Bab 10

193 16 47
                                    




"Kenapa kau tengok aku macam tu?"

Aku tersentak. Cepat-cepat aku melarikan pandangan. Encik Rahman yang merupakan anak bongsu kepada Tok Eizul menepuk bahu Thufail.

"Jangan berlengah lagi. Mari naik ke atas,"

Usai berkata, Thufail dan Encik Rahman mengatur langkah ke arah rumah kayu yang terletak tidak jauh dari mereka.

Sementara aku masih berdiri di situ. Qistina menghampiri ku. Lengan ku dipeluk mesra, kemudian digoncang-goncang.

"Lea!" jeritnya lagi.

"Amboi, gembira nampak." tegurku. Dapat melihat riak muka Qistina terlihat bersinar-sinar seperti sinaran mentari yang kini menghiasi langit.

"Lea nak tahu tak? Aku dapat rasakan Jihan sukakan aku!" beritahu Qistina nada teruja.

Aku mengangguk, turut bergembira mendengar berita itu. Perasaan yang akhirnya berbalas. Tidak bertepuk sebelah tangan macam aku.

"Tahniah! Kalau bukan sebab nose bleed, mesti kau orang takkan rapat macam ini, bukan?" teka ku lagi. Qistina mengangguk laju.

Tangan ku buka luas-luas dengan mata terpejam rapat. Hembusan angin menampar diri. Air laut dipersisiran pantai hanya dibiar mengenai hujung jemari kakiku yang beralaskan selipar. Sesekali ombak kecil berebut-rebut untuk sampai. Sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain tadi telahpun pulang ke rumah masing-masing. Mungkin kerana malam mahu mengganti.

Aku membuka mata apabila Qistina turut mengambil tempat di sebelah ku. Turut berbuat perkara yang sama seperti tadi.

"Macam mana... best tak datang ke sini?" soalnya sambil memandang ke arah aku.

"Hmm! Best sangat," jawabku sepatah saja.

"Kadang-kadang aku terfikir nak berhenti jadi artis. Aku bukan apa. Aku perlukan kebebasan untuk hidup," luahnya.

Aku hanya mendengar. Mungkin, sekarang ini Qistina perlukan seseorang yang mampu mendengar luahan hatinya. Dan aku jadi salah seorang dari itu.

"It's up to you. Tak ada sesiapa yang paksa Qis. Pilihan terletak di tangan Qis. Qis bebas hendak memilih," Aku berkata jujur. Soal pilihan bukan aku yang tentukan.

"Tapi aku takut."

"Takut sebab apa?" Aku menyoal. Berminat untuk tahu.

Qistina melepas nafas. Seperti menampung bebanan berat dibahu.

"Kalau aku berhenti jadi artis. Papa aku akan jodohkan aku dengan anak kawan baik dia, tapi aku tak sanggup berkahwin dan hidup bersama orang yang aku tak suka langsung,"

Secara jujur, aku ingin berkata bahawa aku menyokong seratus peratus keputusan Qistina kalau dia tolak.

Ini melibatkan tentang perasaan dan dua hati saling mencintai. Jihan? Oh mungkin iya, mungkin juga dia menyimpan rasa yang sama seperti Qistina. Mungkin.

"Oleh sebab itu Ayil diupah oleh Papa. Memandangkan dia best friend aku, Papa percaya seratus peratus dekat Ayil untuk jaga aku." Ceritanya lagi.

Aku dengar dengan teliti. Bukan hanya telinga, tetapi hati yang turut mengingati.

"Kau kena bertahan. No matter what will happen. Aku akan sokong kau." Aku berkata serius.

"Walaupun aku buat kerja gila? Lari ke Thailand semata-mata untuk berkahwin dengan Jihan? Harap-haraplah." katanya lagi separuh menunduk ke bawah.

"Hmm! Aku akan sokong kau."

Sorry, I Like You Encik Bodyguard [C]Where stories live. Discover now