"Why did my baby sister cry?" -Tengku Damean Uzair-
Adik perempuannya itu jangan diusik jika tidak mahu menempah batu nisan awal.
" ishhh abang ni, asyik main kepala Lea je. Macam mana Lea nak tinggi." -Daleana Sofea-
"Tak payah tinggi lagi dah. Pen...
Selepas Leana keluar dari ruang pejabat cafe tersebut, dia melihat ada lebih ramai lelaki berpakaian bodyguard. Ada yang menjaga pintu masuk, ada yang berjaga di luar cafe dan setelah dia turun ke tingkat bawah, ada yang menjaga kaunter,
TEHEKKK???
BODYGUARD JAGAKAN KAUNTER???
'Bagus betul diorang ni. Siap tolong jagakan kaunter lagi.' kata Leana di dalam hati.
Namun ada sesuatu yang pelik. Leana perhatikan bodyguard yang menjaga kaunter cafe itu.
Sah! Matanya tidak menipu. Lelaki yang sepatutnya nampak ganas dan menakutkan itu sekarang ini memakai apron pink dengan corak bunga-bunga.
"Pftt-" Mahunya berdekah dia ketawa melihat situasi itu. Geli hati Leana dibuatnya.
Tengku Damean yang mendengar ketawa kecil itu terus melihat ke arah adiknya.
Akhirnya, riak wajah yang sudah lama diimpikannya untuk melihat, wajah adiknya yang ketawa keriangan.
'bapak comelnya adik aku, Ya Allah. Nak je aku peluk-peluk dia sekarang ni. Tapi nanti makinlah dia takut dengan aku. Baru 15 minit jumpa. Bersyukurlah Damean kau dapat pimpin tangan dia.' Tengku Damean bermonolog di dalam hati.
Memang tak dapat dinafikan. Daleana memang seorang yang cantik paras rupanya. Dengan tinggi 156cm, memang geram Damean dibuatnya. Macam mana boleh tak geram, jika nak dibandingkan dengan tinggi Tengku Damean yang 186cm, tinggi Leana hanya mencecah dada Tengku Damean. Jika orang lain tengok, mesti mereka anggap yang Leana dan Tengku Damean ialah pasangan kekasih.
Setelah puas menyaksikan reaksi Leana, Tengku Damean mencari punca yang menyebabkan adiknya ketawa. 'Ouh, bodyguard aku yang pakai apron pink tu ke? Great. Aku naikkan gaji dia bulan ni.' Tengku Damean mengingatkan dirinya.
"Stella, lepas ni kita balik rumah bang mean dulu ya? Boleh?" Tanya Tengku Damean memecahkan suasana.
'well, actually bukan balik dulu.. duduk terus situ!' kata Tengku Damean dalam hati. Takkanlah nak cakap macam tu depan Leana.
Leana yang masih ketawa kecil itu tersedar daripada ketawanya lalu dengan takut-takut dia menjawab "r-rumah Ten-... bang m-mean? B-boleh...kot" hampir tidak kedengaran perkataan 'boleh' yang keluar dari mulut Leana.
Tengku Damean senang hati dengan jawapan adiknya itu. "Sebelum kita balik rumah abang mean, hmm... have you eaten yet, Stella?" Tanya Tengku Damean. "D-dah makan tadi masa-"
*Growling* *keriakkk keriukkk* (alahh bunyi perut lapar, haaa gitulah)
"Hmm..." 'ishh perut ni. Time ni lah kau nak berbunyi' Leana hanya mampu memejamkan mata dan mengutuk perlahan perutnya senab berbunyi tak kena tempat.
Tengku Damean ketawa kecil melihat perangai adiknya itu.
"Jom makan dulu." Kata Tengku Damean sambil memimpin tangan Leana ke luar cafe.
Setelah mereka keluar dari cafe tersebut, Leana tergamam. Di hadapannya ada sebuah kereta mewah jenis Bugatti la voiture noire, yang elok terparkir menunggu pemiliknya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.