15

18 3 0
                                    

" Once the heart get to heavy with pain,
People don't cry,

They just turn silent,
Completely silent..."

@@@

Naratif Mayaa;

“ Maksud kau badan Najdee dah dipindahkan? Dekat mana? Aku boleh melawat ke?” soalku risau di talian bersama Salwa. Aku melihat sekilas Najdee yang berada di kamera sebelah aku.

“Kau tak boleh, sebab tempat ni tempat persendirian. Abang Long aku tak bagi sesiapa datang. Kawalan ketat,” Aku terjeda. Sampai macam tu sekali?

“Kalau situasi buatkan aku terpaksa lawat badan dia, macam mana?”soalku lagi.

“Kalau situasi jadi macam tu, pastikan bagitahu aku. Aku cuba cari jalan. Owh, bagitahu abang aku yang Abang Long dapat kesan nama kumpulan pembunuh dia,”

“Apa namanya?”

“IBLIS,”aku tercengang mendengar nama itu. Seriuslah nama dia iblis? Buruknya nama. Siapa yang bagi nama? Kalau aku nama glam aku bagi. Ni iblis? Pft!

Aku memberitahu semuanya pada Najdee. Najdee hanya mengangguk sebagai respon tanpa rasa terkejut. Aku sedikit pelik dengan reaksi yang seolah tidak endahkan maklumat baru itu.

“Kau tak terkejut?” Najdee menggeleng kepalanya.

‘aku dah tahu tentang nama tu dalam tempoh aku jadi roh, suruh Salwa cari tentang kedudukan markas diorang sekarang dan cari tempat jangkaan markas diorang seterusnya, cari buruj mana yang diorang guna,’ aku mengangguk.

“ Buruj? Banyak tu dah dia tahu? Hah, Najdee memang akan jadi Najdee."  Salwa tergelak sarkastik.

"Aku dah agak abang aku dah tahu. Okaylah, nanti aku mesej kau semua yang lagi terperinci. Ada apa-apa yang kau perlu bagitahu aku sebab aku tak boleh ikut kau. Kalau aku pergi ikut kau, badan Najdee tak terjaga dan ada kemungkinan dia kena culik. Maaf tau?”

“Faham, tak apa aku sanggup demi kekayaan aku,” Salwa tergelak mendengar alasan aku.

“Kau tahu, aku perasan sebenarnya kau tolong bukan sebab duit pun. Aku tak tahu alasan kau sebenarnya tapi aku nak cakap…terima kasih, Mayaa.” Suara Salwa sedikit menjauh. Aku tersenyum simpul.

“mana ada, aku memang buat sebab duit ya,” aku cuba menafikan.

" Owh, nanti aku kena pergi Melaka, kotak tu bagitahu destinasi kunci seterusnya dekat situ," aku menyambung perbualan.

" Noted, nanti semua barang keperluan aku sediakan. Bagitahu kalau ada barang tambahan yang kau nak. Kereta pun aku sediakan,"

" Bagi kereta best tau!" Aku sempat meminta. Salwa tergelak kecil.

“Dahlah, bye. Assalamualaikum,” perbualan kami berakhir.

“Waalaikumussalam,” aku mematikan talian.

Telefon di tangan aku renung. Tiada mesej dari sesiapa mahupun orang yang rapat dengan aku. Perasaan aku sedikit sunyi.

Aku teringatkan Ariz, macam mana keadaan dia sekarang?

Melaka?

Keluhan kecil terlepas…
Lagi jauh aku kena tinggalkan Ariz ni... Dan berapa lama lagi aku kena menjauh dari dia?

Aku kena balik sekejap lepas ni, tapi sebelum tu aku kena telefon dia dulu.

“Najdee, aku nak buat personal call,”Aku bangun dan menjauhi kamera aku.
Nombor rumah Uncle Han aku dail.

Love Lens [HIATUS] Where stories live. Discover now