BAB 1

410 21 3
                                    

Ada harsh words(!!!) Kalau tak selesa boleh guna teknik 'baca sikit, skip'😀

Happy reading<3

__________________________________

*Kriiiiiinngggggggg*

bunyi loceng kedengaran di setiap penjuru sekolah menandakan tibanya waktu pulang. Pelajar-pelajar lain berpusu-pusu keluar dari kawasan sekolah untuk balik dan berehat. Tapi, lain pula cerita seorang pelajar perempuan yang satu ni.

     Daleana Sofea Mohd Zaidi atau lebih gemar dirinya dikenali sebagai Leana, bingkas bangun dari kerusinya dan mengemas buku-buku teks, buku latihan dan alat tulis untuk dimasukkan ke dalam begnya yang sudah bertampal-tampal.

'ada lagi sejam setengah lagi sebelum aku masuk part time... Sempat lah solat dengan makan dulu ni' bisik Leana di dalam hati. Waktu tamat sekolah adalah pada pukul 2.30 petang, dan Leana mula kerja pada pukul 4.00 petang.

   Semasa remaja lain sibuk melepak dan berhibur selepas tamat waktu sekolah dan di hujung minggu, Leana terpaksa gunakan waktu tersebut untuk bekerja bagi menambah wang saku untuk dia berbelanja, membayar yuran sekolah dan sewa bilik.

    Walaupun mak cik Kalsum, jiran yang membantunya selepas kematian ibu bapanya, tidak meminta bayaran, Leana tekad. Dia tak nak ambil kesempatan ke atas mak cik Kalsum, jadi dia tetap membayar sewa setiap bulan.

   Kebanyakkan pelajar lain sudah keluar dari kelas. Leana cepat-cepat menggalas begnya dan berjalan keluar menuju ke surau. Namun, belum sempat dia keluar, ada seorang pelajar perempuan yang menarik tudungnya dengan kuat dari arah belakang membuatkan Leana jatuh dan rebah.

    "Kau cepat-cepat keluar nak gi mana ha perempuan? Kau lupa dah ke?" Kata perempuan yang bersanggul besar dan bibirnya yang merah tiruan itu, bernama Anisah.
 
    "Ha ah, otak kau jatuh ke wey? Kitaorang dah kata kan lepas sekolah nak jumpa. Ke kau buat-buat lupa?" Kata seorang lagi juga bersanggul besar dan merah pipinya, Aqilah.
   
   "Tsk tsk tsk, bod*h." Perempuan terakhir berbunyi, aliya, yang tidak kalah juga sanggul, pipi dan bibirnya.

    Setelah beberapa saat, barulah Leana ingat akan mereka. Ya, 'mereka'!!! ketua mereka, Aliya dan konco-konconya, Aqilah dan Anisah. Kehadiran mereka dalam hidup Leana membuatkan hidupannya di sekolah berubah 180 darjah.

Daleana's POV

Alamak, aku lupa pulak pasal diaorang ni!!

"H-hm...s-saya dah la-lambat ni." Jawab aku tergagap-gagap. Tolonglah lepaskan aku harini. Kalau lambat masuk kerja harini, boss dah tak nak ambik aku kerja dah. Sebelum ni pun aku lambat pergi kerja sebab mereka bertiga ni lah!! Suruh aku belikan itu, belikan ini, kemas itu ini. Boss dah bagi last warning!!!

"Ha ah lah, kau kerja kan?" Tanya Anisah. "B-betul tu. Saya dah lambat ni. Nan-"

"bagi duit kau"

kepale hanah dia...

belum sempat aku menghabiskan ayat,  Aliya memotong. "T-tapi ni duit untuk saya makan kejap l-lagi." Memang ini je duit yang aku ada. Waktu rehat tadi pun aku tak makan apa-apa sebab aku kena kerja lebih masa sampai pukul 9.30 malam harini.

"Ada nampak muka aku kesah? Bagi jelah duit kau si*l!!"

"Ta-tak bo-"

*panggg*!!!

Satu tamparan hebat oleh Aliya singgah di pipi aku. 's-sakit' getus hatiku. Takpe, tahan je Leana. Jangan bagi duit kau. Bukan mudah nak dapat duit tu. Aku kira satu tamparan itu sudah cukup. Namun... "Puk*l dia."

Heh... Takkan lah satu tamparan je kan ?

Third person's POV

   Setelah puas 'mereka' mencederakan Leana, akhirnya mereka pergi bersama duit Leana yang mereka rampas.

   "Banyak jugak duit betina tu. Nak lepak mana wey?" Tanya Aqilah. "Tempat biasa lah." Kata Aliya dengan senyuman sinis. Puas hati mereka lepas dapat kerjakan Leana. 'mereka' pergi meninggalkan Leana yang tidak sedarkan diri dengan muka dan anggota badannya yang lebam.

Beberapa minit kemudian, Leana sedar. "Aku pengsan ke ? Astaghfirullah..." Leana lihat jam tangannya. Sudah pukul 3.45!!! Ada lagi 15 minit lagi sebelum dia mula bekerja. Dia menyentuh kepalanya yang terasa perih. "D-darah" dia pun mengeluarkan sapu tangan dan membersihkan darah tersebut.

   'Bersihkan diri sikit, solat lepastu baru pergi.' kata Leana di dalam hati. Leana berjalan terincut-incut ke surau dan menahan sakit di selruh badannya.

   Biarpun hidupnya penuh dengan dugaan, Leana tak pernah meninggalkan solat dan berdoa kepada Allah. Kerana baginya, biarpun dia tiada rakan untuk dia meluahkan perasaan dan ibubapa untuk mendapatkan kasih sayang, Allah sentiasa ada bersamanya ketika dia susah mahupun senang.

   Seusai membersihkan diri dan mendirikan solat zuhur di surau sekolah, Leana segera menuju ke tempat kerjanya. Tidaklah terlalu jauh dan tidak juga terlalu dekat. Lebih kurang 10 minit berjalan kaki dari sekolah, akhirnya Leana tiba di tempat kerjanya, Lily Cafe.

   Leana tiba lewat 2 minit. Dia sudah bersiap sedia untuk dimarahi oleh bossnya, Puan Dahlia. Dan betul sangkaannya, setibanya Leana di bilik staff, Puan Dahlia sudah menunggunya terlebih dahulu. "Kau lewat 2 minit." Kata Puan Dahlia tegas dan menyampah. "Ma-maafkan s-saya boss... Saya ada h-hal ta-" belum sempat Leana menghabiskan ayatnya, sebuah tamparan singgah di pipinya membuatkan Leana terteleng ke kanan.

    "Aku dah kata kan? Lepasni kalau kau lambat lagi aku tak akan ambik kau kerja lagi dah. Ke kau pekak? Haa?" Kata Puan Dahlia sambil menunjal kepala Leana.

Baru tadi Leana ditampar Aliya, sekarang bossnya pula yang tampar. Pada tempat yang sama. Sakit... Hatinya pun sakit..

    Air mata mula berkumpul di tubik matanya. Jika di sekolah dia dibuli, di tempat kerja dia turut diganggu oleh majikannya dan pekerja yang lain.

   Namun dia tetap bersabar. Apa yang boleh dia buat? Dia tiada sesiapa untuk meminta pertolongan. Kawan-kawan? Tiada. Keluarga? Juga tiada.

Apabila teringat tentang keluarga, Leana teringat akan abangnya. Sudah 5 tahun berlalu sejak abangnya hilang. Kemana sajalah abangnya menghilang. Namun, firasatnya kuat mengatakan bahawa abangnya masih hidup. Dia yakin dan pasti abangnya masih ada di luar sana.

Leana tersedar dari lamunannya setelah suara nyaring Puan Dahlia ditangkap telinganya. "Tengah aku bercakap boleh pulak kau berangan ya? Bagus! Memang bagus! Aku pun dah naik muak tengok muka kau. Mulai hari ni, kau dipecat!" Kata Puan Dahlia sombong. Tersembunyi senyuman sinis dibalik bibirnya itu. Puas hatinya dapat memecat Leana.

Sebelum ni Puan Dahlia memang sudah berniat ingin memecat Leana. Dia sangat bencikan Leana sebab gadis itu mendapat banyak perhatian daripada pelanggan di cafe ini. Muda atau tua, lelaki atau perempuan, semua orang menyukai Leana kerana personalitinya yang peramah, ceria dan baik hati.

Tambahan pula Leana seorang yang sangat cantik rupa parasnya. Mengenakan tudung yang tidak pernah singkat dari dadanya dan pakaian yang menutup auratnya dengan sempurna. Ini yang telah membuatkan semua orang sejuk hati melihat Leana. Namun, sebaliknya bagi Puan Dahlia. Dia mengaku, sejak Leana diambil bekerja, jumlah keuntungan cafe ini semakin meningkat. Bahkan perubahannya sangat ketara jika dibandingkan dengan dulu.

Pemilik sebenar cafe ini juga memberi amaran kepadanya supaya melayani Leana dengan baik dan penuh hormat. Kata bossnya, leana mempunyai 'cable' dengan orang ternama namun nama orang tertinggi itu dirahsiakan.

Biarpun begitu, Puan Dahlia tidak kisah. Dia tak percaya ada orang berpangkat tinggi yang melindungi Leana. Bencinya pada leana sudah tidak dapat ditampung lagi.

'berambus juga kau akhirnya' sinis Puan Dahlia.

Namun, Puan Dahlia tidak tahu yang dia telah menempah maut dan menggangu orang yang salah.

To be continued...

Banyak edit ni🙂‍↔️
Tekanlah "☆" tu☺️🫵🏻
Dah? Haa bagus😊

HIS STELLA Where stories live. Discover now