BB 42

125 7 0
                                    

"Jahanam kau!" ujar Aylan lalu wajah itu ditumbuk tanpa henti.

"Ya allah, Awlia!" jerit Siti apabila mula menapak masuk ke dalam rumah tersebut.

"I-bu" ujar Awlia dengan esakan kecil.

"Kau memang jahanam! Kau sentuh bini aku"

Buk!

"Kau. Sentuh. Bini. Aku"

Buk!

Buk!

"Aylan, sudah" ujar Tuan Ehsan menarik menantu nya yang sudah mengigil menahan amarah.

Iskandar yang sudah dipenuhi darah pada bahagian kepala itu disepak buat kesekian kalinya.

"Ya allah, Aylan!" ujar Tuan Ehsan sedikit kuat. Tubuh kekar itu ditarik menjauh dari tubuh Iskandar yang sudah kaku tidak bergerak itu.

Tuan Ehsan membawa Aylan duduk di sofa, menenagkan diri nya.

"I-bu, Aw-lia takut" ujar Awlia yang sudah teresak esak menangis di dalam dakapan Siti.

Aylan yang baru tersedar dengan isterinya laju menghampiri isterinya yang sudah tidak terurus itu.

"Sayang" ujar Aylan.

"Ab-bang, kenapa lam-bat" ujar Awlia tersedu sedan lalu tubuh kekar itu ditarik ke dalam pelukannya.

"Sorry sayang. Ab-ang minta maaf" ujar Aylan dengan suara tertahan. Masih mengigil dia menahan amarah.

Tok!Tok!

"Ibu! Papa! tolong!" jerit Khalida dari tingkat atas. Pintu kayu itu diketuk kuat.

"Abang! Khalida!" ujar Siti apabila mendengar ketukan tersebut.

Tuan Ehsan tanpa banyak bicara naik bergegas ke tingkat atas.

"Ya allah! Kak Awlia" ujar Khalida setelah pintu itu dirosakkan oleh Tuan Ehsan. Perlahan lahan dia naik menekup mulut menahan tangis.

Keadaan kakak tirinya dipandang sayu.

"Abang" ujar Awlia dengan tangisan lagi.

"Ya sayang" ujar Aylan belakang badan isterinya diusap lembut.

"Awlia takut"

"Abang ada" ujar Aylan buat kesekian kalinya.

Awlia yang tidur tenang di atas katil hospital itu dipandang sayu oleh Khalida dari arah luar .

Ibu, papa, dan abang iparnya yang sedang termenung jauh dipandang satu persatu.

"Khalida nak abang Is masuk penjara" ujar Khalida dengan suara seraknya.

Siti memandang anak gadisnya itu lalu tubuh itu ditarik ke dalam dakapan.

Aylan menggenggam tangannya apabila mendengar nama Iskandar itu. "Dia buat apa lagi dekat Khalida?" soal Aylan dingin.

"Beritahu ibu sayang, apa lagi Is buat dekat Khalida?" soal Siti pula.

"Is, pukul Khalida ibu.." ujarnya sayu saja.

"Sejak kitorang kawin, Is selalu pukul Khalida. Dia cakap bukan Khalida yang sepatutnya jadi isteri dia tapi kak Awlia"

Mereka disitu hanya diam tidak bersuara apabila mendengar Khalida sudah membuka cerita.

"Is ada cakap yang.."

"Dia yang rancang nak tidurkan kak Awlia dalam bilik tetamu tu. Dia letak pil perangsang dalam minuman Kak Awlia"

"Tapi, haritu Kak Awlia tak nak dia cakap dia tak sedap badan. Jadi dia bagi minuman tu dekat Khalida"

Siti yang mendengar itu mengucap panjang. Dada tuanya diusap lembut.

"Dia tarik Khalida masuk dalam bilik tetamu sebab dia ingat Khalida Kak Awlia, tapi dia silap"

"Dia paksa Khalida untuk berlakon cakap dia dan Khalida suka sama suka. Hakikatnya benda tu tak betul"

"Dia ingat bila dia buat macam tu, Kak Awlia akan halang dan akan terima juga dia walau macam mana sekali pun. Tapi..."

"Ya allah anak papa" ujar Tuan Ehsan. Khalida yang sudah teresak esak menangis itu ditarik ke dalam pelukannya.

"Khalida nak cerai pa! Khalida tak tahan dengan rasa sakit ni"

"Hari hari Is cakap,  Khalida punca dia dan Kak Awlia tak jadi kawin. Dan dia yang suruh Kak Awlia datang rumah"

Aylan yang mendengar itu tercengang lalu wajah adik iparnya dipandang mahu perjelasan.

"Dia paksa Khalida suruh kak Awlia datang rumah. Tapi Khalida tak nak, tapi.. dia dah buat dulu dan kurung Khalida dalam bilik tu"

"Khalida minta maaf abang Aylan. Ni semua salah Khalida" pinta Khalida.

"Tak apa, bukan salah Khalida" ujar Aylan dingin.

Matahari telah melabuhkan tirainya lalu terbitlah bulan menyinari malam yang kelam itu.

Wajah isterinya yang pucat itu dipandang kasih. Tangan Awlia diambil lalu digengam lembut.

"Sorry sayang, kalau aku cepat kau takkan macam ni. I'm so sorry sayang" ujar Aylan. Tangan lembut itu dikucup lama.

Flashback.

Awlia memerhati Iskandar yang sedari tadi tidak lepas memandang nya.

Aplikasi whatsapp dibuka, lalu contact nama suaminya ditekan. Lokasi dihantar kepada Aylan.

"Mana Khalida?" soal nya.

"Khalida ya? Kejap Is tengok dekat dapur" ujar Iskandar lalu berlalu pergi ke arah dapur.

Sejurus Iskandar hilang dari penglihatan nya. Mesej dibuka kembali

"Abang, kalau Awlia tak balas chat abang dalam masa 15 minit, abang datang dekat sini tau!"

"Oh Is lupa yang Khalida demam tadi" ujar Iskandar yang baru tiba itu.

Aylan yang mendapat mesej tiba tiba dari isterinya itu berkerut tidak mengerti.

Lokasi yang dihantar kepadanya dihantar kepada papa mertuanya.

"Aylan! kita kena pergi sekarang"

Balas Tuan Ehsan.

Aylan yang membaca mesej daripada bapak mertuanya, terus memecut laju membelah jalan raya.

Erya Ezric : la storia d'amoreWhere stories live. Discover now