Bab 16

213 12 0
                                    

Sejak peristiwa Aylan meluahkan perasaan kepadanya, sedaya upaya Awlia menjauhkan diri dari terserempak.

Tapi harini sudah masuk empat hari dia tidak melihat kelibat Aylan. Rumah Aylan dijenguk sedikit walaupun tiada apa yang nampak.

Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. "Balik rumah ibu kot" gumam Awlia seorang diri. Langkah dibawa menuju ke rumahnya.

Belum sempat kakinya melangkah masuk ke dalam rumah, pintu rumah milik Aylan dikuak dari dalam. Terus berpaling Awlia ketika ini.

Dua dua bagai terpaku seketika apabila anak mata masing masing naik merenung. Awlia berdehem kecil, mengalah dengan panahan anak mata cantik milik Aylan itu.

Ingin saja mulutnya mahu bertanya tetapi ego menguasai diri. Dia hanya menunggu lelaki itu memecah kesunyian mereka.

"Apa pandang pandang? ada hutang ke?" usik Aylan selamba. Bagasi ditarik keluar. Waktu waktu ni lah nak kerja pun bebel hatinya.

Awlia tergamam mendengar ujaran tersebut. Menggelak hatinya pulak.Tiba tiba panas pulak.

"Excuse me? gila ke" jawab Awlia tidak mahu mengalah.

"Kalau gila sebab kau aku tak kisah" jawab Aylan pula. Pintu dikunci rapat. Lalu jam tangan dikerling, tak lewat lagi ni. Desisnya.

"A-aa.."

Awlia hanya diam tidak bersuara. Nak berlawan kata, entah hilang ke mana kata kata nya.

"Argh tak ada, gila punya orang" dalih Awlia. Putar belit lagi kata katanya. Mekar senyuman di bibir Aylan ketika ini.

"Take care, fikir jawapan tu betul betul. Aku nak aku balik nanti kau jadi bini aku, no excuse" pesan Aylan.

Awlia yang mendengar itu mengerut tidak mengerti. Si gila ni ada bagi aku soalan ke sebelum ni?

"What are you talking about?"

"Us"

"Aku cakap pasal kita" jawab Aylan serius. Tiada nada mengusik mahu pun sindiran. Awlia menelan air liurnya kesat, entah mengapa vibe dia seram mat.

Awlia menggeleng perlahan kepala nya, masih tidak mengerti. Nak kata dia fail bm tak pun, tapi entah kenapa ujaran si Aylan ni susah benar dia mahu hadam.

"Tak pe la, lambat laun kau tahu jugak. Jaga diri aku tak ada nak jaga kau, makan selalu. Jangan nangis dah" pesan Aylan lagi.

"Aku pergi dulu"

Pemergian Aylan dipandang dengan penuh tanda tanya. Lelaki ni mahu ke mana? pilihan apa? keputusan apa?

Soalan soalan itu bermain main di benak fikiran nya.

"Hello" sejurus panggilan itu disambungkan, Awlia bersuara terlebih dahulu.

"Hai rindunya nak dengar suara anak papa" ujar Tuan Ehsan. Sayu saja nadanya. Rindu benar dengan anak nya. Setelah kejadian tampar menampar langsung tidak pernah Awlia jejak lagi ke rumah nya.

Awlia hanya diam saja, menunggu kata kata papa nya lagi.

"Awlia?"

"Ya"

"Sihat?" Awlia menggumam sahaja. Dapat dia dengar helaan lemah dari Tuan Ehsan.

"Awlia, balik hm? papa rindu" ujar Tuan Ehsan meluahkan rasa yang terbuku di hati.

Awlia berfikir sebentar. Lama lama kata Puan Lia menerjah fikirannya.

"Boleh" putus nya.

Tersenyum Tuan Ehsan di sebalik panggilan itu. Namun senyuman yang mekar itu kendur apabila teringat akan benda yang mahu dibincangkan.

Pelipis nya diurut perlahan. Takut. Takut jikalau anak nya melenting dan menjauhkan diri lagi.

"Tak sabar Lia bang nak terima menantu ni" ujar Puan Lia teruja. Tak lekang senyuman di bibirnya sejurus pulang dari bakal besan nya.

Tuan Azri tertawa kecil. Sudah lama dia tidak lihat isterinya begitu gembira.

"Ye, abang pun tak sabar" jawab Tuan Azri melayan saja. Kereta dipandu perlahan apabila kediaman mereka menerjah di kornea mata.

"Lia dah agak dah! Aylan tu mesti suka punya dekat Awlia. Eleh sekilas... ar... ikan. Eh ikan ke belut eh bang?" tanya Puan Lia. Ingat ingat lupa sudah dia.

Tuan Azri menghambur kan ketawanya. Berasa lucu dengan pertanyaan isterinya itu. Belut??

"Ish abang ni, orang tanya. Gelak pulak kenapa?!" soal Puan Lia tidak puas hati. Nak merajuk je rasanya.

"Haih yelah yelah. Ikan sayang ikan" jawab Tuan Azri lembut.

"Sofea, nanti kita dapat adik baru" sampuk Ahlan tiba tiba.

"Eh budak ni!" ujar Puan Lia kuat apabila mendengar kata kata anak nya itu. Tuan Ahmad hanya ketawa sahaja.

"Aduh, sakit ibu. Tak-tak nak lah!" bebel Ahlan apabila ibunya bertindak mahu mencubitnya.

"Geram aku" gumam Puan Lia, masih tidak puas hati. Hilang berterbangan rasa seronoknya ketika ini.

"Dahla, Lia tak sabar nak dapat menantu ni. Nak pakai baju apa eh nanti, nak buat kat mana. Hotel okay ke bang? ke nak tempah dewan" bebel Puan Lia. Tuan Azri hanya mendengar seraya mengiyakan saja.

Erya Ezric : la storia d'amoreWhere stories live. Discover now