Bab 11

207 18 25
                                    



Langit malam mula jernih. Bintang-bintang yang bertaburan semakin pudar. Ayam berkokok menandakan hari sudah pagi. Di ruangan dapur, selesai menunaikan solat fardhu subuh. Dengan senang hati aku sibuk-sibuk membantu Nek Nani, Makcik Izzah dan Makcik Lena. Memandangkan pada pagi itu mereka bertiga menyiapkan kuih muih, mi goreng, dan teh panas untuk dijadikan sebagai santapan pagi.

Tugas ku pula? Sekadar membasuh periuk, loyang, dan lain-lain yang diguna pakai oleh mereka bertiga sambil tangan ku bergerak-gerak menggosok periuk. Sudah menjadi kebiasaan semasa bekerja di restoran ayam goreng Uncle Chong.

Setelah siap, meja yang dikelilingi kerusi-kerusi kosong mula di duduki oleh mereka.

Onde-Onde, donat bersalut gula, dan mi goreng dihidang bersama teh panas.

Aku mengambil tempat duduk di sebelah Suria lalu mengaut mi ke dalam pinggannya.

"Terima kasih, Kak Lea." ucap Suria. Aku mengangguk tanpa suara.

"Hah Qistina... lepas ni kamu rancang nak pergi ke mana pula? Cuti kamu masih berbaki dua hari kan? Bawalah kawan-kawan kamu jalan keliling kampung," ujar Tok Eizul. Nek Nani di sebelah mengangguk tanda setuju.

"Ada eloknya juga tu bang. Lagipun dah lama Qistina tak pulang ke kampung, sekali sekala luangkan lah masa tu. Jangan sibuk sangat dengan dunia hiburan," tambah Nek Nani.

Qistina belum memberi kata putus. Tetapi, dapat dilihat dari wajahnya sudah ceria dengan senyuman.

"Baik. Qis akan bawa dia orang jalan-jalan keliling kampung. Banyak tempat menarik yang dia orang belum tahu,"

Usai berkata, Qistina memandang ke arah aku. Begitu juga dengan Thufail.

Cepat-cepat aku hadirkan sengihan palsu dibibir.

"Maaf, Lea tak dapat pergilah. Lea rasa tak sedap badan."

"Kenapa? Lea demam ke?" soal Makcik Izzah cemas.

Kak Faridah menghembus nafas. Orang tua di sebelahnya ini suka sangat risaukan keadaan orang lain. Padahal, diri sendiri belum tentu terurus.

"Buk... bukan macam tu." Aku berhenti berkata. Fikiran ku kosong. Entah alasan apa lagi yang patut aku suarakan.

"Tak apa. Kita orang bertiga pun dah cukup," Thufail mencelah. Aku terangguk-angguk.

"Haah. Kau orang bertiga pun dah cukup." Aku berkata perlahan, terdapat nada kesal di hujung kata.

"Three of us? Nope. Lea kena ikut juga." kata Jihan bernada keras. Jihan di sebelah dikerling sekilas oleh Qistina.

"Awak... Lea tengah sakit tu!"

"Betul tu! Lea rasa tak sihat." sampuk aku pula. Secara tiba-tiba hidung ku berdarah semula. Seolah menunjukkan bahawa aku sedang sakit.

"Ya Allah, Lea!" jerit Nek Nani. Dia terbangun dari duduk sebaik melihat cecair merah laju saja keluar dari lubang hidung ku.

Cepat-cepat aku mengesat kasar dan beriak seperti biasa. Seolah tiada apa yang berlaku.

"Jangan risau. Benda ni akan berlaku bila Lea tak cukup rehat." Padahal, aku sendiri tidak tahu mengapa perkara sebegitu terjadi kepada diriku.

"Macam tu rupanya..." Nek Nani kembali ke tempat asal.

"Lea okey ke? Nak Akak bawa pergi ke klinik?" Kak Faridah turut merisaukan keadaan ku.

Aku menggeleng. Menolak sekerasnya. Cukup-cukuplah Thufail cakap aku menyusahkan dia. Dan sejak hari itu aku bertekad aku takkan susahkan orang.

"Lea cuma perlukan rehat," aku berkata.

Sorry, I Like You Encik Bodyguard [C]Where stories live. Discover now