Bab 20

230 21 44
                                    



"Man. Kau jangan ingat aku dah bagi green light dekat kau, ikut suka hati kau aje bawa adik aku pergi dating kan? Aku nak letak mana coklat ni?"

Aku mengeluh buat kesekian kalinya setelah melihat sepuluh kotak berisi coklat di atas meja.

"Habiskan." Selamba Aiman memberi arahan.

Aku pandang ke arahnya dengan muka tak percaya. Gila lah.

"Nak aku tarik balik green light tu?" ugut ku.

Aiman tersengih, dia menggeleng rakus dan mengalihkan beberapa kotak coklat dari atas meja.

"Tahu tak apa. Oh... bila kau orang nak kahwin? Aku dah tak sabar jadi makcik."

Tersembur terus air oren yang diteguk oleh Lia. Aku ketawa terbahak-bahak sampai menepuk meja. Lia gigit bawah bibir dan menampar topiku sehingga ia terpusing ke kiri.

Aku memegang topiku. "Topi jangan main."

Lia menjeling. "Awal lagi lah. Lea tu... bila nak kahwin? Tak best lah kalau Lea jadi andartu." Selamba sahaja Lia mengutuk.

Aku mencebik dan mengecil mata. Aiman yang mengambil tempat di sebelah Lia dibuat seperti tidak wujud di situ.

"Eleh, buat masa ni aku tak fikir pun pasal itu. Yang aku fikir sekarang kat mana nak letak coklat berkotak-kotak ni?" Aku menyoal serius.

Lia diam sebentar seperti memikirkan sesuatu.

"Erm... awak ni lah! Kenapa beli banyak sangat? Qiqin tak dibenarkan makan coklat." Lia membuat suara comel dan kedengaran seperti tercekik tulang kambing ditelinga ku.

Lia menggoncang manja lengan Aiman. Aku yang berada di hadapan mereka seperti sedang menyaksikan drama tak kena tempat.

"Euw... geli lah!" Ejek ku. Lia tidak peduli.

Malah, wajah nya sengaja dimasamkan sehingga Aiman tersenyum-senyum seperti terusik dengan gaya Lia.

"Tak apa, kalau Qiqin tak dapat makan. Ah-an kan ada?" Aiman mencuit hidung mancung Lia.

Aku tidak dapat menahan ketawa dari meletus seperti letusan gunung berapi.

"Ah-an? Qiqin? Kau orang hidup zaman bila ni? Wujud lagi ke orang yang bahaskan diri dia orang dengan nama panggilan macam itu?" Aku menyoal. Agak geli ditelinga ku, terasa macam nak berdarah pun ada.

"Wujud." Mereka menjawab serentak dan memandang tepat ke arahku.

Aku gigit bawah bibir. Topi dibuka. Rambut pendek yang terikat ke bawah dirapikan sedikit sebelum topi dipakai semula.

"Dah-dah lah tu nak bersemut depan aku. Ingat aku kurang gula ke apa? Hello, aku sihat lagi tahu. Apa kata... kita dermakan aje coklat ni?" Cadang ku.

Yalah, aku bukan penggemar setia coklat ataupun manisan. Lebih-lebih lagi dengan keadaan aku sekarang.

"Derma? Boleh juga. Tapi, dekat mana?" Lia menyoal.

Aku memetik jari. "Serahkan pada aku."




ATAS bantuan Ain, sepuluh kotak coklat berjaya diagihkan kepada rumah anak-anak yatim Sinaran Kasih. Senyuman kegembiraan yang terpancar di wajah mereka buatkan hati ku terasa lapang. Selepas itu pula Aiman membawa mereka ke gedung beli belah untuk membeli pakaian baru dan makan tengah hari bersama.

Berehat seketika sebelum destinasi terakhir dituju.

Permintaan dari Lia dan anak-anak itu tidak dapat ku tolak. Buat kali kedua tubuh ku tenggelam dalam maskot katak viral. Berwarna hijau cerah, berbintik hitam, dan seikat belon anak katak.

Sorry, I Like You Encik Bodyguard [C]Where stories live. Discover now