"Setiap memori itu bagaikan air,
air yang tidak berada di dalam bekas akan terus mengalir dan menjauh,"
WAKTU dhuha, waktu biasa orang sibuk bekerja. Tapi aku hanya mampu memandang langit biru melalui jendela terletak di tepi katil . Rambutku ditolak ke belakang."Ya Allah,kenapa? Kenapa perasaan aku sedih, tapi aku tak tahu kenapa..." mata aku bergenang.
Jiwa aku...terasa kosong. Minda aku juga kosong tanpa fikiran.
Baru aku ingin mengalirkan air mata namun sekelip mata perasaan sedih itu hilang saat mata aku melihat cermin di hadapan aku, bayangan wajah yang kabur di belakang tubuh aku menghapus rasionaliti dalam diri aku. Aku benci! BenCi! BeENCi! BENCI!!
Barang berdekatan aku tolak jatuh lantas semuanya berderai pecah. Terus satu ayat berdesup laju melintasi fikiran aku.
SEMUA TU TAK PERNAH BERLAKU! Ya...tak pernah...
Makin hari melanjut, makin aku lupa.
Aku terlupa rasa sedih tadi dan minda aku mula fokus perkara yang lain. Semuanya kerana aku mahu mengelak realiti, mataku kini hanya tertumpu pada satu objek.
Lensa kamera, objek yang dijadikan pengubat hati aku.
Lalu perasaan itu... biarpun berkecamuk semuanya hilang begitu sahaja. Parut aku tadi langsung dilupakan dan dibenam.
@@@
TAHUN 2023,
Naratif Mayaa;
Aku melihat buah mangga dihadapan aku dan terfikirkan nasib aku. Aku sekarang dah 27 Tahun dan dikira dewasa, cumanya hidup orang dewasa, mungkin bagi orang biasa sudah bekerja, kahwin, ada anak, jaga mak ayah dan lain-lain. Tapi hidup aku pula boleh dikatakan biasa-biasa, bujang tu dah biasa dengarlahkan sampaikan mak cik dekat pasar pun boleh agak aku ni sejenis forever alone. Itu yang dia berani tanya soalan maut,
"Bila nak kahwin kamu ni? anak makcik umur 34 dah sepuluh anak dah tau! Meriah rumah makcik sekarang," Aku beri senyum janggal. Anak makcik kalau perempuan, sah dia buka kilang anak. Macam peluru machine gun gamaknya cucu dia keluar. Berdas-das. Kesian pula aku dengan anak mak cik. Dahlah beranak tu sakit. Terus aku letak balik mangga ditangan aku dan berlalu pergi.
Soalan makcik tadi menusuk hati aku sampai aku terfikir yang sekurangnya anak makcik tadi dah jadi kilang meramaikan buruh dalam negara ni, tapi aku? Aku ni dah macam kilang sampah. Hidup lebih kepada tak berguna pada masyarakat.
Menganggur? Ya saya, siapa panggil pekerjaan saya tu? Haih...aku mengimbau balik aktiviti yang aku pernah buat sepanjang meningkat dewasa, tak adalah teruk sangat sebab aku ni banyak habiskan masa dengan kamera sebagai hobi. Cumanya apa saja kamera boleh buat kalau aku tak ada orang nak hargai gambar-gambar aku. Gambar akan kekal tak bernilai tanpa orang yang melihatnya.
Aku cuba fikir positif tapi kemudian realiti menampar muka aku juga akhirnya.
"Ini berapa ringgit satu kak?" Aku menunjukkan pada satu manisan di sebalik bekas kaca.
"Satu tu dalam 3 ringgit," aku terus terdiam. Donut 3 ringgit, sejak bila mahal macam ni? Aku melihat dompet aku dan hanya lalat saja keluar. Kering sungguh!
Aku tak boleh terus biarkan dompet aku kering. Makanya untuk jadi lebih berguna sikit kepada dompet kosong aku, aku pergilah usaha daftar kerja sebagai jurugambar produksi yang ada dalam Malaysia ni. Ada rezeki, adalah tu tolong masyarakat sikit kan?
YOU ARE READING
Love Lens [HIATUS]
RomanceKau... Pernah tak sesuatu yang pelik jadi dalam hidup kau? Aku pernah, Nak tahu? Semuanya bermula bila aku cuba buat trend Tik tok. Sebagai jurugambar aku memang akan ikut arus video yang jadi trend. Aku cari subjek fotografi yang kena dengan trend...