BB 51

123 9 0
                                    

"Awlia, kenapa duduk dekat luar? masuk angin nanti" tegur Mak Iman seraya melabuhkan duduknya bersebelahan dengan Awlia.

"Saja je opah. Nyaman je rasa" balas Awlia.

Angin sempoi sempoi bahasa yang menampar lembut wajahnya membuatkan dia termenung lama.

"Berapa minggu dah ni?" soal Mak Iman. Perut Awlia diusap lembut.

Gembira tak terkata apabila cucu nya memberitahu bahawa mereka akan menimbang cahaya mata ketika makan malam bersama.

"Baru 3 minggu opah" ujar Awlia ceria.

"Iye? wah tak sabar opah nak jumpa dengan cicit opah ni" balas Mak Iman

"Opah masuk dulu la ye? nak siapkan tempahan bahulu" pinta Mak Iman.

Awlia yang mendengar itu turut bangun dari duduknya. "Eh nak kemana?"

"Tolong opah lah"

"Tak payah lah. Kamu rehat je" larang Mak Iman.

"Jangan lama lama duduk dekat luar ni. Angin malam tak elok" pesan Mak Iman.

"Okay opah, Awlia tunggu suami Awlia kejap je"

"Abang oo abang. Kalau Awlia jadi pokok abang jadi apa?" soal Awlia sambil berbaring berbantalkan dada suaminya.

"Awlia nak abang jadi apa?"

"Awlia nak abang jadi manusia yang tidak berguna" ujar Awlia lalu tertawa jahat. Aylan yang mendengar itu menjeling tajam ke arah isterinya.

"Abang.." tegur Awlia lagi apabila suaminya hanya diam tidak bersuara.

Wajahnya naik mendongak memandang wajah suaminya.

"Abang ni kan" rajuk Awlia. Apabila melihat Aylan yang berpura pura tidur itu.

"Tak nak borak dengan Awlia cakaplah" ujar Awlia sayu. Lalu kaki diorak turun dari katil itu.

"Eh sayang, nak pergi mana?" soal Aylan kalut. Ala dia nak ajak bergurau je.

"Nak pergi jauh dari hidup abang. Abang tak nak borak dengan Awlia lagi dah kan" balas Awlia dengan suara tertahan menahan tangis.

"Ya allah, ke situ pulak budak ni. abang gurau je pun" pujuk Aylan.

Tubuh kecil itu yang masih berdiri di sisi katil dihampiri lalu didakap erat.

"Abang minta sorry ya. Jom kita borak" pujuknya lagi.

Awlia hanya diam tidak bersuara sambil menyelesakan kepalanya di dada bidang itu.

"Awlia..."

"Abang , buka baju" ujar Awlia tiba tiba. Kepala naik mendongak ke arah wajah tampan itu.

"B-aju?" soal Aylan.

"Haah, abang buka baju cepat" arah Awlia seraya meleraikan pelukannya. Tangan naik memeluk tubuh memerhati suaminya yang terkebil kebil itu.

Perlahan lahan Aylan menurut kata Awlia. Walaupun tak tahu apa punca namun dikut jua.

"Dah" jawab Aylan.

"Okay, then sini" ujar Awlia seraya mendepakan tangannya.

"Cepat lah Kassim! lambat lah abang ni" bebel Awlia lalu tubuh kekar itu ditarik ke dalam pelukannya.

"Macam ni baruu best" gumam Awlia.

Aylan yang masih tidak dapat mencerna apa yang terjadi hanya diam membatu. Namun pelukan itu dibalas jua.

"Awlia gatal tau sekarang ni" ujar Aylan.

"Tahu, sebab tu Awlia nak gatal dengan abang je" balas Awlia membuatkan Aylan kelu.

Entah mengapa, balasan daripada sang isteri bagai godaan di cuping telinga.

"Aila sayang, tengok lah mummy sayang gatal ni"

"Turun Awlia! oi budak oi turun. Bahaya dekat atas tu, jatuh karang patah riuk nanti Awlia oi" bebel Mak Iman sambil bercekak pinggang.

Awlia yang masih berada di atas pokok rambutan itu dipandang penuh risau oleh Mak Iman.

"Ala kejap lah opah. Awlia tengah vibe ni!" balas Awlia sambil tangannya kalut meragut buah rambutan yang kemerahan itu.

"Vibe tak vibe, kamu turun cepat Awlia. Nanti Aylan balik opah tak nak tolong"

Awlia mencebik mendengar ujaran si opah.

"Opah jangan lah bagitau Aylan. Kata kawan" cebik Awlia. Buah yang selamat diambil lalu dikupas.

Mak Iman menghela nafasnya lemah. Parah budak ni, aktif semacam.

Aylan berkerut memandang opahnya yang sedang bercakap di bawah pokok rambutan renek itu.

Barang yang dipesan oleh Mak Iman diletakkan di atas meja. Langkah dibawa mendekati opahnya.

"Opah?" tegur Aylan.

"Ha tengok, laki kamu dah balik dah. Opah tak nak tolong" ujar Mak Iman setelah melihat cucu nya.

"Ap--" belum sempat dia mahu bertanya, tempat yang dipandang oleh Mak Iman turut dipandang nya.

Terbuntang mata Aylan ketika ini apabila melihat isterinya yang sedang tersengih itu.

"Hi abang, pisss sikit" ujar Awlia sambil tersengih.

"Tengok bini kamu ni Aylan, opah suruh turun dia tak nak. Opah ingat dia nak kait je buah rambutan tu. Eh tengok tengok dia panjat pokok ni" bebel Mak Iman.

"Opah masuk dulu, cakap elok elok. Jangan marah bini kamu pulak! opah marah balik dekat kamu nanti" pesan Mak Iman siap siap.

"Awlia Erya Ehsan! kau turun sekarang" ujar Aylan tegas sambil bercekak pinggang merenung tajam ke arah Awlia yang sudah tidak senang duduk itu.

"Baiklah Aylan Ezric Azri"  jawab Awlia laju. Walaupun cuak jawab tetap kena jawab.

Erya Ezric : la storia d'amoreWhere stories live. Discover now