BB 32

162 9 0
                                    

Pagi yang cerah dah meriah, mulakan dengan bergaduh! baru hidup seharian aman dan damai.Begitulah keadaan rumah Aylan dan Awlia ketika ini.

"Tak boleh sayang.. anak lembu tak boleh bela dalam rumah anak kucing tak apa la. Ini anak lembu tak pernah di buat orang tahu tak?" sehabis lembut Aylan menegur isterinya yang sedang memeluk tubuh merajuk dengan dirinya.

"Awak cakap tak pernah dibuat orang? ha habis tu kita buat lah, bela anak lembu dalam rumah nanti orang ikut. Kan dah dibuat orang tu"

"Lagipun bila dah besar kita lepas lah dia main dekat luar. Kalau tak pun kita buat lah bilik untuk dia. Ala boleh lah bang..." ujar Awlia lagi. Mahu mempertahankan hujah nya untuk membela lembu dalam rumahnya.

"Allah, berat nya ujian. Pagi pagi dah hadap perangai tiga suku bini aku. Ya allah" gumam Aylan seorang diri.

"Kita bela benda lain lah yang.. benda yang boleh masuk rumah okay? ha anak lembu tu kita biar dia dekat luar" pujuk Aylan. Harap harap mengena lah umpan dia kali ni.

"Okay kalau macam tu Awlia setuju!" jawab Awlia laju sambil tersenyum penuh makna. Aylan menghela nafasnya lega.

"Kita bela burung unta la bang dalam rumah. Boleh kan?" soal Awlia teruja.

"Ya allah"

"Kita makan luar okay? abang nak bawa bini abang healing sikit. Otak bini abang macam gegar banyak je"

Awlia menjeling tajam ke arah Aylan. Geram saja, dah la tak bagi aku bela burung unta! dasar lo.

"Okay kejap Awlia bersiap bagi lawa" jawab Awlia lalu bergerak ke meja soleknya.

Aylan hanya diam memerhati isterinya yang sibuk meletakkan segala benda ke muka.

Penampilan isterinya yang hanya memakai dress labuh hitam bersama dengan rambut diikat kepala bersama reben putih itu dipandang tak berkelip.

"Cantiknya" puji Aylan.

"Terima kasih kacang kuda, jangan lupa beli burung unta!" jawab Awlia riang.

Aylan mmenggeleng kan kepalanya. Tak habis habis dengan burung unta tu. Perlahan tubuhnya dibawa menapak ke arah Awlia.

"You don't need any of that" ujar Aylan tiba tiba.

"Huh? maksud abang?" soal Awlia hairan, lip gloss yang baru mahu dioles berhenti seketika.

"Makeup won't change that your eyes rival the colour of the sea and.. your lips were made to be kissed by mine" ujar Aylan seraya melabuhkan ciuman lembut dibibir isterinya.

"Ab-ang ni" memerah wajah Awlia apabila menerima ciuman tiba tiba itu.

"Hahah dah comot dah bini aku" ujar Aylan tanpa rasa bersalah. Lip stick isterinya yang sudah comot dilapnya.

"Cepat sikit, abang tak grantee kita keluar harini" bisik Aylan perlahan.

"Huish, seram" ujar Awlia seorang diri apabila melihat Aylan yang sudah keluar dari bilik mereka.

KEDAI HAIWAN ANAK BERANAK. Singboard yang terseragam indah dibaca oleh Awlia. Hairan Awlia ketika ini.

"Abang alright tak alright ni? abang cakap nak keluar makan tau. Abang jangan, ada yang Awlia telan karang ni" ujar Awlia.

"Aik, baru je makan nak makan lagi? jangan sampai abang yang telan Awlia nanti" balas Aylan kembali.

"Haih yelah, abang menang. Lain kali buat jadual kalau nak keluar dengan Awlia. Ini tidak cakap nak keluar ni datang kedai hai---"

Aylan menjungkit tinggi kening nya lalu tersenyum senget.

"KEDAI HAIWAN?!" signboard itu dibaca sekali lagi.

"Wah, bang jom jom" ujar Awlia lalu keluar dari kereta tanpa mendengar balasan suaminya. Aylan hanya menggeleng kan kepalanya sahaja.

"Ye kak nak beli apa?" soal pemuda itu ramah.

"Nak beli nasi goreng tak nak goreng" jawab Awlia selamba lalu tersenyum tidak bersalah apabila melihat wajah terpinga pinga pemuda itu.

"Takdelah dik, gurau jelah. Kepala budak ada jual tak?" soal Awlia serius.

Kelihatan pemuda itu meneguk air liur berkali kali. Risau dia dapat pelanggan gila.

Aylan yang baru sampai itu tertanya tanya.

"Kenapa ni?" soal Aylan ingin tahu. Dikerling sekilas ke arah isterinya yang sedang melilau ke dalam kedai itu.

"Tak bang, tu akak tu saya tanya nak apa dia cakap nak nasi goreng tak nak goreng. Pastu tanya ada jual kepala budak tak. Risau lah saya.."

"Saya dah la baru kerja dekat sini" tambahnya lagi.

"Maksud adik, akak yang dekat situ ke?" keberadaan isterinya ditunjuk. "Haah akak tulah. Saya tahu dia bergurau tapi saya takut lah" jujur pemuda itu.

"Haha, maaf lah itu bini abang tu. Maaf ya dik" jawab Aylan serba salah. Buat hal betul.

"Oh ye ke, maaf tau bang" jawab pemuda itu pula memohon kemaafan. "Takpe"

"Sayang, sini" panggil Aylan.

Awlia yang terasa dipanggil itu mendekati suaminya. "Dik, akak minta maaf sekali lagi tau, gurau je tadi. Suami akak ni ha selalu gurau macam tu" pinta Awlia sekali lagi.

Risau jugak, mau nya si adik ni cop dia gila? tak ke pasal.

Aylan yang mendengar itu hanya pasrah menerima keadaan.

Erya Ezric : la storia d'amoreWhere stories live. Discover now