6

30 5 0
                                    

" kadangkala melepaskan lebih elok dari bertahan,
kerana kisah itu perlu diteruskan,
Walaupun ianya kisah sedih,"

@@@

“ The hell?! NAJDEE!! Apa kau buat ni?!” aku merengek memarahinya. Dia pula masih setia menggelakkan aku.

Salwa yang tadi hanya memerhati situasi pelik tadi datang membantu aku bangun. Pada matanya mungkin seperti aku sedang bergaduh dengan orang dalam talian sampai jatuh terjelepok.

“ Abang, aku tahu aku tak boleh nampak kau, tapi aku tahu kau kacau Mayaa kan tadi? Baik kau minta maaf sekarang, ” Salwa membekukan suaranya dengan gaya kakak-kakak. Matanya tajam memandang ke arah halaan lensa kamera aku.

Aku melihat Najdee berhenti ketawa dan mengangkat kedua bahunya. Aku keliru, siapa yang lahir dulu sekarang ni, Salwa ke Najdee?

“ Oii!” aku memarahi Najdee sekali lagi. Tak sangka perangai dia kebudakkan.

“ Salwa, dia buat tak endah je weyh,” aku mengadu pada Salwa.

“ Abang, aku tahu niat kau sebenarnya, kau nak distract Mayaa dari tandatangan kontrak akukan?” lepas Salwa kata begitu, Najdee akhirnya berubah serius.

‘ Clever! I can’t risk anyone life, berhenti Salwa. Jangan libatkan Mayaa juga dalam kes pembunuhan aku,’ ayat Najdee aku ucapkan sebiji yang diisyaratkan kepada Salwa.

“ Jadi aku nak biarkan kes ni macam tu je, kalau dibiarkan bukan kau saja, aku pun dengan Abang Long terjejas sekali tau!” Salwa sedikit meninggi suara.

‘ than let me handle it on my own after I awake Salwa,’

“ How?! When?! You Alone?! You have done enough for me Abang Naj! Cukup! Dan bukan Abang kata abang nak selesaikan salah faham abang dengan abang long? Abang nak mungkir janji ke?!” Salwa meletus. Aku pula yang terkejut. Wow, first time aku masuk campur masalah rumah tangga orang lain. Oh, bukan rumah tangga eyh?

Aku perhati Najdee. Najdee melihat Salwa dengan wajah sedih dan mata bergenang. Mulutnya bagai terkunci. Aku rasa janggal berada di situ. Rasa macam orang ketiga yang tak ada kerja dalam set berlakon.

Eh, serius Mayaa! Orang gaduh depan mata kau ni.

“ Please, izinkan Wa nak buat semua ni, I really need Mayaa’s help Abang.”
Najdee masih berdiam diri. Salwa memandang aku dan aku menggeleng kepala.

“ dia tak balas apa-apa,”

“ I really need you abang, tanpa Mayaa Salwa tak boleh cakap dengan abang. Kau genius, dan banyak masalah sebelum ni pun kau boleh selesaikan. Kes ini pun, aku perlukan kau abang, aku tak nak biarkan pembunuh tu berkeliaran,” Ujar Salwa separa merayu.

‘ tapi kau bahayakan nyawa kau dan Mayaa, aku tak boleh libatkan kau dan Mayaa. Tunggu aku sedar dulu,’

aku terkedu dengan ayat ' bahayakan nyawa' tersebut, nyawa aku? Aku terlibat dengan apa sekarang ni? Aku sedikit panik.

“ Apa abang kata?” Salwa bertanyaku sayu. Teragak-agak aku mengulang semula ayat Najdee. Sejurus itu kerutan di dahi Salwa jelas terlihat.

“ kau yang mula perangkap Mayaa, aku tahu kau sengaja. Kalau tak kau tak akan bagi petunjuk untuk aku jumpa Mayaa. Apa kau nak buat sebenarnya Najdee, kalau kau tak nak bahayakan Mayaa, dari awal lagi kau tak perangkap dia,” aku terkedu sekali lagi. Kau perangkap aku masuk kes bahaya ke Najdee? Tak fahamlah aku!

Najdee memandang kami sambil tersenyum janggal seperti orang tertangkap namun riak wajah dia bukannya muka bersalah. Darah aku naik melihat reaksi dia dan aku meletus.

Love Lens [HIATUS] Where stories live. Discover now