Erangan perlahan terlepas dari bibir Mingyu saat dirinya merasa sakit di belakang tengkuknya. Dia membuka mata sedikit payah kerana cahaya yang cuba memasuki mata.
Saat akhirnya otaknya mengadaptasi suasana, dia melilaukan mata melihat sekeliling. Melihat ke kirinya di mana ada Seungkwan yang masih tidak sedarkan diri dengan badan yang terikat di kerusi, dia kembali memandang tubuhnya terkejut.
"Kwan..." lirihnya perlahan. Dia kembali mengangkat muka dan kali ini baru dia tersedar ada seseorang di hadapannya.
Lelaki di hadapannya seolah tidak perasan bahawa dirinya sudah tersedar dari pingsan kerana khusyuk bermain permainan siber di komputernya membuatkan Mingyu ingin menarik perhatiannya.
"Hyung?" panggil Mingyu perlahan.
Jejaka itu seakan tersentak mendengar namanya dipanggil. Dia menoleh dan terkejut melihat Mingyu.
"Oh, hi Gyu!" Jejaka itu meletakkan controller permainannya dan berjalan mendekati Mingyu.
Mingyu tidak membalas sebaliknya menatap jejaka di hadapannya dengan mata membulat.
"C -Cheol hyung?"
Seungcheol hanya tersenyum membalas ayat gagap Mingyu.
"Hyung masih hidup? B -but how?" soal Mingyu. Dia masih tidak percaya melihat Seungcheol di hadapannya.
Tidak, mereka semua menyaksikan kematian Seungcheol. Malah, mereka sendiri memeriksa Seungcheol di bilik mayat sebelum tubuh itu dibakar.
Seungcheol mengangkat bahunya.
"Sejujurnya, aku sendiri tak tahu macam mana aku diselamatkan. Kalau kau nak tahu, Wonwoo yang rancang segalanya. I don't know how he did, but he saved me," balas Seungcheol santai.
Dia menarik kerusi duduk berdekatan dengan Mingyu. Niatnya yang ingin berbual dengan jejaka taring di hadapannya.
"How are you, Mingyu? Macam mana hidup kau kat sana?" tanya Seungcheol cuba mengalihkan topik tentang dirinya. Biarlah kisah itu, Wonwoo yang ceritakan. Dia lebih tahu kerana dia punca Seungcheol terselamat.
Mingyu terdiam seketika.
"Entahlah, hyung. Begitu jelah aku hidup. Cari makan, kerja, hidup tak bebas."
Seungcheol mengangguk memahami. Dia faham keadaan Mingyu kerana situasi mereka semua sama. Menyorokkan diri dan identiti dari dikesan polis dan orang awam. It's not easy though, but at least Seungcheol has better life than them.
"Are you happy?" tanya Mingyu kepada Seungcheol setelah suasana sunyi menguasai mereka beberapa ketika.
"Honestly? Yes, I am. Hidup macam ni buat aku rasa bebas. Tak terikat dengan tugas berat, boleh santai dan berehat. Aku rasa tenang," cerita Seungcheol dengan senyuman kecil di bibirnya.
Mingyu sebak melihat Seungcheol begitu. Dia tahu berapa tragisnya peristiwa yang dialami Seungcheol, sehingga dia tidak sanggup menjaga Seungcheol waktu sakitnya. Jika Mingyu di tempat Seungcheol, he would kill himself.
"I'm happy for you, hyung," kata Mingyu ikhlas.
Seungcheol terkedu mendengar ayat Mingyu. No, he shouldn't. He shouldn't happy for him.
"Please don't," bisik Seungcheol perlahan membuatkan Mingyu berkerut keningnya.
Krek!
Pintu terbuka dan kepala seseorang terjengul di sebalik pintu itu membuatkan kedua jejaka yang sedang berbual itu menoleh.
"Cheol hy- oh, Gyu... you're awake."
Mingyu tersenyum nipis melihat jejaka berkaca mata itu melangkah masuk dan menghampiri kedua mereka.
"Aih hyung, dengar cerita nak bunuh diorang. Kok santai berbual," usik Wonwoo dengan keningnya terangkat.
Mingyu terkedu dan memandang Seungcheol yang kini membulatkan mata kepada Wonwoo. Sengajalah tu nak takutkan Mingyu. Mentang-mentang Mingyu ni memang penakut orangnya.
"H -hyung?"
Seungcheol mengeluh mendengar Mingyu memanggilnya takut.
"Aku cio dulu," datar dan malas Seungcheol berkata. Dia bangun dari duduknya dan keluar dari ruang bilik itu. Sempat dia menghadiahkan satu pukulan ke bahu Wonwoo kerana merosakkan mood nya yang masih baik itu.
Wonwoo terkekeh kecil setelah pintu ditutup. Dia memandang tempat permainan yang digunakan Seungcheol yang masih bersepah kemudian memandang Mingyu.
"Aku tak tipu tau, Cheol hyung memang nak bunuh kalian. He just needs time," kata Wonwoo santai sambil mengemas tempat permainan itu.
Mingyu menelan air ludahnya payah. Dia tahu kenapa Seungcheol berniat begitu, namun kerana betapa santainya Wonwoo berkata membuatkan dia ragu.
"Termasuk kau ke, hyung?"
Gerakan Wonwoo terhenti. Dia menatap Mingyu lama lalu tersenyum kelat.
"Mungkin?"
YOU ARE READING
His Revenge •C.SC•
Action[SEQUEL THE INNOCENT KILLER : HYN] Yang disangka mati, kini dia kembali. Mungkin Hyn rasa dia telah membunuh sang penyiasat dengan kejam, namun tanpa dia ketahui, jejaka itu mempunyai cara untuk melepaskan diri. Kini, dia kembali dengan sebuah denda...