BB 57

130 7 0
                                    

"Awlia sayang okay?" soal Aylan buat kesekian kalinya. Takut kalau kalau isterinya tidak selesa.

"Okay abang" jawab Awlia.

"Nak apa apa bagitahu" pesan Aylan. Awlia berkerut hairan.

"Abang nak pergi mana?"

"Tak ke mana pun sayang" jawab Aylan.

"Betul?"

"Ya betul, Awlia tidur lah. Semalam tidur tak cukup kan" ujar Aylan. Mata yang sudah sedia memberat itu Awlia tutup perlahan.

Sampai sahaja mereka di lapangan terbang, Aylan dan Awlia dijemput oleh seorang pemandu pelancong yang sudah ditempah oleh Aylan selama mereka berada di bumi Perancis itu.

Kepala dilentokkan ke bahu suaminya apabila kantuk masih tidak hilang. "Mengantuk lagi?" soal Aylan, rambut lurus itu diusap lembut.

Awlia hanya mengangguk, sungguh dia nampak bantal je sekarang ni. Ini kalau siapa sorongkan bantal memang dia sayang sampai esok.

"Sampai hotel mandi dulu okay.. baru rehat" pesan Aylan.

"Thank you" ucap Aylan kepada pemandu pelancong mereka itu.

"Let's go sayang, kita check in satu malam" ujar Aylan lalu dia melepaskan tawanya apabila melihat wajah jengkel si isteri.

"Pervert" kutuk Awlia geram.

"Eh kau main kasar nampak? dia yang fikir bukan bukan. Kutuk orang pulak" balas Aylan pula.

"Cepat lah! jom check in tak yah membebel. Gigit nanti baru tahu!" ujar Awlia geram.

Orang mengantuk boleh diajak bergurau tengah tengah lobi ni?

"Yelah, sabar jap" balas Aylan.

"Wah katil" ujar Awlia teruja. Pautan di lengan suaminya dilepaskan. Lalu tubuh laju menerpa ke arah katil.

Bagi Awlia keindahan bumi Perancis bukan perkara utama buat nya. Yang penting katil.

Bapak mengantuk!

"Yang, mandi dulu" pesan Aylan sekali lagi.

"Yelah, jom abang kita mandi" balas Awlia mengalah. Tuala diambil dari bagasinya.

"Aik sayang ni ajak mandi macam suruh mandi sekali" omel Aylan.

Awlia memandang Aylan hairan "Awlia memang ajak abang mandi ni nak tak?" soal Awlia.

Aylan yang mendengar itu terus tersenyum lebar. Orang bagi betis kita kena amik lengan, peha, dada.  Baru untung.

"Hahah tapi boong" ujar Awlia lalu pintu toilet ditutup cepat.

Aylan yang sudah mengagak akan jadi seperti itu berdecit tidak puas hati. Asyik macam ni, haritu pun macam ni kan?

Betul kan?!

Aylan kembali lalu tubuh dibaringkan. Pintu toilet yang dibuka dari dalam dia pandang hairan.

Hai budak ni, mandi pakai niat ke yang kejap sangat?

"Apa pandang pandang?" soal Aylan.

Awlia hanya diam tidak bersuara. Hanya tangan menggamit Aylan datang ke arahnya.

Aylan yang tidak mengerti hanya memerhati sahaja tingkah si isteri.

"Cepat lah! jom mandi" ujar Awlia

"Awlia suka?" soal Aylan seraya merapikan rambut Awlia ke belakang telinga.

"Suka, thank you abang" ujar Awlia. Sudah terpancar kegembiraan di wajahnya apabila Aylan membawa tempat yang dia inginkan.

Siap surpire lagi nyah!

Deruan ombak pantai menambahkan lagi perasaan romantik membuatkan Awlia tersenyum lebar.

Sumpah dia rasa nak menangis sekarang ni!

"Abang sweet sangat sampai Awlia rasa nak menangis" ujar Awlia yang sudah berkaca kaca itu.

Aylan tergelak kecil. Air mata yang sudah luruh itu diusap perlahan. "Janganlah nangis"

"Bila abang buat semua ni?" soal Awlia ingin tahu. Mana aci, dia kena jadi lebih sweet lagi dari laki dia ni.

"Waktu sayang tidur, abang curi keluar and tadaaaa" ujar Aylan teruja.

Isterinya yang memakai dress lilac tanpa corak itu dia pandang bagai tidak mahu lepas.

"Serious lah abang?"

"Ya" angguk Aylan.

Bersungguh sungguh dia siapkan semua ni. Sejurus sahaja Awlia selamat dalam mimpi, restaurant yang sudah dia tempah dia hampiri.

Lalu bunga dan hiasan lilin yang menerangi mereka ketika ini, bersungguh sungguh dia buat.

"Kenapa abang buat semua ni? Mashallah am i deserve to be treated like this..." sayu Awlia bertanya. Walaupun sedih makanan tetap kena makan, steak disumbat ke dalam mulutnya.

"No, sayang deserve lebih dari ni. Abang buat semua ni to say a big thanks for my beautiful lady"

Awlia yang mendengar itu menahan malu. Dia mai dah Jamal Sweet!

"I love you so much sayang, thank you sudi terima jadi isteri abang"

" I love you too abang" balas Awlia dengan mata berkaca kaca bersama mulut yang penuh dengan steak.

Tak tahu nak menguyah dulu atau nak terharu dulu.

Aylan tertawa kecil melihat telatah comel sang isteri.

"Abang ni jahat, buat Awlia nangis hiks" ujar Awlia bersama esakkan kecil namun steak di ambil lalu disumbat ke dalam mulutnya lagi.

"Yelah salah abang.." ujar Aylan mengalah.

Gembira hati nya melihat sang isteri yang ketawa riang dia hadapan nya tiap hari. Wajah cantik itu lah yang direnung, bila hilang dari pandangan..

Macam gila dibuatnya, dia bersyukur jodoh nya dan Awlia dipermudahkan. Dari dia bertentang mata di hotel sehinggalah Awlia berjiran dengannya.

"Awlia... did you know"

"Tak tahu" balas Awlia laju. Tajam jelingan Aylan ketika ini. Suka main main budak ni.

Erya Ezric : la storia d'amoreWhere stories live. Discover now