ARYAN berdiri kaku di depan pintu suite, tubuhnya masih dipeluk erat oleh Alana. Nafas gadis itu tercungap-cungap, tangannya mencengkam erat bathrobe yang dipakai Aryan. Jantungnya berdegup kencang, tetapi bukan kerana keterujaan. Lebih kepada rasa panik dan ketakutan.
“Alana?” Aryan menyebut nama itu perlahan, separuh terkejut. Matanya melirik ke arah lorong di belakang gadis itu, tetapi kosong. Dia kembali memandang Alana yang masih menggigil dalam pelukannya.
Bahu Alana menggeletar. Tangannya yang mencengkam bathrobe Aryan sekuat hati, seolah seluruh hidupnya bergantung padanya.
“Ada orang kejar kau?” tanya Aryan dengan nada lebih serius. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Alana tak mampu menjawab. Kepala dianggukan tanda mengiyakan.
Mendengar sahaja jawapan itu, Aryan lantas menapak setapak ke belakang bagi membenarkan dia menutup pintu suites yang berada di belakang Alana.
“Alana-” Belum sempat Aryan bertanya lebih lagi, kedengaran esakan kecil yang terlepas dari Alana tak lama kemudian. Daripada esakan kecil, tangisan yang dihamburkan Alana itu semakin kuat.
Terhincut bahu Alana melepaskan rasa ketakutan yang disorokkan rapi daripada muncul ke permukaan dirinya sejak dia ditangkap semula oleh Dazriel hari ini.
Sekali lagi, dia tunjukkan sisi dirinya yang paling lemah di hadapan Aryan. Kali ini dia penat berlagak kuat. Penat berpura-pura dia akan baik-baik sahaja.
Siapa sahaja yang boleh kekal normal apabila diberitahu dirinya dijual untuk sekali lagi? Dahulu, dia berjaya lepaskan diri. Mujurlah, kali ini dia berjaya lepaskan diri juga.
“Are you okay now?”
Suara Aryan yang lembut bersama nada kerisauan itu menyapa pendengaran Alana yang hanyut dalam lamunan. Alana angkat kepala, menunjukkan wajahnya yang memerah dengan air mata yang berlinangan di pipi.
“No, you're not. You don't look okay.” Aryan menjawab soalannya sendiri. Alana cepat-cepat alihkan pandangan ke arah lain. Tangannya ditarik dari terus menerus memeluk pinggang Aryan.
Belakang tangannya dibawa ke wajah mengelap sisa air mata yang terasa sudah kering. Tanpa Alana sedar, perbuatannya itu sudah membuatkan wajahnya comot dengan kesan maskara.
“Mata kau-” Aryan cuba menegur tetapi tak mahu menganggu Alana yang sudah sedikit tenang daripada tadi. Seraya itu, dia meninggalkan Alana sendirian di ruang tamu ruangan suites luas miliknya itu tanpa berkata-kata apa-apa.
Alana terpinga-pinga dengan tindakan Aryan. Kenapa dengan mata dia? Pandangan Alana lantas diliarkan di sekeliling bilik hotel yang dihuni oleh Aryan itu. Hiasan bilik hotel itu masih kemas menunjukkan Aryan bersendirian.
Alana tepuk dahi apabila sedar dia bersendirian di dalam bilik tersebut bersama Aryan. Gaun pendek yang tersarung pada tubuhnya itu juga membuatkan dia semakin malu. Kenapa? Argh.
“Duduklah.” Suara Aryan datang dari belakang Alana membuatkan dia sedikit tersentak. Cepat-cepat, Aryan meminta maaf dengan perlahan.
“Sorry.”Dia kini sudah lengkap dengan sepersalinan t-shirt lengan panjang bersama seluar tidur. Di tangan kiri Aryan, dibawa sehelai hoodie dan sweatpant kelabu.
Manakala, tangan kanannya membawa satu tuala kecil yang dibasahkan.Alana akur. Dia melabuhkan punggung di atas couch sofa cream yang terletak jauh daripada kedudukan katil milik Aryan di ruangan itu.
“Kau nak salin pakaian? Kau nampak tak selesa.” Aryan mengekalkan kontak mata tanpa membiarkan matanya menuruni pada tubuh Alana yang terdedah di dalam gaun pendek tersebut.

YOU ARE READING
OG | HER PLAYBOY
Romance𝗛𝗲𝗿 𝗛𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «3𝒓𝒅 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔» | ᵒⁿ ᵍᵒⁱⁿᵍ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐱 𝐃𝐇𝐄𝐀 𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀˚ ༘♡ ·˚ "𝑳𝒐𝒗𝒆 𝒕𝒉𝒆 𝒍𝒐𝒗𝒆𝒓𝒔, 𝒑𝒍𝒂𝒚 𝒕𝒉𝒆 𝒑𝒍𝒂𝒚𝒆𝒓𝒔." ✰ playboy x tomboy ✰ song playlist; stereo love ✰...