BAB 2

255 18 1
                                    

Leana tidak mampu berkata apa-apa setelah mendengar satu perkataan yang dikata oleh Puan Dahlia.

'Pecat...?'

'Aku dipecat...'

'Macam mana dengan duit sewa?'
'yuran sekolah macam mana nak bayar?' 'perlu ke aku berhutang?'

pelbagai persoalan terlintas di fikiran Leana ketika itu. Air matanya yang berusaha ditahan akhirnya gugur membasahi pipinya. Tanpa mereka sedar, perbuatan Puan Dahlia terhadap Leana tadi sedang tekun diperhati seseorang. Lebih spesifiknya seorang lelaki, dan kelihatan lelaki tersebut seperti melaporkan sesuatu melalui intercom tube security nya.

Tidak lama selepas itu, bunyi loceng pintu cafe berbunyi menandakan ada pelanggan masuk. Bilik staf dan kaunter pembayaran tidaklah terlalu jauh, jadi mereka berdua dapat mendengar dengan jelas bunyi loceng tersebut.

"Pergi layan pelanggan tu. Lepas ni pergi berambus!"

Dia malas nak layan pelanggan.

Bagi Puan Dahlia, walaupun melayan pelanggan ada dalam skop kerjanya, dia rasa seperti orang berpangkat rendah. Jadi, dia mengarahkan orang bawahannya untuk mengurus kaunter dan melayan tetamu.

~~🍀~~

Air mata yang masih bercucuran diseka dengan ibu jarinya. Leana gagahkan diri untuk melayan tetamu yang datang. 'senyum Leana! Jangan tunjuk muka sedih pada pelanggan!' pujuk hatinya.

Leana menuju ke kaunter sambil cuba untuk senyum dan meredakan air matanya yang tidak berhenti mengalir.

Setibanya di kaunter, leana melihat ada lebih kurang 5 orang lelaki yang masuk ke cafe.

Tiga daripadanya lengkap bersut hitam dan bertali leher. Ray Ban Aviator Black yang mereka pakai ditanggalkan dan diletakkan di dalam sut. Gaya seperti bodyguard. Seorang berpakaian sut navy blue. Namun, ada seorang yang menarik perhatiannya.

Leana mengagak mungkin itu ketua mereka. Bersut kelabu, lengkap bervest dan bertali leher Terre D'H Tie yang dipin dengan LV Damier Tie Clip berwarna perak. Tidak cukup dengan itu, di lengan kirinya terdapat jam yang kelihatan mahal. Mungkin Sky-Dweller. Kasut hitamnya kelihatan sangat berkilat. Juga kelihatan mahal. Namun, rambut lelaki tersebut tidaklah terlalu rapi, tetapi tidak juga terlalu bergaya. Rambutnya yang berwarna hitam digayakan Wavy messy hair. Dengar macam serabut tapi sangat bergaya.

Direnung pula wajahnya.

Segak

Itulah perkataan pertama yang terlintas dalam fikirannya. Namun, Leana seperti pernah melihat wajah lelaki ini. Hidung mancung, berkulit coklat manistapi sedikit putih, bibir yang cantik bentuknya dan mata hazel milik lelaki itu, sama dengan warna matanya.

"Hmm...Excuse me?" Kata lelaki bersut kelabu itu mesra kepada Leana, yang kini berdiri berhadapan dengannya. Leana terus tersedar dari lamunannya. Tiga orang bodyguard tadi berdiri berdekatan pintu masuk cafe. Mungkin untuk ...mengawasi pintu? Seorang lagi setia mengikut lelaki bersut kelabu yang kini berada di hadapan leana.

Lelaki bersut kelabu itu fokus meneliti rupa paras Leana. Keningnya sedikit berkerut tatkala melihat Leana. Lelaki tersebut mengetap rahangnya sehinggakan timbul urat-urat.

"I want to see the manager." Katanya dingin. Jatuh pulak suhu cafe ni.

Leana tak tahu kenapa, tapi dapat dia rasakan lelaki dihadapannya ini bukanlah calang-calang orang.

"A-a moment s-sir." Takut-takur leana membalas. 'perhhh, dia cakap mat saleh ahh... Nasib baik english aku A+.' bisik Leana dalam hati.

Beberapa minit kemudian...

HIS STELLA Where stories live. Discover now