DAYYAN Falique mempercepatkan langkah melepasi setiap satu bilik kelas pertama hospital ward yang berada di level Ground Floor itu. Tidak cukup tanah dia berlari mendapatkan maklumat nombor bilik ward hospital yang dihuni Aryan di situ.
Mana tidaknya, dia dikejutkan dengan berita sahabatnya masuk hospital walhal dia tahu sepatutnya Aryan ada temujanji dengan seorang perempuan yang Aryan kenal di atas talian.
A0303-15
Nombor bilik yang tertera itu membuatkan Dayyan terus meluru masuk ke dalam bilik tersebut. Langsung tidak perasan pada nama yang tertera pada papan pintu itu tadi.
“Aryan?” Panggil Dayyan pelik apabila melihat Aryan yang sedang duduk di sebelah katil pesakit. Seorang gadis yang terlantar di atas katil itu Dayyan pandang seperti tidak percaya.
“Eh, Alana?” Dayyan pandang semula pada Aryan mahukan penjelasan. Dia ke sini dengan bayangan Aryan yang terlantar di katil hospital kerana kemalangan atau apa. Bukan ini yang dia jangkakan. Tapi mujurlah apa yang dibayangkan itu tidak menjadi kenyataan.
“Duduklah. Kau nak air? Arrez tak ada ke?” Suara Aryan yang kedengaran penat itu membuatkan Dayyan terus mengambil tempat di sebelah sahabatnya. Tangan menepuk bahu Aryan.
“Kau okay tak? Kenapa dengan Alana? Apa jadi sebenarnya?” Aryan lepaskan keluhan berat. Malam ini sudah terasa panjang untuk dia dengan Alana.
Hatinya meronta mahukan esok hari datang dengan lebih cepat.“Aku okay. Alana... Dia yang tak okay. She's been drugged, Dayyan. Dazriel dapat tangkap dia balik. Alan cakap ayahanda aku yang serahkan Alana balik dekat Derek. Kalau aku bawa Alana balik dengan aku waktu kejadian Alana lemas dekat rumah aunt Rossa, mungkin semua ini takkan jadi. Stupid me, Dayyan. Semua dah jadi huru hara. Damn it.”
Aryan tak henti salahkan diri sendiri. Kali ini sikapnya yang terlalu pentingkan dirinya itu sudah memberikan impak yang besar pada orang sekeliling. Alana buktinya. Cuma Aryan baru sedar walaupun agak terlambat.
“Bukan salah kau. Alana tak pernah minta tolong kau, Aryan. Bukan salah kau sepenuhnya. Kau kena ingat kalau bukan sebab kau juga, Alana takkan selamat. Ada hikmahnya apa yang jadi. Janganlah letakkan semua kesalahan pada kau. Aku tahu mesti Alana pun berterima kasih pada kau. Kau kan hero dia?”
Dayyan cuba memujuk. Sekali pandang, Aryan seperti lelaki kematian isteri. Ini pertama kali Dayyan lihat Aryan dalam keadaan murung sebegitu. Begitu bermaknakah Alana bagi Aryan sampai sebegini sekali? Aneh.
“Sekarang keadaan Alana macam mana? Alan tahu?” Aryan angguk sekali tanda mengiyakan. Dia sudah hubungi abangnya tadi sebelum ke sini. Setakat ini, hari ini sahaja sudah cukup panjang interaksi dia dengan Alan sejak bertahun lama mereka tidak tinggal sebumbung bersama ayahanda mereka.
“Doktor cakap Alana okay. Cuma tinggal tunggu kesan sampingan ubat suntikan Alana hilang sepenuhnya. Alan suruh buat police report terus selepas tu. Kau boleh tolong aku kan?” Aryan minta kepastian. Itu di dalam bidang kerja Dayyan. Kerana itu dia panggil Dayyan ke sini.
“Boleh. Aku perlukan keterangan dia jugak untuk laporan tangkapan polis dekat kelab Derek yang lepas. Aku rasa kalau ditambah dengan keadaan Alana sekarang ini juga, dia boleh menang dalam perbicaraan mahkamah. Derek dan Dazriel boleh dikenakan hukuman lebih berat. Waran tangkap untuk Derek dan Dazriel pun tengah tunggu untuk diluluskan Tak ada masalah untuk Alana dah lepas ni. Jangan risau. Aku boleh uruskan.”
Panjang lebar hujah Dayyan menyakinkan bahawa keadaan Alana selepas ini ada lebih baik daripada sebelumnya. Keadilan pasti akan ditegakkan. Dayyan percaya itu sebagai prinsip teguh sepanjang hidupnya.

YOU ARE READING
OG | HER PLAYBOY
Romance𝗛𝗲𝗿 𝗛𝘂𝘀𝗯𝗮𝗻𝗱 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗲𝘀 •°. *࿐ «3𝒓𝒅 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔» | ᵒⁿ ᵍᵒⁱⁿᵍ ˚ ༘♡ ·˚𝐀𝐑𝐘𝐀𝐍 𝐐𝐀𝐋𝐈𝐒𝐇 𝐱 𝐃𝐇𝐄𝐀 𝐀𝐋𝐀𝐍𝐀˚ ༘♡ ·˚ "𝑳𝒐𝒗𝒆 𝒕𝒉𝒆 𝒍𝒐𝒗𝒆𝒓𝒔, 𝒑𝒍𝒂𝒚 𝒕𝒉𝒆 𝒑𝒍𝒂𝒚𝒆𝒓𝒔." ✰ playboy x tomboy ✰ song playlist; stereo love ✰...