"Semua maklumat dah dapat, Chan?"
"Well... almost. Ada beberapa maklumat terbesar Jisoo tak dapat lagi. Chan dah lama aim maklumat tu sebenarnya, tapi masih tak dapat sampai sekarang," jelas Chan sambil matanya tak lari dari skrin monitor di hadapannya.
Setelah apa yang berlaku dua hari lalu, Chan tekad dengan keputusannya. Memilih untuk mengikuti Seungcheol supaya jejaka itu dapat membalas dendam untuk dirinya.
Bukan dia tak sayang, tapi nak dibandingkan dengan apa yang Jisoo rasa dengan Seungcheol, perbezaannya sangat ketara.
Jisoo masih ada seseorang di sampingnya ketika dia sembuh, malah semua ada di sampingnya ketika dia pulih. Orang di sekelilingnya sebab dan alasan dia pulih. He had supporters, he had everything.
But Seungcheol?
No. Dia pulih sendiri, Wonwoo tak mampu teman dia sepanjang dia di hospital kerana sibuk dengan kerja. Pulihnya berjaya kerana tekad untuk membalas dendam. Hanya dia, hanya dia pulih sendiri tanpa sesiapa di sisi. Tidak senang untuk pulih tanpa sesiapa di sisi, dengan gilanya, dengan penyakitnya. Tapi, hanya dirinya dan dendamnya yang menguatkan dia.
It's different reason.
That's why Seungcheol suffered more than he wanted.
Dan itu adalah sebab kenapa akhirnya Chan memilih untuk berjuang dengan Seungcheol. Kerana dia nampak perbezaannya.
"Oh, maklumat apa tu?" tanya Seungcheol ingin tahu.
Chan tersenyum dan melirik ke arah Seungcheol sebentar sebelum matanya kembali menatap skrin di hadapannya.
"Tentang ayah Jisoo. Well, you know that his father is a prisoner, right? Tapi, kita semua tak tahu sebab apa ayah Jisoo masuk penjara. LadyWen sangat sangat perahsia bila nak cerita tentang keluarga Jisoo, especially about his father. Even Han hyung and Jun hyung pun tak tahu pasal ni. Lagi-lagi lepas Jisoo hyung ada D.I.D, lagi hilang maklumat tu dari database. But I know it's there. Ada kat satu tempat yang Chan yakin LadyWen simpan rahsia tu, tapi Chan tak pernah dapat buka," cerita Chan panjang lebar.
Seungcheol terangguk-angguk mendengar apa yang dijelaskan oleh Chan. He was correct. Seungcheol sendiri tak pernah tahu pasal parents Jisoo, well maybe dia tahu mak Jisoo dah mati dan ayah dia masuk penjara, but more than that?
Tiba-tiba Seungcheol teringat perbualannya bersama team nya suatu ketika dahulu.
"Bukan ke ayah Jisoo pengedar dadah?"
Chan mengangkat kepala dan memandang Seungcheol. Dia menggeleng laju kepalanya.
"Itu maklumat palsu. LadyWen pun dah padam maklumat tu. Maklumat tu dapat sebab LadyWen tipu orang bila ada orang tanya pasal ayah Jisoo," terang Chan lagi.
"Oh god!" Seungcheol mengusap mukanya lelah. Sebegitu rahsianya LadyWen tentang Jisoo.
"You have try before?" tanya Seungcheol lagi. Chan mengangguk bersungguh-sungguh.
"I did. Many times without LadyWen permission. Nasib baik Chan tak pernah kena detect cuba cari maklumat Jisoo. Tapi Chan cuba, sekalipun tak pernah berjaya," ujar Chan lagi.
Mata jejaka muda itu masih tekun menekan-nekan papan kekunci di hadapan dia.
"Chan rasa apa yang berlaku kat Jisoo ada kena mengena dengan ayah dia? Well, with the disorder and so on..." tanya Seungcheol meminta kepastian.
"Obviously. Even Jisoo dibesarkan oleh keluarga Wen, tak mustahil trauma masa lalu penyebab wujudnya penyakit tu. Sebab tu, Chan betul-betul nak tau apa yang menyebabkan ayah Jisoo masuk penjara. Then, I can connect everything." Seungcheol terangguk-angguk mendengar penjelasan Chan.
Bunyi papan kekunci menguasai ruang bilik tersebut setelah keduanya bercadang untuk menutup mulut. Seungcheol mengelamun memikirkan teori yang dikatakan oleh Chan.
"Ayahnya Jisoo masih hidup kan?" Persoalan Seungcheol mendapat anggukan dari Chan.
Seungcheol tersenyum senget. Ah, he got an idea.
•
"You kidding me, aren't you?" Mulut jejaka di sebelahnga ternganga mendengar apa yang diutarakan oleh Seungcheol.
Bukan hanya dia seorang, Chan malah Wonwoo juga tergamam. Tidak menyangka persoalan tentang ayahnya Jisoo membuatkan Seungcheol berfikir begini.
"What? Lagi senang cari dia terus kat sana daripada kena kotak katik laptop yang entah bila akan dapat maklumatnya. Alang-alang tu, kita bercuti sekali. Asik terperuk je kat Korea ni pun bosan juga," balas Seungcheol memberi alasan.
Gila bukan? Pergi ke tempat kelahiran Jisoo semata-mata mahu mencari ayahnya. Semua sudah geleng kepala melayan permintaan Seungcheol, namun apa yang dikatakan oleh jejaka Choi itu ada betulnya. Cuma, tidak terlalu mendadak sebegini.
"Then, how about Mingyu and Seungkwan? Nak tinggalkan dia macam ni je? Mati kebulur macam tu? Damn hyung, not fun at all..." rengek jejaka di sebelah Seungcheol itu.
Wonwoo menggeleng kepala manakala Chan tersentak sedikit. Masih tidak terbiasa dengan perbualan kejam untuk membunuh sahabatnya.
"Memang taklah. Aku rasa aku akan bunuh diorang sebelum kita pergi. Jadi, mereka takkan kacau rancangan kita."
"And that's mean, we need to kill them faster. You forgot that I have less than two weeks here?" tanya Wonwoo pula.
Seungcheol terpinga-pinga sebelum menepuk dahi. Lah, dia memang lupa Wonwoo di Korea hanya untuk sementara.
Wonwoo menggeleng tak percaya. Susah juga nak berurusan dengan orang macam Seungcheol ni.
"Is one week enough for searching his father?" tanya Seungcheol setelah itu.
"Cukup, kalau maklumat kat mana penjara ayah Jisoo tu ada, kita cukup," balas Chan.
"Alright. Wonwoo, kau balik Sabtu minggu depan kan?" tanya Seungcheol meminta kepastian.
Wonwoo mengangguk mengiyakan pertanyaan Seungcheol.
"Then, we will kill them this weekend. Isnin, kita pergi Los Angeles. Okay?"
Ketiga-tiga rakannya berpandangan sesama sendiri lalu mengangkat bahu. Tak salah juga join gila Seungcheol.
It must be more fun and thrilling.
YOU ARE READING
His Revenge •C.SC•
Action[SEQUEL THE INNOCENT KILLER : HYN] Yang disangka mati, kini dia kembali. Mungkin Hyn rasa dia telah membunuh sang penyiasat dengan kejam, namun tanpa dia ketahui, jejaka itu mempunyai cara untuk melepaskan diri. Kini, dia kembali dengan sebuah denda...