Bab 17

189 12 0
                                    

Awlia terdiam di situ apabila mendengar ujaran Tuan Ehsan. Wajah tua itu dipandang mahu menanti jawapan.

"What? papa cakap apa ni?" lalu Awlia tertawa perlahan. Mungkin bapaknya tengah buat lawak,  yelah tua tua ni kena gembira sikit.

"Ada orang masuk meminang kamu" jawab Tuan Ehsan. Titi yang berada di sebelahnya hanya diam tidak bersuara

Sudah diberi amaran awal awal oleh Tuan Ehsan. Gerun juga dia, daripada bersuara baik diam saja.

"Huh?" soal Awlia lagi. Jantan mana pulak dah yang masuk minang ni?

"Ya Awlia"

"Papa jangan bergurau, Awlia tak rasa benda ni kelakar tau" ujarnya mahu menyakin kan bahawa benda ni bukan benda yang boleh dibuat main.

"Maaf Awlia, tapi papa tak main main. Diorang baru je balik. Nah..."

Sebentuk cincin yang masih elok di dalam bekas cincin dihulur ke arah Awlia.

Awlia terdiam, cincin itu dipandang tidak percaya.

"Awlia tak nak" tegas Awlia bersuara. Anak mata bapaknya dicari lalu dipandang tepat. Cukup lah sebelum ni,  tak nak yang kedua kali.

"Awlia.. dengar dulu apa yang papa nak cakap. Papa dah terima pinangan ni. seb---"

"Apa pa?" soal Awlia terkejut.

"Awlia, dengar dulu apa papa nak cakap" celah Titi. Lantas wajah Titi dijeling sekilas oleh Awlia. Menyibuk je kerja.

Tuan Ehsan menarik nafasnya lalu dihembus perlahan. Dengan anak nya yang satu ini, harus pandai bermain kata. Silap kata habislah.

"Papa terima sebab papa yakin, bakal suami kamu tu orang baik baik sayang. Keluarga diorang pun papa tengok orang baik baik"

"Papa terima sebab papa risaukan kamu. Awlia duduk luar tak tinggal dengan papa, dengan siapa kamu duduk dekat mana. Tak pernah Awlia bagitahu"

"Awlia ingat papa tak risau?" soal Tuan Ehsan lembut.

"Papa risau Awlia, hari hari papa fikir anak papa makan ke tidak. Sihat ke tidak" tambahnya lagi.

Sejurus mendengar itu Awlia menundukkan pandangan. "Sorry, i didn't mean to do this pa.." ujarnya perlahan.

"Tak apa papa faham" jawab Tuan Ehsan laju. Tidak mahu anak nya terbuai dengan kesalahan sendiri.

"Jadi, papa terima pinangan tu sebab papa tahu lepas ni ada orang boleh jaga Awlia. Lindungi Awlia, sebab papa... papa dah tak mampu lindungi Awlia..." sayu Tuan Ehsan.

"Awlia..jauh sangat dengan papa. Papa jadi sedih, bila ingat semua ni" Titi mengusap lembut belakang tubuh suaminya.

Begitu jugak dengan dirinya, bukan benci akan anak tirinya itu. Namun kasih sayang yang diberi di salah tafsirkan oleh Awlia. Seketika dia berbuat baik dengan anak tirinya, anak nya bersuara tidak puas hati.

Mengamuk sakan. Disebabkan itu lah dia dan Awlia menjadi sebegini rupa. Dia berada di tengah tengah saja.

Namun, perasaan dan kenyataan ini disimpan rapat olehnya. Asalkan anak tirinya itu bahagia, sudah gembir hati tua nya.

"Hari pertama Awlia langkah keluar dari rumah ni, merata rata papa dengan ibu cari kamu Awlia. Merata-rata" ujar Tuan Ehsan, mahu mengingat memori dimana dia dan isterinya sehari suntuk mencari Awlia.

"Pa.."

"Tak apa, bukan salah Awlia" cantas Tuan Ehsan laju.

Tangan anak daranya itu dicapai lalu digenggam lembut."Papa harap kamu terima ya? papa buat sebab papa sayangkan kamu" pujuk Tuan Ehsan.

"Mak cik, minta maaf kalau selama ni mak cik ada salah silap dengan Awlia" Siti bersuara pulak. Fikirnya keadaan seperti ini seharusnya tidak berlarutan. Dia sudah tua, anaknya pula entah hilang ke mana bersama suami.

"Ibu" jawab Awlia. Terasa kekok pula apabila Siti mengelarkan diri nya mak cik. Ya, memang sebelum ni dia hanya memanggil mak cik saja itupun selepas dia bergaduh besar dengan Siti.

Manakan tidak, sebelum ini dia dan Titi bagai isi dengan kuku. Namun disebabkan perangai Khalida habis rosak segalanya.

Siti tersenyum hambar mendengar kata kata Awlia.

"Ibu, sebenarnya.."  berfikir dua tiga kali Siti ketika ini sama ada mahu memberitahu atau tidak.

Tuan Ehsan yang melihat itu mengusap lembut belakang tubuh Siti memberi kekuatan. Perlahan kepala mengangguk, yakin.

"Ibu?" soal Awlia ingin mendengar sambungan kata kata Siti.

"Ibu tak pernah setuju dengan pertunangan Is dengan Awlia sebab ibu tahu Is tak pantas untuk Awlia. Dia bukan lelaki yang boleh diharapkan Awlia" jujur Siti.

Awlia terkesima sebentar lalu tersenyum nipis.

"Tapi, entah apa kena dengan Khalida sampai nak kan si Is tu ibu pun tak tahu..." tambahnya lagi.

"Sebab tu ibu bersyukur Awlia dan Is tak jadi kahwin sebab ibu tak nak kehidupan anak ibu rosak" ujar Siti sambil tersenyum manis.

"T-tapi Khalida macam mana?" soal Awlia hairan. Tak nak hidup nya rosak, macam mana anak nya pula?

Erya Ezric : la storia d'amoreWhere stories live. Discover now