"Finally!" Seungcheol membuat kuak lentang di atas katilnya setelah tubuhnya menyentuh benda lembut itu.
Perjalanan dari Korea ke Los Angeles yang lama membuatkan tubuhnya terasa kaku dan penat. Setelah mendarat, mereka berempat terus mencari grab dan menuju ke hotel yang ditempah.
"Hyung! Mandi dulu baru berehat! Busuk!" suara seseorang menyentaknya dari hampir terlelap. Dia mendengus sedikit menyampah mendengar bebelan rakan sebiliknya.
Dia yang baru nak mengabaikan rakan sebiliknya itu tidak jadi melihat jejaka itu sudah memegang selipar tandas di tangannya. Mengetahui si dia pantang jika orang tidak mendengar arahannya, Seungcheol bangun dari katilnya sambil merungut perlahan.
"Dah siap mandi, hyung nak tidur dulu ke atau nak cari makan? Aku dengan Chan nak pergi cari makan lepasni," tanya jejaka itu sambil memakai baju.
"Aku nak rehat dulu, malam nanti kita gi bilik Chan dan Wonwoo untuk bincang. Kau nak boleh belikan makanan untuk aku ke?" soal Seungcheol.
"Boleh je. Wonwoo pun kirim makanan tadi dengan Chan. Hyung nak apa?" Seungcheol berfikir sebentar mencari makanan yang enak di LA ini.
"Aku ikut kau lah, aku pun taktau nak makan apa. Duit ada kan?" Jejaka itu memberi thumbs up lalu meninggalkan Seungcheol di bilik itu seorang diri.
Senyuman kecil terbit di bibirnya setelah jejaka itu hilang dari pemandangannya. Jujur, dia rasa bersyukur dengan kehadiran orang yang ingin membantunya membalas dendam. Bukan apa, dia tak sangka ada juga yang bersimpati akan nasib dirinya yang terlalu buruk itu. Dia hanya bersyukur Wonwoo memberinya sinar kembali saat mati yang hanya di fikirannya.
Lelah? Siapa tidak. Jika ditanya, Seungcheol ingin semua ini selesai dengan cepat. Dia ingin melihat orang yang paling dibencinya itu musnah ditangannya.
Tok! Tok!
Lamunan Seungcheol hilang ketika mendengar ketukan pintu di bilik hotelnya. Memikirkan Junhui dan Chan baru sahaja, dia merasakan di hadapan biliknya adalah Wonwoo.
Senyumannya kembali terbit saat tekaannya tepayt melihat Wonwoo yang bercermin mata dan berpakaian tidur.
"Hi hyung! Can I come in?"
"Of course," balas Seungcheol lalu membiarkan Wonwoo memasuki biliknya.
"Kenapa ke sini Won?" tanya Seungcheol santai.
Wonwoo tidak membalas sebaliknya membaringkan dirinya di atas katil. Dia menyelesakam tubuhnya lalu memandang Seungcheol yang masih menatapnya dengan senyuman lembut.
"Bosan, nak tidur tadi dah tidur. Penat tapi tak ngantuk," ujar Wonwoo sambil membuka televisyen di hadapannya.
Seungcheol mengangguk memahami lalu melabuhkan dirinya di sebelah Wonwoo. Memandang ke arah televisyen yang memaparkan cerita yang tidak difahaminya.
"Aren't you tired, hyung?" soal Wonwoo memecahkan suasana senyap yang menyelimuti mereka. Seungcheol terdiam sebelum menghela nafas.
"I am," jujur Seungcheol.
"Penat sangat, Won. Aku sampai terfikir malas dah nak ambil kisah pasal Jisoo. Aku sampai rasa macam aku tak patut buat benda ni," luah Seungcheol lebar.
"But?" Meskipun Seungcheol tidak mengatakan kepadanya, tapi Wonwoo tahu banyak benda yang berada di otak Seungcheol.
"Tapi, aku sayang kawan-kawan aku. I want to give them the justice they deserve. Boleh tak kau bayangkan,Won? Diorang mati sebab alasan yang tak munasabah? I can't. Aku tak boleh bayang macam mana terseksanya diorang pertahankan perjuangan diorang demi negara."
"Kenapa ya Jisoo tu bodoh? Kenapa dia tak boleh kawal diri dia supaya dia tak bunuh orang? Kenapa ya dia perlu ada banyak identiti yang buatkan orang tak bersalah mati? Kau faham tak Won? Aku nak balas dendam bukan untuk rakan-rakan aku saja, tapi untuk orang yang Jisoo bunuh."
"Kenapa dia tak ditangkap lagi? He committed many crimes but he still hasn't get caught. Tak guna kan? Sebab duit, sebab orang terpengaruh, sebab dia ada orang back up dia. He can live his life happily. Sementara aku? Keluarga mangsa? Trauma yang dia beri kat kami tak setanding dengan penyakit yang dia hadapi. Aku benci."
Wonwoo menatap mata Seungcheol dalam. The eyes that tells everything.
"Aku benci dengan kenyataan yang aku masih sayangkan Jisoo."
Wonwoo tahu. Dia tahu betapa gengsinya hati Seungcheol tentang rancangan ini. Mungkin yang lain nampak betapa bencinya Seungcheol dengan Jisoo, tapi tulus di dalam hatinya yang paling dalam, Wonwoo tahu Seungcheol berharap bukan Jisoo yang buat semua jenayah ni.
Malah, Wonwoo juga tahu Seungcheol berharap dirinya mati dan tidak diselamatkan olehnya. Dia tahu betapa Seungcheol mengagumi Jisoo sepanjang mereka tinggal bersama.
Tapi biasalah, manusia. Hati dan pemikiran selalu berkata lain.
"If I know, hyung... I should let you die."
Seungcheol tersenyum pahit.
Right? He should die.
:D
YOU ARE READING
His Revenge •C.SC•
Action[SEQUEL THE INNOCENT KILLER : HYN] Yang disangka mati, kini dia kembali. Mungkin Hyn rasa dia telah membunuh sang penyiasat dengan kejam, namun tanpa dia ketahui, jejaka itu mempunyai cara untuk melepaskan diri. Kini, dia kembali dengan sebuah denda...