" dia bukan sekadar cantik,
tindakannya juga cantik,
ilmu juga cantik,
hatinya juga penuh pemandangan cantik,
Tidak mudah di bonekakan,
dan tali ikatan hidupnya kuat,
dialah tempat istirehat jiwaku,"@@@
To, adik sayangku Ariz,
surat ni untuk Ariz yang cerdik lagi pandai. Ariz, kakak minta maaf dekat Ariz, sebab kakak kena tinggalkan Ariz buat beberapa waktu sebab kakak ada kerja sangat-sangat bahaya perlu buat dan Ariz tak boleh ikut. Sebab kakak tak nak Ariz sakit, kalau Ariz sakit kakak sakit sekali. Jadi kalau Ariz janji untuk dengar cakap Uncle Han, jadi budak baik, tak meroyan, Kakak bagi Ariz guna tiga tiket yang Ariz dapat. Tiga tiket permintaan apa-apa sahaja daripada kakak, sepanjang kakak hidup. Kalau Ariz rasa sunyi pula, Ariz tulislah semua rutin harian Ariz dalam buku yang kakak sertakan. Boleh? Adik kakakkan baik.
Yang Ikhlas,Mayaa Adeera
Aku membuka pintu utama rumah aku secara perlahan, selangkah aku melangkah keluar rumah aku. Aku rasa pelukan dari belakang yang sangat erat.
“ Kakak! Ka-kak n-nak pergi mana?!” Ariz memeluk aku erat. Aku terkaku. Aku tak pernah tinggal Ariz macam ni. Selama aku buat sesuatu mesti ada Ariz.
Aku melepaskan pelukan dan menghadap muka Ariz. Pipinya aku sentuh.
“ K-kakak...” rengek Ariz. Aku mengukir senyuman.
“ Kakak pergi sekejap je Ariz, Ariz kira jari Ariz sampai 1000 kakak dah balik depan mata Ariz,” aku mengemam bibir aku. Aku tahu, yang Ariz masih belum mampu mengira satu hingga seribu. Matanya aku tutup dengan telapak tangan. Tubuhnya aku peluk.
“ cuba kira sekarang Ariz,” Ariz mengangguk dalam pelukan aku.
Dalam kiraannya aku melepaskan pelukan aku dan memerhati Uncle Han yang memerhati kami. Uncle Han datang dan sambung memeluk Ariz. Kepala dia Uncle Han usap.
“ Terima kasih Uncle,” Uncle Han hanya mengangguk. Aku mengangguk berat dan berlalu pergi sambil kepala aku asyik menjenguk-jenguk ke belakang. Langkah aku dilajukan tidak sanggup menanggung rasa rindu lagi.
Pintu kereta aku serbu masuk. Kamera aku buka untuk melihat Najdee di ruang belakang. Najdee memandang aku dengan muka berkerut.
‘ Mayaa, aku nak tanya’
“tanya apa?”
‘ tadi tu kau...ah, tak ada apalah, kau pandu je pergi rumah aku balik,’ ayatnya tergantung. Seolah dia sedang ragu-ragu.
Aku merengus dengan soalan tak jadi dia. Nak tanya tu tanya jelah!
“ Kau tak boleh tahu ke tempat badan kau disorok?”
‘ aku tahu, tapi aku tak boleh bagitahu kau sekarang,’ aku rasa menyampah dengan jawapan Najdee. Perasaan aku sekarang ni ditahan dan boleh diibaratkan seperti dikulum menjadi manikam, dimuntah menjadi sekam. Melihat mata aku yang sembab di cermin kereta buatkan aku semakin menyampah melihat diri sendiri ketika itu.
Stereng aku pegang kuat.
Aku hanya memandang hadapan dan terus memacu kereta pacuan empat roda itu ke rumah hantu Najdee.
Aku sedih...tapi tak boleh menangis sebab aku kakak. Sebab aku...kakak.
@@@
Tiga hari kemudian...,
YOU ARE READING
Love Lens [HIATUS]
RomanceKau... Pernah tak sesuatu yang pelik jadi dalam hidup kau? Aku pernah, Nak tahu? Semuanya bermula bila aku cuba buat trend Tik tok. Sebagai jurugambar aku memang akan ikut arus video yang jadi trend. Aku cari subjek fotografi yang kena dengan trend...