Bab 11

163 12 9
                                    

~~~~~

"Ibu.. Lea lapar... ibu-"

*panggg*

Belum sempat Daleana menyudahkan kata-katanya, satu tamparan singgah di pipi kirinya. Apa salah Daleana? Kanak-kanak kecil itu hanya mahu makan. Namun bukan makanan yang diberi, malah ditamparnya lagi oleh 'ibu'nya sendiri.

"KAU NI MEMANG TAK HABIS-HABIS KAN??!!!! LAPAR LAPAR LAPAR!!!! ITU JELAH YANG KAU TAU!! KAU NI MEMANG MENYUSAHKANLAH!!" jerkah 'ibu'nya.

Akibat geram yang melampau, 'ibu' Daleana sambung memukul, menampar dan menendang tubuh Daleana.

"I-ibu sakit.. ja-jangan... i-ibu... T-TOLONG!!!"

~~~~~

Leana terbangun dari tidurnya dalam keadaan tercungap-cungap seperti tidak cukup nafas. Peluh membasahi dahinya, seluruh tubuhnya sejuk seperti tiada darah yang mengalir dan dalam keadaan menggigil ketakutan.

"Haa..Haa...Haa.." Leana cuba untuk menyusun semula nafasnya dengan menarik nafas yang dalam lalu dihembuskan keluar. Leana terlalu leka dengan dirinya hinggakan dia tidak perasan di mana dia sekarang. Setelah beberapa minit berlalu, akhirnya Leana kembali tenang lalu dia melihat persekitarannya.

"Eh... ni bukan bilik aku... kenapa semua bertutup langsir ni?.. kenapa tak pasang lampu? selalunya ada lampu tidur... " Leana mulai gelisah kerana dia tidak biasa dengan persekitarannya sekarang. Dalam keadaan begini, hanya seorang saja yang difikirkannya. 

ABANG DAMEAN!

"B-bang.. ABANG MEAN!!" Panggil Leana. Mana Leana tak takut dan gelisah. Dia dah lalui macam-macam hal yang mengerikan. Didera, dibuli, ditinggalkan dalam gelap.....

"ABANG DAMEAN!!!" Kali ni suara Leana naik seoktaf. Matanya mulai berkaca, bibir mulai melengkung kebawah. Namun, tak sampai lima saat selepas panggilan Leana, muncullah seketul Tengku Damean dengan muka yang risau.

"Yes yes, I'm here Stella. I'm here..." terus dibawa adiknya itu dalam pelukan. Dipeluk adiknya erat takut apabila dilepaskan semuanya akan hilang dan ini semua hanyalah mimpi. Dibelai perlahan kepala adiknya, diusap lembut dan dibacakan ayat-ayat Al-Quran untuk menenangkan Leana yang berada di dalam dakapannya.

"Kenapa ni.....hmm?... Why're you crying?? Tell me, Stella." Lembut-lembut adiknya dipujuk, takut jika tersilap kata, makin teruk adiknya menangis.

"T-tadi..hikss Lea mimpi... lepastu... bangun-bangun je semua gelap...hikss... t-tak jumpa bang mean.." Leana terus menangis dalam dakapan abangnya itu. Dia takut yang semua ini hanyalah mimpi semata-mata... Dia takut mimpi ngerinya yang dulu akan kembali menghantui hidupnya. Kedatangan abangnya merupakan sinar yang menerangi jalan gelap hidupnya. Leana hanya berdoa agar selepas ini hidupnya akan lebih cerah sedikit demi sedikit.

"Nightmare, hm? Takpe... Bang Mean kat sini..." Tengku Damean masih berusaha untuk memujuk adiknya. 

setelah beberpa minit sesi pujuk-memujuk, barulah Leana menanyakan soalan yang dari tadi dipendamnya.

"Kat mana ni, Bang Mean?" Polos sekali pertanyaannya

"Kat mana? Dalam....... jet?" Jawapan yang keluar dari mulut Tengku Damean lebih seperti pertanyaan. dia sendiri pun tak tahu macam mana nak terangkan pada adiknya.

Terlopong mulut Leana mendengar jawapan daripada abangnya. 

"D-dalam j-j-j-j-j-j-" 

"Yes, Stella. Private jet." Tengku Damean menyudahi kata-katanya dengan senyuman .

"And... on the way to Italy." Sambungnya lagi. Juga diakhiri dengan senyuman.

Leana hanya diam tidak berkutik. Dia agak confuse nak react macam mana. 'Okay... Nak jerit ke... nak terkejut ke... nak pengsan?... hmm terkejut jelah..' bisik Leana dalam hati.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Sep 03, 2024 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

HIS STELLA Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang