" dunia realiti kadang menyakitkan,
kerana itu kadang kita berpindah ke alam yang tidak wujud,
alam imaginasi.
Di situ kita boleh bermimpi dan melupakan realiti"@@@
Sampai sahaja ke dalam rumah, aku menarik nafas lega. Terus lupakan perkara pelik tadi. Orang kata benda negatif jadi dekat kerja jangan bawa balik rumah. Nanti hidup rumah tangga tak harmoni.Nasihat ini valid, sebabnya sebagai orang tak berumah tangga yang dah perhatikan banyak tangga roboh, aku perlu ingatkan. Tak ada kena mengenakan nasihat aku? Alah...lagipun aku malas nak fikir apa aku patut buat kalau aku tahu lelaki tadi hantu sekali pun.
" Kakak!!!" Tubuh aku terhenjut dipeluk erat seorang budak lelaki berumur 20 tahun. Mata aku yang tiada perasaan tadi berubah lembut.
" Kakak! A-Ariz ada lukis ha-harimau" tergagap suara Ariz. Ariz ada penyakit gugup dan lambat belajar. Perkembangan otak dia lambat. Aku sedar masalah ni dari dia kecil.
Tapi...
Disebabkan penyakit inilah ibu tinggalkan kami berdua lepas ayah meninggal. Inilah sisi gelap aku yang mungkin membosankan bagi sesetengah para pembaca. Jadi berat untuk aku ceritakan. Taklah sedih sangat cerita aku. Kan? Orang lain punya ujian lagi berat.
Tak dinafikan aku sayang gila dekat Ariz sangat walaupun dia macam ni. Tak boleh bayangkan hidup aku tanpa dia. Aku yang jaga dia dari dia kecil sampai sekarang.
Kepalanya aku usap dan kertas yang mempunyai lukisannya aku ambil.
" Cantiknya harimau Ariz! Ni kena belanja ais krim ni. Tapi...kerja yang kakak bagi dah siap?" Soalku, Ariz mengangguk laju dan menunjukkan soalan matematik bertaraf sekolah rendah pada aku. Aku memeriksa kerjanya teliti.
"Bagusnya! Semua betul! Disebabkan Ariz good boy hari ni, petang ni kakak keluar beli ais krim," Hidung Ariz aku cuit sekejap. Terus Ariz melompat gembira.
" A-Ariz nak b-belajar raj-rajin- rajin! Ariz nak pan-pandai! A-Ariz sayang ka-kakak!" Ariz berlari memasuki biliknya sambil menyanyi riang.
Aku tersenyum lebar dan menuju bilik aku. Beban hati aku terasa sedikit ringan dengan tingkah Ariz. Terlupa resah hati aku tadi.
Terima kasih Ariz...
@@@
Pintu bilik aku tutup.Beg aku diletakkan atas kerusi dan kamera aku diletakkan atas meja. Aku ambil laptop aku dan setelah itu aku pindahkan gambar dari kamera ke laptop, aku melihat gambar tadi. Setiap gambar aku perhatikan sampailah ke gambar lelaki tadi.
Satu persoalan tiba-tiba muncul sekali lagi,
siapa lelaki tadi?
Menghilang macam hantu. Hantu ke? Tapi kamera aku ada gambar dia jelas macam gambar manusia betul. Tak berupa hantu. Kalau gambar ni ditunjukkan pada orang lain pun memang orang kata dia manusia bertaraf model.
Aku menuju website Twitter dan muat naik gambar lelaki tadi.
'Dia manusia ke hantu?' ayat yang aku letak dalam caption post aku. Beberapa saat kemudian respon orang lain keluar.
YOU ARE READING
Love Lens [HIATUS]
RomanceKau... Pernah tak sesuatu yang pelik jadi dalam hidup kau? Aku pernah, Nak tahu? Semuanya bermula bila aku cuba buat trend Tik tok. Sebagai jurugambar aku memang akan ikut arus video yang jadi trend. Aku cari subjek fotografi yang kena dengan trend...