BB 54

128 9 0
                                    

Pagi yang cerah tapi bukan buat Awlia apabila memandang seorang gadis yang sibuk bersembang dengan suaminya di hadapan rumah.

Awlia memeluk tubuh memandang dingin ke arah seorang gadis yang tidak habis habis tersenyum ke arah suaminya itu.

"Awlia..tengok apa?" soal Qhay ingin tahu, besen yang disuruh angkat oleh opahnya diletakkan ke tepi.

"Tu" memuncung Awlia.

"Huh, Halijah?" soal Qhay seorang diri.

Awlia mengangkat tinggi keningnya. Wajah sepupu suaminya dipandang. "Abang Qhay kenal budak tu?" soal Awlia berbaur cemburu.

"Budak tu satu kampung . Lepas buat onar dekat kampung, cakap pindah ke Brunei. Eh balik kampung pulak malaun sekor ni" balas Qhay geram.

Sungguh, dia geram benar dengan si Halijah seorang ni. Nampak je ayu, bertudung bagai tapi hati mashallah busuk ya amat.

Langkah panjang itu dibawa turun menuju ke arah Halijah dan sepupunya.

"Assalamualaikum" ujar Halijah.

Aylan yang terdengar itu berpusing mencari arah suara. Kening nya berkerut lalu tubuh dibawa menghampiri gadis asing itu.

"Cari siapa?" tegur Aylan dingin.

"Eh, er-cari Mak Iman" balas Halijah. Lalu tubuh dibawa menghadap Aylan yang berada di belakang.

"Eh awak!" ujar Halijah teruja.

Aylan berkerut. Apa kena dengan perempuan ni? otak tak center ke?

"Awak apanya?" soal Aylan kembali.

"Ingat tak saya?ala.. dekat Brunei tu" ujar Halijah cuba mengorek ingatan si Aylan

"Oh. Tak" balas Aylan selamba.
Belum sempat Halijah kembali bersuara, Qhay datang menyampuk.

"Aylan! bini kau merajuk dekat atas tu naik cepat!" sergah Qhay.

Wajah terkejut Halijah dipandang sekilas.

"Kau cari siapa?" soal Qhay dingin. Aylan hanya diam tidak bersuara menjadi pemerhati dua manusia yang bermain mata itu

"Mak Iman" jawab Halijah takut takut.

"Opah aku tak ada, kau boleh balik" ujar Qhay selamba lalu kaki diorak masuk ke dalam rumah kembali.

"Lan! naik" laung Qhay dari dalam rumah.

Halijah yang terpinga pinga itu dibiarkan seorang diri. Dia tak kenal so dia blah awal.

Halijah tersenyum sendiri apabila mendapat tahu bahawa lelaki yang dia bertemu bulan lepas merupakan cucu Mak Iman.

"Kamu kenapa ni Lijah?" soal emaknya.

"Lijah rasa Lijah dah jumpa jodoh" seloroh Halijah membuatkan Mak Rosnah berkerut.

"Jodoh? siapa?"

"Cucu Mak Iman" balas Halijah tidak tahu malu.

"Yeke kamu ni? jangan jadi macam haritu pulak. Ngorat laki orang, mak tak ajar anak mak macam tu tahu" pesan Mak Rosnah.

Halijah menggulingkan matanya ke atas. Naik meluat dia dengar bebelan emaknya itu.

"Biarlah mak, laki kan boleh kawin 4" balas Halijah lalu tertawa gedik.

"Jangan Halijah! kesian dekat arwah ayah kamu.. Ayah kamu tu bilal kampung ni. Jangan menconteng arang dekat muka mak dengan ayah" pesan Mak Rosnah lagi.

"Assalamualaikum" ujar seseorang membuatkan mereka yang sedang minum petang itu mencari sumber suara.

Awlia yang melihat gerangan tersebut menarik nafasnya lalu dihembus perlahan. Entah kenapa dia rasakan ada sesuatu yang buruk akan terjadi.

Aylan yang berada disebelah nya dipandang. Aylan terasa diperhatikan mengangkat wajahnya.

"Kenapa sayang?"

"Tu, budak tu" adu Awlia.

Aylan hanya memandang sekilas ke arah Halijah yang sedang bersalaman dengan opahnya itu

"Kenapa dengan dia?"

"Awlia tak suka dia" jujur Awlia. "Samalah abang pun tak suka" balas Aylan selamba.

"Ada apa datang sini Halijah?" soal Pak Sopi hanya berbasa basi.

"Saja, datang tanya kabar pak sopi dengan mak iman. Sihat?" ayu saja suara si Halijah di kuping telinga milik Awlia sekarang ini.

"Sihat" balas pasangan tua itu.

"Jemput lah duduk" pelawa Mak Iman pula apabila perasaan akan Halijah yang asyik memerhati Aylan itu.

"Boleh ke?"

"Duduk jelah dah orang pelawa tu. Banyak tanya pulak kau ni perempuan" bidas Qhay yang baru datang itu.

Halijah terserentak lalu termalu sendiri. Kalau berhadapan dengan Qhay memang bernanah telinga dia.

"Qhay, apa cakap macam tu. Kawan kamu kan ni" tegur Mak Iman.

Qhay berdengus meluat. Kawan apa bendanya?! dulu mungkin ya, tapi bukan sekarang.

"Siapa? dia ni? memang tak lah" sangkal Qhay. Lalu tempat kosong disebelah Awlia diduduknya.

Aylan menjeling tajam ke arah Qhay. Selamba badak je jantan ni.

Mak Iman menggelengkan kepalanya. Faham benar dengan ego cucu nya yang satu itu.

Halijah duduk tanpa dipinta.

"Tak nak balik lagi ke kau ni? menyemak pulak kat sini" perli Qhay seraya menarik rambut Awlia lembut

Naik bernanah telinga dia dengar perempuan tu bercerita.

"Abang Qhay ni kenapa!" dengus Awlia.

"Sorry" jawab Qhay lalu menayang sengih ke arah Aylan.

Erya Ezric : la storia d'amoreWhere stories live. Discover now