Bab 12

203 16 61
                                    




"Misi pertama kau boleh cuba dengan cara... Entahlah. Aku pun tak tahu."

Mendengar kata putus dari ku. Keluhan kecil berlepas dari Thufail serentak dia bangun dan mengusutkan rambut.

"Otak kau ni tak boleh pakai lah! Aku suruh kau fikir, fikir Lea. Itupun susah sangat ke?" Terus-terus dia menghambur kata tanpa mengira perasaan ku.

Aku bangun dari tempat duduk. Mataku tajam menikam ke dalam matanya. Sedaya upaya, aku menghalau rasa sakit.

"Kau yang suka dekat dia. Kenapa aku pula yang kena fikir? Soal hati dan perasaan kau tak boleh bawa main, Fail. Kau kena fikir sendiri."

"Tak semestinya apa yang aku fikir kena dengan kau." sambung ku lagi.

Bukan tidak mahu menolong, aku sendiri yang menawar diri. Cuma bila melibatkan idea-idea luar angkasa, aku cuma takut... idea yang aku fikir tidak membuahkan hasil.

"Alasan!" Thufail menjeling dan melipat kedua tangan di dada.

"Alasan? Macam ini perangai kau nak pikat hati anak dara orang?" Aku menggeleng kepala. Tampak kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Thufail. Betul-betul berbeza dengan si gemuk yang aku kenali dulu.

"Bengap!"

"Losers!" balas ku.

"Lembab!"

"Badak mulut itik!"

Thufail tergelak hambar. "Damn it! Sejak bila pula ada badak bermulut itik?"

"Sejak kau dilahirkan ke dunia ini." balas ku putus.

"For now... apa yang aku patut buat? Aku rasa..."

"Rasa apa? Rasa nak menangis?" sambung ku.

"Aku akan pikat dia dengan...."

*********

"Kau nak buat apa dengan bunga palsu ni? Bukan boleh buat apapun."

Aku menjatuhkan duduk di sebelah Thufail. Di sebatang pokok mati yang disajikan dengan pemandangan birunya laut. Gerimis tipis berhenti seketika. Langit masih lagi berwarna kelabu. Masih menampung air hujan. Dan bila-bila masa saja akan turun membasahi bumi.

"Sibuklah kau!" balasnya acuh tak acuh. Tangannya pula bergerak-gerak membengkok kan dawai.

"Fyi, ni bukan bunga palsu," sambungnya lagi. Aku langsung tergelak. Bukan tidak tahu, cuma aku sengaja berpura-pura. Dapatlah aku mengusik si gemuk.

"Kau petik bunga mana ni? Tak cantik. Confirm Qis tak suka."

"Belum cuba belum tahu, losers!"

"Ok. Kau tunggu..."

Segera aku bangkit dari tempat duduk dan berlari anak menuju ke rumah. Kelibat Kak Faridah aku cari.

"Kak idah! Kak idah!"

"Hmm. Ada apa Lea?" Kak Faridah bertanya. Aku melemparkan senyuman penuh makna di muka pintu bilik. Kak Faridah pula menyarung tudung dan bingkas bangun dari atas katil.

"Maaflah kalau Lea menganggu. Boleh tak kalau..."

Aku mengesat peluh dan berhenti seketika. Kemudian, langkah ku atur mendekati Thufail lalu kembali ke tempat asal. Aku menghulurkan jambangan bunga mawar putih yang aku dapat dari kedai bunga milik kawan Kak Faridah. Mujurlah ada.

Thufail mengerling ke arah aku. Aku menarik nafas sambil tersenyum kecil.

"Nah."

"Mawar putih melambangkan kesetiaan dan kemurnian cinta seseorang." jelas ku lagi.

Sorry, I Like You Encik Bodyguard [C]Where stories live. Discover now