" orang melihat merah
itu dengan pelbagai rasa,
amarah,
semangat,
tragedi berdarah,
tapi aku hanya satu...
iaitu malu,
Saat bertembung dengan dikau,"@@@
Naratif Mayaa;Dah berapa kali aku menggeleng kepala pada Najdee saat mendengar permintaan dia,
" Kau gila nak aku berlakon jadi tunang kau? Memang taklah! Dahlah aku tengah penat lagi, terus ada kerja? Aku nak rehatlah!"
Gila ke? Nak berlakon jadi tunang dia pula. Nanti macam-macam masalah pula aku kena menghadap.
' Please...?' sekali lagi Najdee membuat muka macam kucing minta makanan. Ergh! Aku menggigit bibir melihat matanya. Dia buat muka dia lagi....
' please...please...? Kau je aku boleh minta tolong. Tak susah pun, ' keluhan berat aku bagi. Sebenarnya dah lima belas minit dia merayu pada aku. Kalau kau tanya kenapa aku tak tutup kamera je, masalahnya setiap kali aku buka kamera dia buat jumpscare dengan aku! Aku nak puasa dengan kamera aku tak boleh sebab aku jurugambar. Gambar aku yang diambil sepanjang perjalanan ke kamera aku kena pindahkan dalam laptop. Nanti storage penuh aku tak boleh tangkap gambar esok.
Najdee berkali-kali merayu pada aku dan langsung tak putus asa.
" Okay, boleh, tapi aku bagitahu awal-awal yang aku tak reti berlakon. Kalau jadi apa-apa jangan salahkan aku, serius aku tak pandai berlakon,"
' Yes! Tentang tak reti berlakon tu jangan risau. Aku yakin perempuan tu buta tak perasan kau berlakon. Sekarang ni aku terang apa kau kena buat dulu,' dia duduk di hadapan aku dan mula bercerita dengan semangat.
" Hmm, baik cepat cerita," jawab aku acuh tak acuh.
'tengah malam ni perempuan tu akan keluar dari bilik dia, bilik nombor 307. Kau bersedia tau buat-buat terserempak dengan dia, dia gerak ke majlis dia pukul 12, pukul 10 aku agak dia dekat butik hotel ni untuk temu janji berhias dengan tempahan baju.
'Tugas kau bila terserempak dengan dia, kau kena tunjuk yang kau seorang kaya dan hubungan tunang kita renggang. Untuk bukti nanti kita bagi gambar kita berdua. Tangkap lepas ni. Jangan risau kalau kau rasa dia tak kisah tentang pertunangan kau dengan aku, sebab dia akan ambil kisah dengan apa-apa berkaitan dengan aku.
Lepas tu, kau kena berborak dengan dia sampai dia tertarik untuk jemput kau ke majlis dia seterusnya. Yang ni kau kena hati-hati sebab kau kena ingat yang dia kemungkinan berkaitan dengan kumpulan Iblis,' Selepas panjang lebar Najdee menerangkan rancangan dia, aku mengeluh dan mengangguk dengan tidak rela.
" Dah habis ke? Ada lagi?" Najdee menggeleng sambil tersengih gembira.
Jam di telefon aku tengok, pukul 9.00 p.m.
" Kalau macam tu, encik tunang palsu, tolong pilihkan baju untuk aku yang sesuai bergaya seperti orang kaya ya," aku menuju ke bagasi aku, segala baju aku di bawa keluar satu persatu sampai habis berterabur katil. Najdee tercengang melihat tindakan aku.
" Disebabkan kau kata aku kena berlakon jadi orang kaya, baju aku kena nampak macam orang kaya juga kalau nak tipu orang kaya. Owh, satu lagi! Hampir terlupa, aku bawa kad hitam kau Najdee,"
' kad hitam?'Aku tersenyum misteri dan mengeluarkan satu kad berwarna hitam bercampur emas dari poket dompet aku. Keningku diangkat-angkat dengan harapan dia terancam dengan sikap aku.
Itu kad istimewa yang aku jumpa dari rumah agam Najdee waktu aku geledah barang dia dalam rumah itu. Mana aku tahu dia ada kad tu? Salwalah siapa lagi... Dia yang suruh kebas.
YOU ARE READING
Love Lens [HIATUS]
RomanceKau... Pernah tak sesuatu yang pelik jadi dalam hidup kau? Aku pernah, Nak tahu? Semuanya bermula bila aku cuba buat trend Tik tok. Sebagai jurugambar aku memang akan ikut arus video yang jadi trend. Aku cari subjek fotografi yang kena dengan trend...