Bab 21

195 11 0
                                    

"Tak nak tidur? nak tidur dekat luar ke?" soal Aylan sambil bersandar di ambang pintu kaca memerhati isterinya yang masih berada di balkoni.

"Awak nak tidur ke? tidurlah saya tak ngantuk" jawab Awlia tanpa memandang. Baginya pemandangan hitam gelap lagi lawa sekarang ni.

Aylan tersenyum senget. Dah dapat tangkap, sah isterinya malu.

"Aku tak tanya mengantuk ke tak, aku tanya tak nak tidur ke?" soal Aylan lagi.

"Eh kenapa dekat dekat ni? cakap dekat san-a kan boleh" kalut Awlia menjawab apabila pusing pusing saja lelaki itu sudah mengepung tubuh kecil nya dihujung balkoni.

Haruman dari rambut isterinya dihidu. Air liur ditelan kasar. Parah ni.

"Masuk Awlia Erya, dari kau bagi nyamuk gigit baik bagi aku yang gigit, dapat pahala" bisik Aylan tepat di telinga Awlia.

"Ok-kayy. Kita masuk ha jom" jawab Awlia sambil tertawa cemas. Dada bidang suaminya ditolak namun tidak berganjak.

"Please?" ujar Awlia lalu tersengih berharap suaminya melepaskan nya. Dah comel ni takkan tak nak lepas huh!

Perlahan tubuhnya yang memerangkap tubuh isterinya dilepaskan. Berdesup Awlia lari menyelamatkan diri.

Dada yang berdegup kencang dipegang. "Wangi eh bini aku" ujar nya seorang diri lalu tersenyum.

"Dah kenapa berdiri keras dekat situ pulak?" soal Aylan hairan lalu tangan naik mencekak pinggang. Letih betul mahu melayan.

Baru saja dia mahu naik ke atas katil boleh pulak dia terperasaan akan isterinya yang masih diam berdiam di hujung bilik.

"Er? kena tidur atas katil ke...?

"Sekali?" takut takut Awlia bertanya. Bibirnya digigit perlahan. Sungguh, dia takut betul ni.

Aylan menghela nafasnya perlahan lalu tangan naik mengurut pelipisnya perlahan sambil tersenyum. Kenapa comel sangat ni?

"Habis nak tidur mana? atas aku?" soal Aylan pulak.

Awlia menelan air liurnya kesat. Betul betul kesat bagai ada pasir saja. Betul! dia takut.

Kepala digelengkan tanda tidak mahu lalu tertawa cemas. Belakang tengkuk digosok perlahan. Masih tidak berganjak walau sedikit.

Pintu bilik dikerling sekilas. Agak agak mahu melarikan diri sampai capai pintu ke tidak itu je.

"Cepat tidur Awlia, dah malam ni hampir midnight dah sayang. Kau tak penat ke? esok kena bangun subuh lagi" bebel Aylan. Diikutkan mahu saja diletakkan kepala hanyut dalam mimpi.

Namun bila difikirkan bila dah ada isteri ni boleh lah dia bermanja. Lain pulak jadinya apabila isterinya buat perangai tiga suku pula.

"Er tidur je kan?" soal Awlia mahu kepastian. Yelah dia kan banyak baca novel jadi....

"Ya allah, tidur lah sayang. Ke kau nak buat benda lain? aku larat lagi meh sini"

"Argh tak nak,  nak tidur. Tidur je" perkataan tidur ditekankan oleh Awlia.

Aylan tersenyum nipis, gertak dulu baru jalan.

"Ha sini cepat!" ujar Aylan tegas.

"Bangun Awlia" serak Aylan bersuara apabila alarm nya sudah menjerit menandakan telah jam 5 pagi.

Kepala isterinya yang elok bersandar di atas dadanya diusap perlahan. Aylan tertawa perlahan apabila teringat akan ugutan isterinya sebelum mereka tidur malam samalam.

"Cakap banyak, dia yang haih.." gumam Aylan. Awlia yang berasa terganggu menggumam perlahan. Pelukan dieratkan.

"Arghhh" jerit Awlia sejurus membuka matanya.

Selimut ditarik merapat ke dada. Wajah Aylan yang terpinga pinga dipandang.

"Kau siapa?!" soal Awlia garang.

Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Baru tadi dia ketawa tiba tiba kena sergah di awal pagi pula.

Bukan apa, lagi terkejut macam nak terjerit Aylan apabila tiba tiba Awlia bangun secara mengejut!

"Suami kau"

"Tak, saya tak ada---suami?" soal Awlia tidak percaya.

Pipi ditampar kasar. Mak ai, dia mimpi ke?

"Ya allah haih" ujar Aylan lalu bangun dari baringannya, tangan Awlia yang naik menepuk pipi sendiri digenggam lembut.

"Ye suami kau. Kau, bini aku" ujar Aylan satu satu.

"Tak mana ada" bantah Awlia tidak mahu mengalah.

"Ya allah kau kenapa ni sayang?"
Soal Aylan pasrah saja bunyinya.

"Mimpi ni, dah dah tidur" Awlia pujuk diri sendiri lalu selimut ditarik lalu badan dihempas kembali.

Menghiraukan Aylan yang terkebil kebil sendiri.

Erya Ezric : la storia d'amoreWhere stories live. Discover now