Bab 23

445 20 31
                                    

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Aku dan Thufail telah selamat diijab kabul pada dua hari lepas. Majlis persandingan diadakan secara kecil-kecilan saja. Hanya saudara terdekat, serta rakan-rakan yang dijemput.

Inai yang masih merah di tanganku, ku pandang lama. Macam tak percaya apa yang aku lalui selama ini. Bertahun lamanya aku menunggu, dan aku juga ditunggu.

Rambut yang melekat pada sikat aku cabut. Penyakit yang aku hidap, jarang ditemui dan tidak mempunyai cara untuk menyembuhkannya. Aku reda jika itu kehendak takdir. Tapi...

Aku pandang ke arah gambar kahwin yang terletak elok di atas meja sebelah katil. Sangupkah aku tinggalkan dia? Lelaki yang baru bergelar sebagai suamiku? Bahu ku jatuh melepas keluhan. Hidup ku bagaikan tidak mempunyai sinar harapan, tetapi kehadiran Thufail a.k.a si gemuk berjaya merubah hidupku.

"Sayang?"

Thufail menghampiri dan mendakap tubuhku dari belakang. Rambut yang baru selesai dikeringkan dihidu oleh Thufail.

"Wanginya isteri abang..." puji Thufail.

Aku senyum dan berpusing menghadap Thufail. Hidungnya aku cuit.

"Hensem-hensem nak pergi mana?"

"Nak ngorat isteri abang lah." jawab Thufail laju. Aku alihkan pandangan, malu menguasai diri.

"Boleh tak kalau hari ini kita jalan-jalan? Tak perlu ajak sesiapa, cuma kita berdua. Boleh kan?" pintaku sambil membuat muka comel.

Thufail angguk dan senyum. "Untuk awak, semua boleh. Ini kira first time dating lah kan?"

Aku angguk dan mula bersiap-siap.

"Rambut cantik ini, jangan tayang pada orang lain. Abang ada belikan beberapa helai tudung, tak pasti kalau sayang suka dengan warnanya. Tapi abang nak, setiap kali sayang keluar dari rumah. Rambut ini... sayang kena tutup, okey? Jangan biar orang lain yang lihat." pesan Thufail. Dia bermain dengan rambutku separas bahu.

"Okey, awak."


PERGI ke mana? Confirm taman tema. Kamera polaroid aku serahkan kepada Thufail.

"Tangkap gambar sayang, boleh?"

Thufail mengangguk dan senyum saja. Kamera polaroid disambut perlahan. Aku berdiri berlatar belakangkan Merry Go Round. Dengan gaya tangan peace, dan mini love, aku tersenyum sehingga menampakkan mouth corner dimple. Kemudian, aku menarik tangan Thufail untuk pergi ke tempat dia pernah menangis sebelum ini.

"Tempat ini..." Thufail berhenti melangkah.

"Abang, saya nak pergi beli air dulu. Abang tunggu sini tahu?"

"Kenapa pula abang yang kena tunggu? Lea tunggu sini, biar abang yang belikan."

"Tak, tak payah. Abang tunggu sini. Sayang pergi kejap aje... boleh kan?"

Lama Thufail berdiam, barulah dia angguk tanda setuju. Aku berjalan menuju ke tandas wanita sambil membawa kotak yang berisi maskot beruang. Selesai menyarungkan maskot ke tubuh, aku mula melangkah ke arah Thufail sambil membawa seikat belon berwarna kuning.

Thufail di dekati, bahunya ku tepuk. Serta merta dia menoleh ke belakang dengan muka terkejut beruknya. Ketawa yang ingin terletus, ku tahan. Kening Thufail berkerut. Dia bangun, dan mengambil seikat belon berwarna kuning dari tangan ku.

Surat yang aku tulis, aku serahkan kepada Thufail. Thufail mahu membuka, tetapi aku halang. Kepala maskot aku buka sambil tersenyum ke arahnya.

Thufail kaku. Rahangnya jatuh bila melihat aku di dalam maskot itu. Tidak berlama, tubuhku langsung dipeluk olehnya. Tangisan yang berhambur tidak dipeduli. Belakang tubuhnya ku tepuk, sesekali mengusap. Belon berwarna kuning yang terlepas dari tangan Thufail, terbang tinggi di udara.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sorry, I Like You Encik Bodyguard [C]Where stories live. Discover now