Bab 3

243 28 23
                                    




Aku hanya menurut ketika tangan ku ditarik oleh Qistina masuk ke dalam mall. Tidak pula aku bertanya, hanya membiar gadis itu berhenti di hadapan kedai pakaian berjenama.

Qistina menarik pelitup muka berwarna hitam ke bawah dan tersenyum kepada ku.

"Dah sampai!" jeritnya teruja.

Mulutku ternganga luas. Belum pernah menjejak kaki ke tempat ini. Paling pun baju yang aku selalu pakai hasil dari pakaian bundle yang dijual sepuluh ringgit tiga helai.

"Hish, mahalnya. Tak nak lah masuk ke dalam." Aku cuba menolak ajakan Qistina. Bukan apa, aku cuma takut menyusahkan orang. Seperti apa yang Thufail katakan pada aku beberapa hari lepas.

"Alah, untuk hari ini saja. Please..." Rayu Qistina Maisarah sambil membuat muka seposen. Aku tergelak kecil.

"Yalah-yalah."

Sekali lagi, lengan yang berbalut dengan hoodie berwarna merah ditarik masuk ke dalam kedai pakaian. Tidak sampai setengah jam, aku dan Qistina keluar sambil membawa beberapa beg kertas yang berisi pakaian. Aku pula hanya mengikuti langkah Qistina di depan. Dia terlihat seperti bebas dan gembira menjadi diri sendiri. Selalunya, dia dikeliling dengan pengawal peribadi, wartawan, dan peminat yang selalu mengikuti ke mana saja dia pergi. Tetapi, hari itu Qistina tampak bersinar-sinar.

Menjadi seorang selebriti tidak semudah yang disangka.

"Qis, boleh Lea tanya?"

"Tanyalah. Lea ada nampak muka saya nak telan orang?" balasnya.

"Apa hubungan awak dengan Thufail? Maksud Lea... dah lama ke awak kenal dia? Sebab... saya suka tengok awak rapat dengan Thufail."

Qistina menghambur tawa. Dia memandang ke arah ku.

"Hubungan?"

Qistina berhenti berjalan. Keluhan kecil berlepas seperti menampung bebanan berat dibahu.

"Entah lah, saya sendiri pun tak pasti. Kenapa Lea tanya? Lea tertarik dengan Thufail ke? Jangan-jangan..." Jari telunjuk Qistina digoncang-goncang ke arah ku.

Aku menggeleng. Jangan harap aku akan tertarik dengan mamat beruk tu, dah lah mulut pun tak berlesen.

"Lea, saya dahaga lah. Kita singgah minum dulu nak tak? Lepastu kita sambung cari barang-barang yang lain." katanya.

"Boleh juga, Lea ikut je." Aku menurut tanpa bantahan.

"Okay, let's go." Qistina terus merangkul kemas lengan ku.

Sempat aku menoleh ke belakang melihat sesusuk tubuh memakai topi berwarna merah yang berdiri tidak jauh dari kami. Sedari tadi, dia mencuri-curi pandang ke arah Qistina Maisarah. Terkadang mengetap bawah bibir sambil menggaru hidungnya, dan mengangkat kepala memandang baju-baju mahal yang tersimpan di dalam peti kaca.

Sedaya upaya aku menghalau fikiran negatif dari menembusi kotak fikiran. Tak apa, Qis selamat dengan aku.

**

Baru mahu membayar minuman yang telah kami pesan dan habiskan. Qistina Maisarah mencari-cari wallet yang tersimpan di dalam beg tangannya.

"Dah jumpa?"

Qistina mengangguk dan menunjuk dompet berwarna pink cerah.

"Jeng! Wallet ni amat bermakna bagi Qis. Hilang Wallet ni umpama hilang nyawa kedua."

"Uishh, sayang sangat dekat dompet tu. Mesti someone special yang bagi..." Kali ini, giliran ku menggoncang jari telunjuk ke arah Qistina Maisarah.

Sorry, I Like You Encik Bodyguard [C]Where stories live. Discover now