Tengku Damean memandu keretanya memasuki perkarangan perumahan elite yang dikawal dengan sangat ketat. Bukan sebarang orang boleh duduk dalam perumahan ni walau anak dato' sekalipun.
"bang mean, betul ke jalan yang kita lalu ni? bang mean tak sesat kan?" Soal Leana polos.
'bawak kereta masuk tempat rumah orang kaya, macam tak sehat je abang aku ni. Tahulah dia kaya, kereta dia pun mahal. Tapi kalau bang mean kena halau nanti macam mana. Tapi kereta abang mean ni macam mahal gile nak matey. Betul ke rumah dia dalam ni? Lantaklah.' bisik hati Leana.Yelah, mana tak risaunya. Kang tak pasal-pasal pak guard suruh berambus sebab tak kenal.
"Bertuah punya adik. Abang mean ni dah hidup lagi lama daripada Lea. Tak pernah lagi sesat. Betullah jalannya ni. Tapi jauh lagi ni sebab rumah abang mean dalam lagi sikit. Tak sama dengan rumah orang lain." Jawab Tengku Damean sambil sebelah tangannya mengusap lembut kepala Leana yang berlapikkan tudung dan sebelah lagi masih mengawal stereng kereta.
" ishhh abang ni, asyik main kepala Lea je. Macam mana Lea nak tinggi." Lea sudah memuncung mulut.
"Tak payah tinggi lagi dah. Pendek-pendek je. Senang sikit abang mean nak dukung." Usik Tengku Damean.
Leana hanya mampu memuncungkan mulutnya dengan tangan disilangkan ke dada.
Tengku Damean tergelak kecil melihat adiknya yang dah serupa itik.
Kalau tidak tangan yang bersilang, mesti dia muncungkan mulut. Nasib baik sayang.
Tengku Damean meneruskan pemanduannya. Kemudian dia memasuki satu simpang. Di kiri dan kanan jalan tersebut dipenuhi dengan pokok-pokok hijau yang tinggi dan ada juga yang renek. Sejuk mata memandang.
Kawasan rumah Tengku Damean memang lebih jauh ke dalam perumahan elite yang lain. Maklumlah, dia ada tanah persendirian. Kalau cincang-cincang lebih kurang empat biji padang bola sepak. Lengkap dengan rumah mansion dia, outdoor pool, kawasan untuk menunggang kuda, taman bunga dan kebun, fountain dan banyak lagi.
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
Lebih kurang 2 minit kemudian, kelihatan sebuah pintu pagar berwarna hitam bercorak emas yang sangat besar.
Leana melihat ke kiri dan kanan pagar itu namun pagar itu terlalu panjang sehingga tidak terlihat penghujungnya.
"Abang mean, macam rumah anak raja je. Reverse lah. tengok tu, penghujung kawasan rumah ni pun tak nampak." Seram Leana melihat pagar itu. Baru tengok pagar, belum rumahnya lagi. Ada juga dia pengsan akibat terkejut yang melampau.
Tengku Damean hanya tersenyum mendengar celoteh adiknya dan meneruskan pemanduan ke dalam kawasan rumah itu.
Tengku Damean memakir kereta mewahnya betul-betul dihadapan pintu gerbang mansionnya.
Leana masih belum sedar apa yang berada di hadapannya.Tanpa menunggu lama, Tengku Damean keluar dari kereta dan terus menuju ke pintu Leana untuk membuka pintu untuk adiknya.
Tanpa memberi salam, Tengku Damean membuka pintu kereta sebelah Leana."OH MAK KAU ULTRAMAN!"
Leana yang masih dalam lamunannya terkejut.
"bang meaaaaaaaannnnn. Janganlah buat macam tu. Terkejut Lea." Rengek Leana dan sekali lagi adiknya itu memuncung mulutnya.
"You just look so lost in thoughts. And you look adorable. Sudah-sudah lah termenung tu. Jom masuk." Ajak Tengku Damean.
"JOMMMMMMM" sahut Leana kegirangan. Hilang terus semua perangai merajuk tadi.

ANDA SEDANG MEMBACA
HIS STELLA
Azione"Why did my baby sister cry?" -Tengku Damean Uzair- Adik perempuannya itu jangan diusik jika tidak mahu menempah batu nisan awal. " ishhh abang ni, asyik main kepala Lea je. Macam mana Lea nak tinggi." -Daleana Sofea- "Tak payah tinggi lagi dah. Pen...