Bab 17

173 19 5
                                    





"Lea? Oh my god! you look so beautiful." Puji Qistina melambung tinggi.

Aku hadirkan sengihan palsu di bibir.

"Ma... mana ada! Qis, saya minta maaf sebab tak dapat berikan awak apa-apa. Tapi, saya cuma dapat berikan yang ini..." Teragak-agak aku menghulurkan beg kertas kepada Qistina.

Qistina pantas menyambar, dan menarik ku ke dalam pelukannya.

"Terima kasih, Lea!"

Aku menepuk bahu nya. Seketika, tubuh kecil ku tenggelam dalam pelukan Qistina yang jauh lebih tinggi berbanding aku.

Aku tersengih lagi sebaik pelukan dileraikan.

"Tak perlu nak susahkan diri awak, Lea. Awak hadir ke majlis ini kira dah mencukupi bagi saya." ujar Qistina.

Sinaran matanya bagai menyimpan kesedihan yang tidak terucap. Biarpun tertutup dengan solekan, aku tahu dari matanya hitam Qistina. Mata itu tidak pernah menipu ku.

"Qis, awak okey ke? Awak ada apa-apa masalah?" tanya ku, prihatin.

Qistina menggeleng perlahan sambil tersenyum.

"Don't worry about me,"

Meja-meja panjang yang tersusun rapi di dalam dan luar rumah menempatkan berbagai jenis makanan serta minuman. Tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan sekerja, saudara terdekat, dan keluarga, kelihatan bergaya dalam pemakaian suit serta jubah labuh bagi wanita yang bertudung. Sebiji macaron berwarna merah jambu aku suap masuk ke dalam mulut. Sememangnya, Qistina tahu aku menyukai manisan dari negara Perancis ini.

Kemudian, air anggur aku teguk dengan perlahan sambil mata melilau keadaan sekeliling. Ke mana perginya Qistina?

Dia berkata kepada aku sebentar tadi, sesi pemotongan kek akan bermula. Dan dia meminta aku untuk menunggu di sini sementara dia berbicara sesuatu dengan Ayahnya. Tak lama, Qistina berlari ke arahku bersama senyuman melebar di wajahnya.

"Lea!" jerit Qistina.

"Papa aku.... papa aku dah restui hubungan aku dengan Jihan!" beritahu Qistina penuh teruja.

Aku turut tersenyum dan tumpang gembira atas berita baik yang baru disampaikan oleh Qistina.

"Rupanya-rupanya selama ini, papa memang dah berniat nak jodohkan aku dengan Jihan. Aku je yang tak tahu, bodoh sangat kan..." Qistina tergelak kecil di hujung kata.

"Ya Allah, Lea... aku rasa macam... macam tak percaya. Sumpah! Aku tak sangka Papa aku yang rancang semua ini,"

"Jodoh awak dengan Jihan kuat sangat tu, sampai Papa awak pun tak boleh nak buat apa-apa." tambah ku lagi.

Bibir Qistina menjuih pula ke arah Thufail yang sedari tadi asyik mencuri pandang ke arah kami.

"Psst... Lea, Ayil single lagi tu. Apa macam? Pergi lah isi." bisik Qistina perlahan sambil menyiku lengan ku.

"Amboi, sedap nya mulut kau mengata. Mentang-mentang dah dapat green light, nak kenankan aku dengan mamat tu? Jangan harap aku nak dekat dia." balas ku acuh tak acuh.

"Hish, kau orang berdua ini. Aku... sebagai orang yang paling berjaya dalam hubungan percintaan, kenalah bantu kau untuk dapatkan cinta sejati."

Aku membuang muka mendengar kata-kata dari Qistina. Mustahil, jauh sekali dari bayangan dia akan tertarik pada aku.

Tidak. Akan.

Kerana dalam hati Thufail, sudah terisi satu nama yang takkan terganti.

"Lea... Lea dengar tak ni?" Qistina menggoncang manja lengan ku.

Sorry, I Like You Encik Bodyguard [C]Where stories live. Discover now