" Get out!
I need to go to my mind palace"
-Sherlock Holmes@@@
Garden Evenue.
Kami akhirnya sampai di hotel ditempah pada waktu Maghrib.
Mayaa berlenggang kangkung menunggu pekerja hotel meletakkan semua bagasi dia ke dalam bilik. Kemudian dia terduduk penat. Macam dia yang bawa beg itu semua.
" Terima kasih," ujarnya pada pekerja yang menundukkan badannya ingin berlalu keluar. Aku menyandarkan diri aku ke dinding sisi melihat keletah Mayaa yang termenung melihat barangnya.
Seketika kemudian dia bangun semula dan terjoget kecil dan menyanyi lagu gubalan dia sendiri.
" Yay,yay! Dah sampai Melaka, jangan buat dosa, nanti jodoh tua, sampai masuk neraka!"
" oops, lupa Najdee boleh tengok aku," dia kemudian kejung sendiri teringatkan adanya kehadiran aku. Aku tergelak kecil melihat reaksi dia.
Kameranya dibuka dan aku berjalan ke hadapan kamera tersebut agar dia tidak perlu terkial-kial berpusing satu bilik mencari aku.
' ya saya?' aku masuk ke ruang kameranya.
" Bagus! Dah ada depan aku. Ni aku nak bagitahu yang aku buat macam sebelum ni tau, aku bawa cermin cekung sebelum ni," cermin cekung aku yang dibuat seperti hartanya sendiri ditunjuk, aku mengangguk faham maksud kenyataan dia.
" Malam ni kau tidur dalam bilik tu, aku tidur menghadap tingkap ni," dia menunjukkan satu bilik kosong yang disertakan dalam pakej bilik hotel.
Bilik tu...terlalu kecil berbanding bilik yang akan digunakan Mayaa. Seriuslah? Macam saiz bilik stor rumah aku. Kejam betul perempuan ni.
' tak takut hantu jenguk malam ni?'riak wajahku tersengih senget dengan niat sengaja mengusik dia. Saja balas dendam.
" Apa beza hantu tu dengan kau? Kau pun hantu kan?" soalnya dengan kenyataan pedas. Matanya dijeling melihat aku.
Eh, perempuan ni! Main kasar, ya aku mengaku aku pernah buat perangai hantu sebelum ni pada dia, tapi tak perlulah ungkit. Ingat aku suka jadi hantu? Aku roh okay! Roh! Seludup masuk bilik dia malam-malam nanti baru tahu.
' well, nak aku jadi hantu betul-betul ke? Malam ni kau tengoklah, kita main sorok-sorok,' aku mengangkat kening sebelah. Mata dia membesar. Riak dia pula bukan riak yang aku harapkan.
Dia tersenyum lebar berbanding terkejut dengan ayat aku.
" Macam menarik idea kau. Jom main sorok-sorok. Kau sorok sepanjang aku tutup kamera. Aku kira sampai sepuluh lepas tu aku buka kamera cari kau," aku tak sangka isi otaknya masih kebudakkan. Ah sudah, lain yang aku maksudkan, lain yang dia faham. Aku cuba memberi alasan.
' barang kau pun kau belum kemas,'
" Well, tu nantilah! Aku nak lepaskan letih memandu," Astaghfirullahalazim, orang lain lepaskan letih dengan tidur, dia ni main. Berjangkit perangai dengan abah aku ke ni?
' Kau pergi solat dulu, kau tak solat lagi kan?' aku menyoalnya soalan yang paling penting. Bagi dia senyap sendiri.
Barulah dia terdiam mendengar soalan aku dan memuncungkan bibirnya. Menjuih pulak bibir tu, aku cium nanti baru menggelabah!
" Okay... Tapi janji kau main dengan aku lepas ni," dia masih tidak habis dengan main sorok-soroknya.
" Ya Allah!" aku meramas rambut aku geram dengan perangainya.
' Insyallah, Mayaa. Nanti aku bukan setakat main sorok-sorok dekat sini je, aku muncul main dalam mimpi kau sekali, ada lagi permintaan sebelum aku intai kau tak bertudung? ' aku melihat dia menggeleng laju bagai anak kecil.
YOU ARE READING
Love Lens [HIATUS]
RomanceKau... Pernah tak sesuatu yang pelik jadi dalam hidup kau? Aku pernah, Nak tahu? Semuanya bermula bila aku cuba buat trend Tik tok. Sebagai jurugambar aku memang akan ikut arus video yang jadi trend. Aku cari subjek fotografi yang kena dengan trend...