BAB 9

279 14 2
                                    

Third person's POV

Selepas kejadian di sekolah kelmarin, Tengku Damean menyuruh Leana untuk belajar di rumah sahaja. Hari ini sudah masuk hari yang ke-3 dia 'terkurung' di rumah mewah abangnya.

Walaupun Leana tidak sekolah, dia masih mengulangkaji pelajarannya. Sudah memang menjadi cita-citanya untuk mendapat 10A+ dalam peperiksaan SPM dan menjadi seorang guru. Masa rehat yang dia ada sekarang tidak akan disia-siakan.

Nak kata bosan, takdelah bosan sangat. Tapi nak kata best, takdelah best mana.

•°•°•°•°•°•°•°•

Di pejabat Tengku Damean...

"Kau dah dapat info budak-budak tu?"
Soal Tengku Damean kepada Xavier dengan matanya masih memandang kertas-kertas kerja dan document yang berada di atas mejanya.

"Dah. Kau nak aku bacakan ke, kau nak baca sendiri?"
Tanya Xavier yang sedang duduk di sofa di hadapan meja Tengku Damean sambil menghirup kopi milik lelaki dingin itu.

Eh eh... Sesedap kambing biri-biri je minum air orang. Lantak kau lah situ. Halalkan jelah.

"Letak jelah kat situ. Banyak bunyi pulak kau." Jawab Tengku Damean menyampah.

Walaupun kawan, kadang-kadang rasa macam nak naik juga kaki dia kalau dengan Xavier ni.

"Kau ni tak kenang budi betullah. Penat-penat je aku hack segala sosmed* (sosial media) ngan info dia." Bebel Xavier seorang diri sambil meletakkan sampul yang berisi maklumat yang dikehendaki Tengku Damean di atas meja.

"Pastu kau marah-marah aku pulak. Bukannya nak cakap terima kasih. Kau ingat senang ke nak hack-hack ni? Bagi aku memanglah senang tapi kau tau kan aku ni jenis pemalas. Bagi lah hadiah ke apa ke. Barulah aku seronok bila buat kerja. Aku sebarkan aib kau karang, malu kau 7 keturunan. Ataupun nanti aku rep-"

"Kau boleh pilih satu sport car dalam garage aku."

"rep-report cuaca tadi cakap petang ni hujan. Kau jangan lupa bawak payung au. Byeeeeeeeee nak pilih kete." Laung Xavier yang sudah berlari ke arah pintu. Bukan main lagi dia.

Senyum tu sampai ke telinga.

Tapi, mana tak happy.Tengku Damean ada simpan banyak sport car yang mewah-mewah. Semuanya first class. Lagipun, mengumpul sport car adalah hobinya.

Gila kau kumpul kereta berjuta-juta tu hobi.

Xavier ni pula memang suka dengan kereta sport dan yang mewah. Kalau apa-apa memang dia akan minta dengan Tengku Damean je.

Apa guna ada member kaya kan?

Selepas memastikan kanak-kanak riang tadi keluar, Tengku Damean mengalihkan pandangannya ke arah sampul yang diletakkan Xavier tadi.

Tidak menunggu lama, Tengku Damean lantas membuka dan membacanya satu- persatu. Dihadamnya segala perkataan.

____________________________________________

Nama: Anisah Lidiya binti Mohktar
Umur: 17 tahun
Nama sekolah: SMK Ungku Ja'afar
Kelas: 5 Teknologi 3
Additional: anak Dato' Mokhtar, pemilik AM Enterprise. Anak pertama daripada 2 orang adik-beradik. Ada seorang adik perempuan. Orang bawahan I Aliya ( yang buli Daleana).

- Tak suka cicak, katak, tikus, lipas (terbang)
- Akademik tak seberapa
- Ada pasang dua (shahrul & Aiman)

HIS STELLA Where stories live. Discover now