memandangnya pantas. Dia menatap lama muka jejaka itu yang tiada menunjukkan sebarang gurauan itu.

"So, that's why he-"

"No, nope. Aku yang tak nak benda tu. Lagipun, aku nak bantu kau, hyung." Jejaka itu menoleh ke arah Seungcheol yang menatapnya datar.

"Aku nak bantu kau balas dendam terhadap mereka. Mereka yang terlibat dengan pembunuhan rakan kau."

His Revenge •C.SC•Where stories live. Discover now