Di dalam biliknya yang dihias indah, Daleana sibuk bersiap mencari pakaian dengan tudung pilihannya.
"Pelik-pelik je style baju ni. Baju ke apa ni?" Soal Leana sendirian sambil melihat baju-baju di dalam almari tersebut.
Al-maklumlah, sebelum ni dia hanya pakai pakaian yang biasa-biasa je. Yang penting bagi leana pakaian tersebut tak ketat dan jarang.
Selepas lebih kurang 15 minit berperang untuk memilih baju dan tudung yang hendak dipakai, akhirnya leana menemukan apa yang dicarinya.Tidak menunggu lama, terus dia bergegas menyarungkan baju tersebut. Kali ni, Leana mengenakan seluar loose berwarna cream dan sage green hoodie. Untuk tudung Leana pakai warna cream juga. (sorry lah ...author tak pandai ootd)
"Cantiknya baju ni...So simple... saya suka, saya suka!" Leana tersenyum gembira sambil memutar-mutarkan badannya di hadapan full length mirror dalam biliknya. Kemudian, Leana mengerling jam tangannya.
"Allahu akbar! Dah lambat!" Leana lantas mencapai handbagnya dan menuju ke bawah. Betul sangkaannya, abangnya sudah menunggu di ruang tamu, segak mengenakan sut hitam.
'hmm...bilalah boleh dapat kakak ipar, ek?' bisik Leana dalam hati.
Namun, lamunan Leana diganggu oleh suara seseorang yang sudah terang lagi bersuluh siapa pemiliknya.
"Sudah-sudahlah berangan tu. Lambat lagi bang mean nak kawin. Kalau nak laju sikit Lea tolonglah bang mean carikan jodoh." Kata Tengku Damean sambil tersenyum kecil.
"Bang mean ni ada kuasa ke apa boleh baca fikiran orang!" Tanjat Leana dibuatnya.
"Tengok muka pun dah tahu. Enough of that, let's head out." Kata Tengku Damean lalu membuka langkahnya.
"Hehehehe, JOM!!!"
•°•°•°•°•°•°•°•°•
Setelah menempuh perjalanan lebih kurang 15 minit, akhirnya adik-beradik itu tiba di hadapan sebuah bangunan tinggi yang gah dan mewah.
Oh ya, kali ni Damean bawa bmw je. Model apa? Tak dapat dikenal pasti :)
"Ni tempat kerja bang mean ke? Besarnya!" Kata Leana kagum.
Mana boleh tak 'WAW' kan?. Bangunan besar, warna dia cantik, cermin semua berkilat, ada air pancut, dan banyak lagi. Alah, typical company orang inggris lah katakan.
Tengku Damean hanya menjawab pertanyaan Leana dengan anggukan.
"Jom." Kata Tengku Damean sambil menarik tangan Leana menuju pejabatnya.
Dalam perjalanan mereka menuju ke lif, Leana tidak melepaskan peluang melihat suasana bekerja dan susun atur bahagian dalam bangunan tersebut. Yup, seperti di rumah abang mean, hiasan dan bentuk binaan bangunan ini juga ada bercirikan Ancient Greek contohnya tiang-tiang besar dan ukiran-ukiran halus tapi takdelah sampai ada patung-patung batu tu.
"Bang mean, bang mean kata nak pergi HQ tempat kerja abang. Ini ke HQ tu? Bang mean kerja bahagian apa kat sini? Apa pangkat bang mean?" Soalan demi soalan keluar daripada kotak fikiran Leana. Apa boleh buat.
Anak pintar banyak bertanya ya anak-anak.
Tergelak kecil Tengku Damean mendengar soalan adiknya. Mereka kini di dalam lif yang disediakan khas untuk CEO, tapi Leana tak tahu tentang tu.
"Try to guess, Stella." Hanya 4 patah perkataan yang keluar daripada mulut Tengku Damean untuk menjawab semua pertanyaan Leana.
YOU ARE READING
HIS STELLA
Action"Why did my baby sister cry?" -Tengku Damean Uzair- Adik perempuannya itu jangan diusik jika tidak mahu menempah batu nisan awal. " ishhh abang ni, asyik main kepala Lea je. Macam mana Lea nak tinggi." -Daleana Sofea- "Tak payah tinggi lagi dah. Pen...