"Apa bezanya antara itu dan ini?
Kalau kau masih tak mampu berbuat apa-apa,
biarpun kau diagungkan,
seagung Ilmuwan mahupun Majnun?
Dan pemenang akhirnya yang berbakat"@@@
Naratif Najdee;
Aku memikirkan segala kemungkinan bahaya yang akan mendatang pada Mayaa.
Iblis...
Organisasi rahsia yang objektifnya langsung tidak diketahui. Tapi mereka dah ganggu aku dari dua tahun lepas. Persoalan kenapa itu hanya boleh diketahui melalui ketuanya sahaja. Tapi ketua dia sangat perahsia.
Aku teringat waktu awal-awal perjalanan aku ke pertemuan dengan Majlis Raja-raja. Aku dapat notifikasi dari email yang tidak diketahui memberi mesej ' let's play with your own software' dan aku cuba cari penghantarnya. Tapi tiada data yang ditemui.
Aku terpaksa batalkan pertemuan aku sebab kesemua barangan dan sampel teknologi aku digodam. Keluarga aku hampir mati semuanya. Uzair, orang kanan aku turut ditarget. Keluarga dia selamat tapi semuanya terlalu bahaya untuk dibiarkan.
Mulanya aku ingatkan ketua dia seorang penggodam tapi bukan. Penggodam yang ditangkap hanya mayat yang dikatakan telah mati setahun lepas. Mana mungkin mayat hidup balik?
Dari situ aku faham, musuh aku bukan calang-calang.
" Orang ni genius, macam kita," ujar Uzair melihat tepat ke mata aku.
" kau tahu kan genius ni ada banyak jenis, aku genius lain dari kau. Macam tu juga dia, dia genius manipulasi sesuatu," aku melihat mayat yang dibawa pergi dari markas tersebut. Logo harimau yang diconteng di pergelangan tangan lelaki itu sempat aku kilas.
" Aku tak boleh kerja, tawaran kerja tu aku perlu tolak. Aku kena sorokkan diri aku Uzair, kalau tak dia akan target keluarga aku,"
" Abang dengan Salwa adik kau tak marah?"
" Dia akan marah, tapi kita tak tahu motif orang ni jadi ni jalan terbaik lepas aku berkira-kira, kau pula kakak kau macam mana?"
" dia masih tak tahu aku kerja macam ni, dia pun tak tahu yang barang dia guna tu hampir kena godam dan meletup. Kalau aku tak hentikan waktu tu, mungkin dia..."
" aku rasa kau kena selalu duduk dengan kakak kau, kau jaga dia elok-elok."
" risau buah hati? Bila nak jumpa dia?" Keluhan berat aku beri.
" Aku tak berani jumpa dia lagi,"
" kau mesti perhati dia macam stalker kan?" Uzair melihat aku jijik. Cinta pertama aku, boleh kata macam tulah. Aku tersenyum. Betul, aku selalu perhati dia dari jauh. Gerak geri dia selalu aku perhati.
" Iyh, berhentilah Naufal, sebelum kau menyesal dia dirembat orang. Baik kau jumpa dia," ada betulnya juga. Aku berfikir-fikir segala kemungkinan.
" Bila hari lahir dia?"
"– Julai" suaranya kabur.
" Apa?"
" Argh! Tak tepat! Sekali lagi!!" Jeritan itu menarik aku kembali ke alam nyata. Aku teringat kembali aku sedang memerhati Mayaa berlatih pistol. Macam mana aku boleh latih dia?
Sebab aku yakin suatu hari nanti Mayaa terpaksa pakai pistol. Aku simpan pistol dalam rumah aku, dan aku tahu lambat laun pistol itu akan keluar dari kotak dia. Ini semua sebagai langkah keselamatan.
YOU ARE READING
Love Lens [HIATUS]
RomanceKau... Pernah tak sesuatu yang pelik jadi dalam hidup kau? Aku pernah, Nak tahu? Semuanya bermula bila aku cuba buat trend Tik tok. Sebagai jurugambar aku memang akan ikut arus video yang jadi trend. Aku cari subjek fotografi yang kena dengan trend...