Bab 8

210 19 25
                                    




Semoga kita dipertemukan semula

Missing star

Aku harap kau baik-baik saja

Missing star

Tunggu aku, boleh tak?

Missing star




24 Julai, 2023

Setiap hari aku pergi ke rumah lama itu. Menghantar sepucuk surat bersama lipatan kapal terbang kertas. Dengan harapan, surat itu berbalas. Namun hampa. Hasilnya tetap sama. Peti surat berwarna merah di tepi pagar sudah dipenuhi dengan surat-surat ku. Ada yang terjatuh ke bawah, dibasahi embun, dan hilang begitu saja. Peti surat aku buka. Bermacam jenis warna kapal terbang kertas yang aku lipat. Sedikit pun tidak pernah terusik begitu juga dengan surat ku yang tidak pernah berbalas.

Isinya cuma sebaris perkataan. Tidak panjang, tidak pendek. Hari ini pula aku datang ke tempat yang sama. Masih menaruh harapan.

Selamat ulang tahun, si gemuk

24 Julai

Genap dia berusia 25 tahun, tak silap. Aku dan dia beza dua tahun sahaja. Itupun jaraknya seperti terlalu jauh bagiku. Aku masih ingat, dia pernah berkata kepada aku. Dia akan tunggu aku depan rumah untuk bertukar kapal terbang kertas. Tetapi pada hari itu, hari terakhir aku melihat dia. Harapan untuk meluahkan perasaan yang kian bercambah di dalam hati, pudar begitu saja. Digantikan pula dengan rasa kecewa.

Aku tersenyum hambar. Walau di mana pun dia berada, aku cuma berharap dia baik-baik saja.

Tidak seperti aku. Masih menaruh harapan pada yang belum pasti.

Langkah ku atur ke arah motorsikal yang elok terparking di hadapan rumah. Seketika berlalu, motor EX5 kepunyaan arwah Ayah meluncur perlahan meninggalkan kawasan rumah bertingkat dua itu.

Hari ini aku putuskan untuk kerja shift penghantar makanan Foodpanda. Bermula dari pukul 8.30 hinggalah ke pukul 14.30. Selepas itu, barulah aku pulang ke restoran ayam goreng dan bekerja sebagai pelayan.

Ting!

Aplikasi yang diguna untuk menerima pesanan dari pelanggan aku buka. Terdapat empat pesanan dari lokasi berbeza-beza.

Accept.

Tanpa membuang masa, aku memulakan kerja ku sebagai penghantar makanan separuh masa.

***

24 Julai, hari yang amat bermakna bagi ku. Entah mengapa firasat hati ku kuat mengatakan bahawa si gemuk juga sedang menunggu ku. Namun, terpisah kerana masa.

Aku senyum lagi. Pesanan terakhir aku terima. Lokasi seterusnya ialah gelanggang bola keranjang.

Pintu berwarna kelabu aku tolak. Dari jauh aku dapat melihat sekumpulan lelaki sedang bermain. Kemudian, mataku tercari-cari pelanggan yang memesan dua kotak ayam goreng Marrybrown. Tupp! Aku terhenti pada seorang wanita yang lengkap memakai jersey bola keranjang, dan menutupi kepala dengan cap hitam. Dia melambai-lambai ke arah aku. Tanpa menunggu lama, aku datang mendekat sambil melemparkan senyuman.

Sorry, I Like You Encik Bodyguard [C]Where stories live. Discover now