Bab 18

176 17 14
                                    





"Aiman... apa aku nak buat sekarang ini? Aku rasa macam nak larikan diri dari semua orang, dan tinggal dekat tempat yang tak ada sesiapa akan tahu." Keluh ku. Kasut kaca aku pandang penuh sesalan.

"Apa aku nak buat ini?"

"Lea, stop! You need to calm down." arah Aiman.

Aku menjeling ke arahnya, masa-masa ini pula dia suruh aku bertenang.

"Aku tak boleh! Aku rasa macam..."

"Lea, listen to me... just close your eyes. Take a deep breath, hold it for five second, and exhale. Feel better?"

Aku berbuat seperti apa yang diarahkan oleh Aiman.

"Man... lama lagi ke?"

"Lama lagi apa?"

"Lama lagi ke nak tahan?"

"Ya Allah, Lea..." Aiman mengucap panjang.

Aku buka mata. Dada turun naik mencari nafas.

"Sikit lagi aku nak mampus."

"Saya suruh awak tahan selama lima saat, bukannya suruh awak tahan sampai malaikat maut datang." Aiman menggeleng perlahan.

Aku hanya tergelak kecil.

"Now, tell me. Apa yang dah berlaku?"

Keluhan kecil berlepas bila soalan itu diajukan kepada ku. Mahu tidak mahu aku menceritakan setiap kejadian yang berlaku hari ini kepada Aiman. Mungkin, dia tidak dapat membantu. Sekurang-kurangnya aku ada tempat untuk berkongsi cerita.

"Masalah berat ini..."

"Kau pun fikir macam apa yang aku fikir, kan?"

Pilihan yang aku ada sekarang ialah mengelak dari bertemu dengan Thufail mahupun Qistina. Aku rasakan... tali persahabatan ini tidak akan berkekalan panjang.

"Tak. You need to face it. Awak perlu berani, Lea."

"Berani apa pula?" Aku menyoal tidak puas hati. Ingatkan, Aiman berfikiran sama seperti aku. Rupanya tidak. Aku sajalah yang berfikiran untuk melarikan diri daripada menghadapi mereka bertiga.

"Cuba awak lihat dan baca tulisan di bawah tapak kasut kaca itu."

"Sekarang?" Aku menyoal lagi. Aiman menjuling mata ke atas.

"Taklah, esok."

"T&T?"

"Apa maksudnya?"

"Thalia dan Thufail. Keluarga Dato Taufiq dikenali dengan nama 'The T Family' Bermula dari Tuan Taufiq, Aunty Tiana, Thufail, dan arwah kakak dia. Thalia," jelas Aiman.

"Hah, iyalah! Baru aku perasan. Lepas tu?"

"Pada ulang tahun Thufail yang ke 18, arwah Thalia meninggal dunia selepas menyelamatkan seekor anak kucing dari dilanggar kereta. Sejak dari itu... Aunty Tiana menamakan semula butiknya ke T&T, sempena nama Thufail dan arwah Thalia."

"Dan... dress yang awak tengah pakai ini, merupakan dress yang direka khas untuk arwah Thalia. Tapi, Aunty Tiana tak dapat nak tengok Thalia pakai."

"Allah... aku rasa bersalah gila sebab pakai dress ni." Terus-terus aku menyalahkan diriku.

"Awak jangan fikir macam-macam, Lea. Lagi pula..."

Sorry, I Like You Encik Bodyguard [C]Where stories live. Discover now