"There's a monster in each of our hearts,
That's why there is a rib cage,
to prevent it from coming out."
@@@
Naratif Mayaa;
Aku melihat sekeliling dan ke belakang sekali sekala, takut kalau-kalau lelaki tadi datang mengikut aku kerana dendam. Manalah tahu kan, sekarang mana boleh agak. Lelaki gila di mana-mana. Aku risau ni sebab dahlah aku berjalan seorang.
Setibanya aku di sebuah kafe berdekatan sungai, aku pantas mengambil tempat paling terpencil. Cuba menyorokkan diri. Beberapa saat kemudian aku membuka telefon aku dan meletakkan juga kamera di sebelahnya. Kotak decoder aku keluarkan dari beg sisi aku dan letaknya di atas peha.
“ Najdee...” panggilku berbisik sambil melihat ke skrin telefon. Gaya aku dibuat seolah sedang melakukan video call untuk mengelak diri aku digelar gila. Najdee duduk di hadapan aku tetapi renungannya jelas ke luar tingkap. Dia termenung.
“ Najdee...” panggilku sedikit kuat lagi. Masih dia tidak memandang aku atau membalas sahutan aku. Macam dah sampai dekat kerajaan ayah pin dah tu berangan dia.
“ Oi, Najdee!” aku menaikkan sedikit suara kali ini. Barulah dia memandang aku sambil terkejut memandang aku. Namun selepas dia memandang aku dia melarikan matanya melihat ke arah lain.
Lelaki ni dah kenapa? Ergh, aku sambung jelah bincang. Malas aku layan drama dia ni.
“ Aku nak mula cari kunci kau dah ni, tolong tau,” ujarku bersahaja dan masih juga dia tiada respon. Aku mengeluh kecil dan kemudian meneruskan memasang kunci yang dia dapat sebelum ini ke dalam kotak. Sejurus itu muncul tulisan di kotak yang awalnya gelap gelita.
You have arrived at the destination.
Sungai Melaka- Status: Arrived
Ayat itu keluar dahulu sebelum satu bentuk teka teki yang aku tak faham intinya.
20,80,70,1,50,4,12,10
Key: Its circle and have childrens, that running playing tag inside it, and they never get a chance to change the role, ever.
Bulat dan ada anak? Apa kejadahnya ni? Ya Allah, aku kena buat apa ni. Soalan SPM pun bukan macam ni. Macam kemahiran berfikir aras tinggi, KBAT. Tapi sebelum jadi KBAT aku dah jadi kebab dulu.
Dia nak cakap ibu mengandung ke ni? Trimester? Tapi anak dia berlari dalam perut ibu ni apa benda? Main jadi-jadi dalam perut ibu? Iyh!
“ Najdee...,” aku memanggil dia lagi dan dan kali ini dia tersentak dan melihat ke arah aku dengan betul. Dah normal pun muka budak ni!
Tanpa banyak bunyi Najdee melihat sekilas masalah tersebut dan terus mengeluarkan buku notanya.
' jawapan dia OUTBREAK,' ujarnya sebelum dia sambung menulis.
“kau nak tulis apa lagi tu?”
' lukis,' sepatah aku tanya sepatah dia jawab. Kenapa nada dia makin beku dan macam tak ada perasaan. Sebelum ni bukan main banyak benda dia cakap.
“ Ni penerangan, alphabet Clock Key,” dia menunjukkan buku notanya. Aku melihat lukisan bulatan yang ada jam dan nombornya. Tapi diluarnya terdapat abjad-abjad huruf mengikut susunan nombor arah jam. Bermula dari huruf A hingga L, disambung M di atas A hingga huruf X bersama nombor 0. Dan paling atas ialah Y dan Z bersama nombor 00. Aku blur namun kemudian aku nampak susunan tersebut.
“ Alphabet Clock?” soalku meminta kepastian lagi sekali. Lukisan itu aku perhati lama bersama nombor tadi. Aku boleh kata teka-teki ni agak kompleks tapi boleh difahami,
YOU ARE READING
Love Lens [ON GOING]
Storie d'amoreKau... Pernah tak sesuatu yang pelik jadi dalam hidup kau? Aku pernah, Nak tahu? Semuanya bermula bila aku cuba buat trend TikTok. Sebagai jurugambar, aku memang selalu ikut arus video yang jadi trend. Aku cari subjek fotografi yang masuk dengan tr...
![Love Lens [ON GOING]](https://img.wattpad.com/cover/351068704-64-k518920.jpg)