Bab 16

173 15 2
                                    



Aku merenung malas buku di atas meja. Lembaran putih tanpa tulisan tangan. Hot Chocolate yang di pesan sudah hampir separuh. Kemudian, bebola mata bergerak pula pada dua orang lelaki yang hanyut di dalam dunia sendiri. Thufail sibuk memberi arahan, manakala lelaki yang bernama Emir menaip sesuatu di atas laptop. Entah apa yang mereka berdua lakukan sehingga dahi Thufail berkerut.

"Lama lagi ke nak siap?" Aku menyoal malas.

Kalau aku tahu kehadiran ku tidak diperlukan, ada baiknya aku pulang ke rumah dan menikmati semangkuk mi segera.

"Ok, dah siap!" Emir berkata putus. Mata ku membesar terus.

Finally! Dah boleh balik rumah.

"Kau rasa boleh jadi ke ni?" Thufail menyoal ragu-ragu. Bimbang rencananya tidak berhasil.

"Aku yakin, kali ni confirm Qis break up."

Aku menjulingkan bebola mata ke atas. Tak habis-habis lagi rupanya.

"Kau orang nak buat apa sebenarnya ni?" Giliran aku untuk bertanya. Thufail menguak rambut ke belakang.

"Sibuk je. Kau apa tahu?"

"Eleh, aku tanya elok-elok."

Hot Chocolate yang tidak lagi panas aku teguk sampai habis. Buku nota aku tutup, dan isi semula ke dalam beg. Baru mahu melangkah pergi, Thufail menahan.

"Eh, tak ada-tak ada. Kau kena tunggu sini, sampai kita orang habis." ujar Thufail. Aku pandang wajah cerah itu silih berganti dengan Emir.

Biar betul? Apa kena mengena aku dengan Emir?

"Argh! Tak ada- tak ada. Aku kena pergi juga." Aku masih tetap dengan pilihan ku.

"No means no, Lea. Kau dah janji dekat aku. Takkan kau lupa kot?"

"Ok!"

Mahu tidak mahu aku kembali di tempat asal. Kembali bermain telefon sambil menunggu mereka berdua selesai mengedit gambar.

Satu jam kemudian barulah mereka siap mengedit gambar. Sedar tak sedar hampir-hampir aku terlelap di situ. Hampir menjatuhkan lelehan air liur di atas meja. Kepala aku angkat, mata terbuka luas. Thufail kelihatan bersemangat dari sebelumnya. Tempat duduk Emir pula sudah kosong. Mungkin, sudah pulang. Teka ku saja.

"Nak buat apa lagi lepas ni?" Aku menyoal. Mata digosok berkali-kali, mulut dikatup saat melepas kantuk.

"Erm... hantar dekat Qis lah, nak buat apa lagi?"

"Ma... maksud kau gambar tu?" Tergagap-gagap aku menyoal. Mustahil.

Gambar yang baru ditunjukkan oleh Thufail buatkan aku telan air liur berkali-kali. Mulut ternganga luas, mengundang lalat masuk ke dalam. Aku geleng kepala. Tak, aku tak sampai hati. Aku tak sanggup nak hancurkan hubungan di antara Qistina dan Jihan. Aku belum bersedia melihat Qistina menangis. Kali ini betul-betul diluar jangkaan ku. Tak sangka, Thufail berani mengambil risiko.

Gambar Jihan berpelukan dengan seorang wanita. Padahal, wanita yang dipeluk oleh Jihan ialah kakak sepupu nya sendiri. Tetapi, di ubah ke wajah seorang artis terkenal. Mawar Reeyana.

"Aku..."

Aku tidak mampu berkata apa-apa. Thufail di hadapan sudah tersenyum memikirkan sesuatu. Tidak menunggu lama, gambar yang di edit oleh Emir di hantar terus ke nombor peribadi Qistina Maisarah. Di sebar ke media sosial dengan kapsyen.

Curang, teman lelaki artis terkenal tanah air mengaku mempunyai hubungan sulit.

"Thufail kau dah bodoh ke apa?" Aku mengetap bawah bibir. Rambut yang sedia kusut diusap ke belakang. Bukan saja Qistina yang akan menerima kesan buruk dari itu. Jihan dan Mawar juga sama. Mereka bertiga tidak tahu apa-apa. Tetapi, di seret ke dalam permainan.

Sorry, I Like You Encik Bodyguard [C]Where stories live. Discover now