cw // violence
"Hyung..." lirih Seungkwan perlahan. Dirinya sudah tidak berdaya saat melihat dengan kedua matanya bagaimana Mingyu diseksa sehingga ke akhir nafasnya. Mingyu di sebelahnya sudah tergeletak tidak bernyawa beberapa minit yang lalu.
Seungcheol yang sedang membersihkan pisau yang digunakan untuk menyeksa Mingyu menoleh memandang Seungkwan. Dia tersenyum nipis lalu menghampiri jejaka bermarga Boo itu.
"Any last words, Seungkwan?" tanya Seungcheol datar. Wonwoo di sisinya hanya diam sebelum menghampiri Mingyu untuk membersihkan mayatnya.
Chan pula ditemani di luar kerana dia tidak sanggup melihat rakan-rakannya diseksa dan dibunuh. Malahan, Chan sanggup memakai earphone semata tidak mahu mendengar jeritan dan rintihan sakit oleh Mingyu. Pendirian dia masih tetap untuk bersama dengan Seungcheol, cuma hatinya masih lembut untuk menerima kematian rakannya.
Seungkwan senyap seketika sebelum membuka mulut.
"A- aku sayang Hansol, hyung."
Hening. Suasana bilik itu hening dan Seungcheol menatapnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Wonwoo pula tersentak mendengar ayat Seungkwan sebelum menggeleng perlahan.
"Jadi, kenapa kau biarkan dia mati?" Kosong. Soalan Seungcheol ditanya dengan wajah kosong. Wajah tanpa perasaan.
"A -aku pun sayang nyawa a-" Darah tersembur dari mulut Seungkwan apabila Seungcheol menumbuk pipinya keras. Seungkwan terbatuk-batuk namun dia terkejut dengan tindakan Seungcheol meskipun dirinya belum sempat menghabiskan ayatnya.
'Wrong words, Kwan.'
"Kau tak boleh sayang Hansol kalau kau sayang nyawa kau, bodoh! Kau takkan biarkan dia mati kalau kau sayang Hansol! Kau takkan biarkan dia diseksa dengan Hyn kalau kau sayang dia! Kau dengan sayang kau boleh pergi mampus!" Lagi sekali, genggaman tangan Seungcheol hinggap di pipi Seungkwan, namun kali ini bukan sekali. Tetapi, berkali-kali, sehingga Seungcheol puas.
"How can you love him when you let Hyn tortured him. Don't be a liar!" marah Seungcheol lagi.
Dia serik. Dia serik mendengar kata-kata sama dari orang yang biarkan rakan-rakannya mati. Dia serik dengan perkataan sayang yang sering diungkapkan kosong oleh mereka. Dia serik!
"I t -tried, h -hyung..." Seungkwan batuk lagi.
"Aku cuba pujuk Hansol untuk masuk Hyn supaya dia tak kena bunuh, sebab aku tahu... how cruel Hyn when he took over Jisoo's body. Tapi, dia taknak, hyung..." suara Seungkwan berubah menahan dirinya dari menitikkan air mata.
"Dia dengar macam mana Woozi hyung dengan Hoshi hyung terseksa. Dia tak sanggup biarkan hyung dia yang terseksa, jadi dia minta maaf dekat aku. Dia ikut mereka, dia rela dirinya dibunuh dari sertai Hyn. I'm sorry, hyung. I tried to save h -him...' Wajah Seungkwan tertunduk untuk menutup dirinya yang sedang menangis.
Marah Seungcheol yang mulanya semakin membuak mendadak hilang mendengar ayat Seungkwan.
"They heard each other?" soal Seungcheol bingung.
Wonwoo yang mulanya tekun membersihkan mayat Mingyu mengangkat kepala.
"Yes, bilik penyeksaan tak kedap suara. We can heard each other there. Hyung, bilik kau sebenarnya bilik peribadi Joshua dan ia kedap suara. Jadi, bila pintu bilik ditutup, kau takkan dengar apa yang berlaku," terang Wonwoo sambil mengelap darah di atas lantai.
Seungcheol menghela nafas berat. Patutlah dia tak tahu apa yang berlaku selama dia di dalam bilik asing itu. Kata Wonwoo, rakan-rakannya dibunuh sebelum Jisoo membuat perjanjian itu. Jadi, sebenarnya takde guna pun kalau Seungcheol bersetuju sertai Hyn untuk selamatkan mereka.
Seungcheol mendudukkan diri di atas lantai lelah. Lelah dengan kenyataan demi kenyataan yang didengarinya.
"Kenapa mesti aku?"
Air matanya mengalir tanpa dipinta. Wonwoo dan Seungkwan hanya diam menatap Seungcheol yang teresak di sudut bilik itu. Terlintas rasa kasihan di hati keduanya melihat bagaimana kacaunya jiwa seorang Choi Seungcheol.
Jejaka ini cuma ingin menjalankan tugas untuk negara, malah dirinya sanggup mengkhianati ikrarnya terhadap negara demi keselamatan rakan-rakannya. Hanya untuk dibalas dengan penipuan tentang nyawa rakannya dan gila.
Perasaannya bercampur aduk. Dendam, marah, kasihan, bersalah, lelah... semuanya bercampur membuatkan Seungcheol tidak tahu lagi apa yang ingin dirasakan sekarang.
"Hyung... I'm sorry..." kata Seungkwan perlahan. Wonwoo menghentikan apa yang dilakukannya lalu menghampiri Seungcheol. Dia memegang lembut bahu Seungcheol.
"You want rest?" soal Wonwoo lembut. Seungcheol menyandarkan kepalanya di dada Wonwoo sebelum mengangguk.
"Okay, let me clean him first, then we can rest. Atau hyung nak aku panggil dia?" Wonwoo menepuk perlahan belakang Seungcheol dan membiarkan sahaja Seungcheol meletakkan kepalanya di dadanya.
"Call him, please," pinta Seungcheol perlahan. Seungkwan di bilik itu sudah diabaikan oleh Wonwoo. Sekarang, dia perlu fokus ke Seungcheol. Wonwoo membalas 'alright' kepada Seungcheol sebelum bangun dan menghilang di sebalik pintu.
Kepala Seungcheol kembali bersandar di dinding belakangnya. Matanya dibuka dan bertemu dengan mata Seungkwan. Dapat dia melihat Seungkwan tersenyum lembut sebelum dia kembali menutupkan matanya.
"Aku tak nak terseksa, hyung."
Serentak itu, Wonwoo masuk dengan orang yang Seungcheol perlukan. Di tangannya terlihat mempunyai beberapa ubat kepunyaan Seungcheol.
"Aku bawa dia keluar tau, Won. Kau uruskan Mingyu dan Seungkwan." Wonwoo mengangguk mendengar ayat jejaka yang memapah Seungcheol keluar.
Belum sempat kaki mereka menjejak lantai luar, Seungcheol menoleh memandang ke arah Wonwoo. Wonwoo dan jejaka di sebelah Seungcheol menatap tertua itu pelik.
"Jangan seksa Seungkwan."
Wonwoo tersentak mendengar ayat Seungcheol. Matanya membalas pandangan Seungcheol yang terpacar maksud tersirat di sebalik ayatnya.
"Baik, hyung."
Notes : Korang nak Hyf letak trigger warning (TW) dekat setiap chapter ke sebab cerita ni berat 😭 semua benda ada dalam ni, tapi Hyf nak warning awal-awal, tak kuat jangan baca 🙏🏻 Hyf yang buat ni pun takut nanti depressed 🥹 that's all for now, i'm sorry for not updating for so longgg, college life is so hardd 🥲
YOU ARE READING
His Revenge •C.SC•
Aksi[SEQUEL THE INNOCENT KILLER : HYN] Yang disangka mati, kini dia kembali. Mungkin Hyn rasa dia telah membunuh sang penyiasat dengan kejam, namun tanpa dia ketahui, jejaka itu mempunyai cara untuk melepaskan diri. Kini, dia kembali dengan sebuah denda...