BB 28

182 13 0
                                    

Masuk hari ke 4 sudah dia tidak melihat kelibat suaminya.

"Tahu lah kerja! takkan kerja jadi ejen ali tak boleh guna handphone kot. Lemah lah! nak jaga cyberjaya konon. Jaga aku sorang pun tak boleh" bebel Awlia seorang diri.

Telefon bimbit nya yang berada di meja sisi katil dikerling sekilas. Takut takut suaminya whatsapp ataupun menelefon nya.

Namun, hampa!

Kot lah tiba tiba Aylan mesej 'Awlia nah amik 50 ribu beli kereta baru. Ternak kambing kuda lembu untuk masa depan'.

Boleh lah jugak dia bersorak gembira. Ini tidak, titik pun tak hantar.

"Kau membebel apa?" sergah Aylan di tepi telinga Awlia yang berada di balkoni bilik mereka itu.

Tanpa amaran, tangannya naik menampar tidak terlalu kuat tidak terlalu perlahan. Boleh tahan sakit jugak tu.

"Awlia" tidak percaya Aylan menegur. Pipi yang selamat bercium dengan tapak tangan isterinya diusap tidak percaya.

Memang mangsa dera betul si Aylan ni. Ada saja yang sakit kalau usik si Awlia ni.

"Awak!" soal Awlia tidak percaya. Tangannya naik mengusap pipi suaminya jugak.

Masing masing membutang tidak percaya.Sorang tak percaya balik balik kena sepak dengan bini.Yang sorang pusing pusing sepak orang.

"Ya allah, sakit ke?" soal Awlia prihatin. Riak penuh rasa bersalah dia bertanya.

"Tak, rasa geli" jawab Aylan geram. Nak marah tapi itu salah dia jugak. Dia pun sama mereng juga dengan bini dia.

Ha eloklah tu.

"Ala awak.. sorry, tindak balas tidak terkawal cikgu biologi saya cakap" bersungguh sungguh Awlia meminta maaf.

"Banyaklah kau punya cikgu biologi" jeling Aylan manja.

"Sakit ke?" soal Awlia serius saja bunyi. Macam nak menangis Awlia ketika ini apabila melihat layanan acuh tak acuh suaminya.

Langkah panjang itu diikuti masuk ke dalam bilik lalu menapak ke katil mereka.

"Tak"

"Betul betul lah!" ujar Awlia, air matanya sudah tumpah jatuh ke bumi

"Eh dia yang buat orang, dia yang nangis" ujar Aylan lalu tertawa perlahan. Air mata yang mengalir itu diusap lembut.

"Ibu, ayah, Aylan ingat lepas Aylan flight which is harini last Aylan flight kan. Aylan ingat Aylan nak pindah" ujar Aylan ketika makan malam bersama.

Awlia tercengang, tak cakap pun dengan dia.. hm

"Boleh ke ibu ayah?" soal Aylan.

"Apa yang tak boleh nya. Boleh" jawab Puan Lia.

"Dah pindah tu kerap kerap datang rumah ibu tau! tidak ibu bakar rumah kamu long" ugut Puan Lia.

"Yelah bu, untuk ibu semua boleh" jawab Aylan melayan sahaja.

"Balik tu jangan lah berdua. Betul tak sayang?" ujar Tuan Azri yang sedari tadi hanya diam sahaja.

Awlia berkerut hairan. Kalau bukan berdua nak bawa balik siapa lagi? jiran ke?

"Oh, abah nak kenal kenal dengan jiran kitorang ke? boleh lah. Nanti Aylan bawakan. Kan awak kan" jawab Awlia polos saja.

"Banyak lah kau punya jiran" ujar Aylan sambil tersenyum. Tomato disumbat kedalam mulut isterinya apabila melihat tanda tanda tidak puas hati.

"Inshallah, kalau ada rezeki ada la" jawab Aylan lalu tersenyum.

"Awak tak cakap pun awak nak pindah. Ke awak nak pindah tak nak bawa saya? sampai hati awak" ujar Awlia lalu memeluk tubuh.

"Mashallah bini aku. Dia buat dah" omel Aylan seorang diri, pintu bilik ditutup lalu dikunci.

Perlahan lahan badannya menghampiri isterinya yang masih berdiri tegak memeluk tubuh.

Cup!

Ciuman dilabuhkan di dahi milik Awlia. Lalu turun ke dua belah kelopak mata, hidung dan akhir sekali bibir merah yang telah menarik perhatiannya lama.

Diam tidak bersuara Awlia yang mendapat ciuman tiba tiba itu. Hanya mata nya yang bersuara.

Aylan yang melihat itu tersenyum manis sehingga menampakkan kedua dua lesung pipit nya. Awlia meneguk kesat air liur nya. Parah ni parah!

"Apa--"

"Sweet, aku suka" potong Aylan laju.

"Ehhhh" tidak percaya Awlia dengan kata kata suaminya. Aylan dipandang curiga.

Tiba tiba tangannya naik merangkul kolar baju Aylan. Membulat mata Aylan ketika ini.

What the fish.

"Siapa awak? mana suami saya?" soal Awlia serius.

"I--Aylan lah. Ni lah suami kau"

"Tipu! suami saya tak gatal macam awak! baik awak bagitau. Kalau tidak saya hancurkan cyberjaya" ugut Awlia.

"Cyberjaya? apa kena mengena?"

"Bukan awak kerja jadi ejen ke? ejen bawah MATA?" soal Awlia bengong.

"Allah, bini aku.." ujar Aylan sayu. Perlahan lahan tangannya naik menepis lembut tangan Isterinya.

"Kau ni banyak tengok kartun betul lah" omel Aylan lalu tubuh Awlia ditarik masuk ke dalam pelukannya.

Kepala milik Awlia dikepitkan ke ketiak "Mana bini aku! bini aku bukan macam ni. Mana bini aku!" ujar Aylan pula.

Erya Ezric : la storia d'amoreWhere stories live. Discover now