BAB 7

175 14 2
                                    


Third person's POV

Leana mengemas buku teks dan buku-buku latihan yang bersepah diatas mejanya. Matapelajaran terakhir sebelum sesi rehat baru saja tamat iaitu subjek biologi. kini Leana bersiap untuk ke kantin.

Selalunya bila subjek biologi, pelajar akan pergi ke makmal bio. Tapi cikgu matapelajaran cuti sakit. Leana pun ambil keputusan untuk membuat ulang kaji di dalam kelas sahaja.

Kenalah ulangkaji. Gila kau sebulan lagi nak SPM dah tapi ada masa lagi nak goyang kaki.

Puas hati melihat mejanya yang sudah tersusun kemas, terus dicapai beg dompetnya dan mengorak langkahnya menuju ke kantin untuk rehat.

Ini kali pertama dalam dua bulan Leana dapat rehat dengan tenang. Jika sebelum ni, dia akan menyimpan duit untuk bayar yuran dan lain-lain. Secara ringkasnya, leana jarang makan. Kalau dia sudah makan tengah hari, dia takkan makan malam, dan kalau dia dah makan malam, dia takkan sarapan.

Bukannya kedekut tetapi situasinya yang dahulu tidak mengizinkan

Semasa dalam perjalanan ke kantin, Leana terimbas kembali mengenai perbualannya dengan Tengku Damean selepas mereka selesai makan malam semalam.

*Flashback*

"Lepasni Lea dah tak payah kerja."
Leana hanya sekadar menjawab 'okay'.

"And also, mulai esok abang mean akan bagi lea duit belanja untuk sekolah. Kalau tak cukup cakap je. Kalau nak beli school supplies ke apa ke just bagitau bang mean. Segala yuran or else biar abang mean bayar. Barang-barang kat bilik sewa Lea kita ambil nanti."

Lea angguk lagi tanda setuju.

"Hmm... Lea takde nak cakap apa-apa kat abang mean?" Tengku Damean menyoal Leana. Nadanya mula kedengaran risau.

Tengku Damean tahu apa yang berlaku pada Lea tapi tidaklah begitu terperinci. Dia mahu mendengar segalanya daripada adiknya sendiri. Dia tak nak ceroboh privacy adiknya. Dan memang dia ada upah orang untuk siasat adiknya. Tapi itu hanyalah sekadar untuk menjejaki Leana. Tak lebih dari itu.

"Takde apa-apa rasanya, bang mean......Kot." Perlahan saja bunyi 'kot' dihujung ayat Leana namun masih dapat didengari oleh Tengku Damean.

"Bang mean, Lea dah ngantuk ni. Lea tidur dulu ya? Selamat malam abang mean." Kata Lea sebelum menghilangkan dirinya ke dalam bilik.

*End of flashbacks*

Leana menggeleng kepalanya beberapa kali dan terus menuju ke kantin.

"Harini makcik ada buat nasi ayam. Dapnya." Kata Leana perlahan.

°•°•°•°•°•°•°•°•°•

"Memanglah bang mean kata dia bagi duit belanja. Tapi pahal yang sampai ada 6 keping RM50 dalam dompet aku ni?" Soal Leana sendirian kebingungan dan kebengangan.

Semasa dia membuka dompetnya untuk membayar makanan, mahu tercampak pinggan berisi nasi ayam tu akibat terkejut.

"At least bagilah RM10 dulu ke, RM 20 ke. Ini terus RM50 mak aihhh." Mula dah itik ni membebel.

Dengan muka yang masih cemberut, Leana menuju ke meja kosong untuk makan.

Leana bersekolah di sekolah kerajaan. Jadi kantin sekolahnya tidaklah se-exclusive sekolah swasta ataupun yang dalam novel-novel tu. Sekolahnya biasa-biasa saja. ingat ni wattpad ke apa???

°•°•°•°•°•°•°•°•°•

Sedang seronok Leana makan nasi ayamnya, tiba-tiba meja sebelahnya ditepuk.

HIS STELLA Where stories live. Discover now