BAB 6

226 15 0
                                    


Third person's POV

Jam dinding di dalam bilik Leana sudah menunjukkan jam 7.00 pm.

   Setelah puas Leana meneroka setiap penjuru biliknya, dia kemudiannya menunaikan solat asar kerana pada masa itu, jam sudah menunjukkan pukul 4.50 petang . Kemudian, Leana kembali baring dan bergolek-golek di atas katilnya.

   Masa Leana nak solat tadi, dia terlupa yang telekung miliknya masih berada di cafe. Terlalu banyak perkara yang berlaku hinggakan beg sekolahnya juga turut tertinggal sama.

Namun setelah dibelek-belek wardrobe-nya, baru dia perasan ada dua pasang telekung berwarna putih dan cream yang elok tersangkut dengan hanger. Siti Khadijah. Sangat lembut kainnya. Leana pun apa tunggu lagi. Terus dia bergegas ke tandas untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat.

Setelah beberapa minit merenung kembali peristiwa tadi, terus dia tersedar dari lamunannya.

"Baik aku Maghrib sekarang." tidak berfikir panjang Leana bergegas bangun dari katilnya dan menuju ke tandas untuk mengambil wuduk.

------------------

"Waduh waduh... macam mana aku nak sekolah esok? Bekas pensil, buku teks, buku latihan semua ada dalam beg sekolah. Aduuuu makkk" soal Leana kepada dirinya.

"Kalau minta bang mean ambilkan boleh tak agaknya ye?" Gumam Leana lagi.

"Haihhh... baik aku siap-siap dulu"
Leana bingkas bangun dari perbaringan dan menoleh ke sebelah kirinya. Ada pyjama berwarna rose gold berlengan panjang yang disediakan abang mean. Turut juga disertakan dua tuala mandi dan barangan mandian yang lain. Tanpa melengahkan masa, Leana bangun dari katil dan terus menghala ke bilik mandi.

•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°

"Meh duduk sini."
Tengku Damean memanggil Leana yang berjalan dengan wajah yang masih terpana dan kagum memandang sekeliling kawasan dalaman rumahnya. Mana mungkin Leana tak 'wawww' kan? Interior design rumah Tengku Damean memang lain dari yang lain.

  Dia hanya pernah melihat design begini di dalam Pinterest ataupun Google. Perasaan teruja itu serta merta hadir apabila melihat keindahan ini di depan mata.

Setelah dipanggil Tengku Damean, Leana mula melangkah mendekati ruang makan tersebut dan duduk disebelah Tengku Damean.

Duduk sahaja Leana di kerusi,  tidak berdalih matanya melihat apa yang terhidang di atas meja.

Ada ayam rendang, sambal udang, ayam masak merah, ikan goreng kunyit, kubis goreng belacan dan banyak lagi menu masakan melayu. Juga turut dihidangkan lasagna, spaghetti carbonara mac and cheese, dan banyak lagi. Kecur Leana dibuatnya.

"bang mean sediakan makanan melayu dan western. Maybe you want to try western food or maybe you want to eat malay food, so you can choose... what you want to eat." Nada Tengku Damean kedengaran agak gelisah dan cuak.

Namun Tengku Damean sebenarnya bukanlah gelisah ataupun tidak selesa,  dia lebih kepada kecewa. Sangat kecewa dengan diri sendiri. Kecawa kerana walaupun dia adalah abang kandung Leana, makanan kegemaran adiknya pun dia tak tahu. Dia tak tahu apa-apa tentang adiknya. Makanan kegemarannya, warna kesukaannya, hobi, cita-cita. Totally zero knowledge.

"Dalam banyak-banyak makanan ni, Lea suka yang mana?" Soal Tengku Damean. Niatnya, paling tidak malam ni dia dapat tahu makanan kegemaran atau apa yang adiknya suka makan.

"Hmm... Lea suka ayam masak merah tu dengaaaan-" Leana meleretkan suaranya. "... sayur kubis tu. Lepastu, favourite Lea carbonara. Sebab rasa dia creamy-creamy gitu." Kata Leana penuh semangat sambil jarinya menunjukkan ke arah spaghetti carbonara. Langsung ringan dan petah mulutnya berbicara hal berkaitan makanan.

HIS STELLA Where stories live. Discover now