30

51 4 0
                                    

" You so down to earth,
And I'm up in the star,
So show me the sea,
And I'll take you to the mars,"

@@@

WARNING DISCLAIMER: THIS CHAPTER MAY CONSIST CONTENT THAT CAN TRIGGER TRAUMATIC FEELING. READ AT YOUR OWN RISK.

H hanya beriak tenang dengan kehadiran seorang lelaki tua di hadapannya.

" Ya betul...terpulanglah awak nak buat macam mana saya akan sentiasa sokong dari belakang," sopan nada H itu berkata pada si lelaki tua.

" T-terima kasih sangat-sangat," lelaki tua itu pula tersenyum hingga ke telinga saat mendengar kata-kata H itu.

" Oh, Itu tak ada hal. Ah...lupa pula! Nanti ikut kawan saya pergi laman belakang rumah ni tau, saya ada sediakan hadiah besar untuk awak, kawan saya tu tengah tunggu depan pintu,"

" baik-baik..." sejurus mendengar perkataan 'hadiah' lelaki tua itu tertunduk-tunduk berterima kasih dan laju berlari keluar dari bilik itu dengan sengihan besar.

Krekkk! Bum!

Bunyi pintu biliknya ditutup rapat. Selepas si lelaki tua itu keluar sepenuhnya, terdengar sorakan gembira dia di sebalik pintu.

H kemudian bangkit dari duduknya dan tersenyum misteri.

"satu...," langkah pertamanya diambil menghampiri jendela. Matanya dikelip kejap memberi ruang jeda.

"dua...," lengan bajunya pula dilipat hingga ke bahagian siku.

" tiga-

" AARGH!!!"

Laungan garau yang kuat dari halaman belakangnya kedengaran. Langsirnya disingkap dan matanya tajam melihat ke bawah dari jendelanya.

Matanya melihat kulit lelaki tua itu sudah tersiat, isi perutnya terburai, kakinya sudah hitam dan wajahnya sudah hilang ditoreh. Darahnya terpancut-pancut keluar dari pelbagai salur. H tergelak kecil kemudian senyum sumbingnya terbit.

Melihat yang si lelaki tua itu masih menggelupur, H kemudian mengambil satu botol hitam dari laci mejanya. Dia melihat botol itu tanpa sebarang riak wajah dan kemudian dibawa botol itu ke arah tingkap.

Jendela dibuka, penutup botol dibuka dan akhirnya isi dalam botol itu dicurah perlahan-lahan. Senyumnya perlahan-lahan melebar.

" Ar- argh..." sayup kedengaran suara tangis lelaki tua itu meraung kesakitan.

" seronoknya tengok dia menari macam ikan, tapi lagi seronok kalau dia menari lagi lajukan, tak apa, biar saya tolong betulkan tarian awak..." bisik lelaki itu pada dirinya sendiri dan dia mencurahkan kesemua isi dari botol itu.

Badan lelaki tua itu semakin menggelupur teruk dan isi perutnya terhakis perlahan dan beberapa saat kemudian pergerakan dia perlahan-lahan hilang.

" Ah..., dah mati ke? Bosannya..." nadanya bersahaja dan pantas dia menjeling ke bahagian belakangnya. Wajahnya yang tadi tersenyum kembali beku.

" How is it?" tenang nadanya.

" Masih tak jumpa, kami jumpa pergerakan dia tapi tak ada tanda-tanda formula itu sedang dicari. Macam tak ada sesiapa yang tahu kewujudan formula tu," senyum yang tadinya hilang diukir kembali dengan riak seram. Setapak-setapak kasutnya melangkah ke arah anak buah kesayangannya. Pipi si anak buah diragut 'lembut'.

" Iblis...tak lemah, kau faham? Alasan macam tu aku tak boleh jual tau. Cari lelaki tu sampai jumpa," seiring bisikan di telinga itu, kukunya yang menusuk dalam cengkaman di pipi itu dikuatkan sehingga muncul luka merah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 16 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love Lens [HIATUS] Where stories live. Discover now